Pages

coretan 36: aku dan teater...

bermulanya coretan 36...

TEATER sudah begitu sinonim dengan perjalanan hidup aku di kampus. Sebatinya ibarat ikan dan air. Bagai burung dan langit tinggi. Umpama katak dan hujan. Aku senang bila berteater. Bilamana aku diperhatikan dan memerhatikan. Diperhatikan oleh berpasang-pasang mata insan lain. Memerhatikan apa yang kulakonkan adalah seperti yang aku niatkan. Berada di atas pentas dan dilimpahi cahaya terang merupakan suatu kenikmatan yang hebat bagiku. Bonus extra apabila situasi itu digandingkan dengan tepuk sorak dan perhatian pemerhati di depan.

Aku begitu cintakan dunia...teater. Semenjak sekolah aku tergila-gilakan pentas. Cuma dulu aku berlakon tanpa ilmu. Berlakon kosong. Kosong berarti tidak berteknik. Berlakon hanya mengikut hati. Mengikut firasat. Hasilnya lakonanku pun kosong. Almaklumlah ketika itu fikiranku masih sempit. Berlakon hanya perlukan gerakan gaya dan imej yang diiringi bait-bait dialog sahaja. Tidak lebih dari itu. Fikirku.



Namun semuanya berubah sejak aku menghiasi TRONOH THEATER SHOP (TTS). Sebuah kumpulan penggiat teater di kampusku. Diilhamkan dan diasaskan oleh DR.SHARK. Seorang pensyarah Kejuruteraan Awam. Pengalaman luasnya dalam kumpulan teater yang disertai dan diasaskan sebelum ini berjaya menghidupkan dunia teater di kampus ini. Aku dan teman-teman sekumpulan sebenarnya sangat bertuah apabila bergiat di bawah pimpinan mamat tu. Dibawah asuhannya, pensia-siaan adalah diharamkan dalam berteater. Setiap ceritera perlu bermakna. Perlu berisi. Bukan kosong dan tidak berarti.

Berteater jua ada teknik dan peraturan. Antara aspek-aspek penting dalam berteater (berdasarkan pengetahuan dan pengalamanku sahaja):-

Externally:
  • lontaran suara
  • mimik muka
  • body gesture
  • spacing / penggunaan pentas
  • dialog phrasing
  • tone variation
  • blocking rules
  • 45deg rules
Internally:
  • internal emotion
  • penghayatan watak
  • pemahaman watak
Itu adalah beberapa aturan yang terlintas di fikiran aku tika ini. Jika ada lagi yang kemudian akan ku bariskan nanti.

Sejak 2006, tahun pertama aku bersama TTS. Pelbagai watak telah pernah diamanahkan kepadaku. Antaranya:-

  • Mat Si Pengedar Dadah - Asylum 50
  • Joyah Si Make-up Artis - Sampah Oh Sampah
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal - Qum!
  • Back-up Singer/Dancer - Miao Miao Sang Arnab The Muzikal?
  • Roy Si Playboy - Cinta Sang Arnab
  • Azman Si Orang Kaya Sakit- Transit
  • Encik Mamat Si Penganalisa Politik - Merdekakah Kita?
  • Datuk Si Gatal - Jebat 2008 / 2009
  • Srisegala Si Gila Kuasa - Kerusi
  • Dato' Izz Si Kejam - Bukan Cerita Palestin
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal Lagi - Dia Ada
Aku ingin sekali tetap terus berjuang mempertahankan cabang seni yang indah ini. Terlalu banyak kelebihannya. Jika kena gayanya, sesebuah pementasan teater mampu menjadi medium dakwah yang sangat berkesan. Nah, disana aku peroleh pahala secara tidak langsung. Malah, melalui kehidupan berteater juga mampu membantu menebalkan muka. Bermaksud mampu membina keyakinan diri dan sekaligus melenyapkan perasaan malu tidak bertempat seseorang itu. Cantiknya teater ini juga adalah apabila ia menjadi antara laluan utama untukku melepaskan segala tekanan yang dibebankan ke atas ku dalam dunia realiti yang tekadang mengecewakan.

Maka biarkanlah aku terus berfantasi dalam dunia teater ini. Sebuah dunia yang menjanjikan sebuah kepuasan yang lain. Seseorang pernah berkata, "acting is LIKE having sex". Sila tekankan perkataan 'LIKE'. Agar ia tidak menjadi, "acting is having sex". And what's that suppose to mean?

Akan ku kirimkan gambar-gambar sepanjang penglibatanku di tika lain.

berakhirnya coretan 36...

coretan 35: bersawang...


bermulanya coretan 35...


Penulis: Apa yang bersawang?

Aku: Blog aku nih la...

Penulis: Kenapa bersawang?
Aku: Sebab tak diupdate...

Penulis: Kenapa tak diupdate?
Aku: Banyak la sebabnya...

Penulis: apa sebabnya?

Aku: sibuk...

Penulis: Sibuk sebab apa?
Aku: Macam-macam la...

Penulis: contohnya?

Aku: Projek...esaimen...test...show...

Penulis: Selain sibuk apa lagi?

Aku: Ada la...

Penulis: Apa yang ada?
Aku: laptop aku rosak haritu...

Penulis: Rosak kenapa?
Aku: Skrin dia...

Penulis: Kenapa skrin dia?
Aku: Bergetar-getar...berkelip-kelip...

Penulis: Kenapa jadi macam tu?
Aku: Mana aku tau...

Penulis: Dah hantar baiki?
Aku: Dah...

Penulis: Bila siapnya?

Aku: Katanya hari ni...

Penulis: So dah siap la ni?
Aku: Belum...

Penulis: Kenapa belum?
Aku: Sebab dia cakap belum siap...

Penulis: Dia tu siapa?
Aku: Cina kedai tu la...

Penulis: Jadi bila siapnya?

Aku: Isnin minggu depan...

Penulis: Ni kau guna laptop siapa?
Aku: Bukan laptop...desktop...

Penulis: Tak menjawab soalan. Siapa punya?
Aku: Kawan aku la...
Eh, yang kau ni banyak tanya sangat ni apahal?!
Lempang kang baru tau...


Penulis: Aku tak tau apa nak tulis lagi dalam ni.
Ok la.Tu je...


Moral: Bertanya terlalu banyak juga boleh mengundang kemarahan orang lain.

berakhirnya coretan 35...

coretan 34: malaysian or not...

bermulanya coretan 34...

watak - watak:
A: aku
B: mamat indian

lokasi: dalam lif poket D

B: malaysian ha u?

A: ya, why?

B: nothing. looks like a foreigner.

A: heh

B: no hard feelings huh.

pintu lif terbuka dan kami keluar menuju destinasi masing-masing.

tu je...

berakhirnya coretan 34...

coretan 33: tazkirah pendek di hari Jumaat...lagi

bermulanya coretan 33...

sms pilihan minggu ini.

Ke"RINDU"an pd
ALLAH mlahirkn
jiwa2 yg rela
brkorban..ke
"CINTA"an pd

ALLAH mlahirkn
jiwa2 yg pnuh kesungguhn..ke
"TAAT"an pd
ALLAH mlahirkn
jiwa2 yg pnuh

ktenangan..
Letak cinta Allah

d tmpt yg plg atas. Jd
meskipuN d uji

dgn cinta
mnusia,jiwa kta
ttp rela bkorban
pnuh ksgghn &
ktenangan...
InsyaALLAH.

Sender:
Abg.Daus
+0132002740


Message centre:
+0193900000

Sent:
10-Mar-2009
02:41:18 pm

dihantar oleh antara orang yang sayangkan aku...

dikirim oleh antara orang yang menyayangi kamu...


berakhirnya coretan 33...

coretan 32: in-saff johan sudah...

bermulanya coretan 32...

penulisanku tersangkut seketika.
sebab bermacam alasan.
ini pun kusengkangkan mata.
dan kugagahi jua untuk mengirim biarpun satu kiriman.
agar tidak laman ku ini bersawang.
seperti buku-buku teks di almari itu.


alhamdulillah.

in-saff johan MIS 09.
dengan mempertaruhkan lagu
'Rindu (HIJJAZ) & Ya Habibi Ya Muhammad (UNIC)'.
mengulangi kejayaan 07.

sangat manis rasanya.

apabila penat lelah rasa berbalas.

rasa terbalas.
terima kasih dan tahniah buat semua.

buat ahli-ahli
in-saff.

khairularifin a.k.a mekot
- tuan punya suara yang unik. buat suara backup yang mantap. bass boleh, harmoni pun boleh. antara pioneer in-saff selain abg. ee, aizad, kapten dll.

khairul jafni a.k.a jaf
- solo terbaik yang aku tarik dari kumpulan snada. mampu mencapai pic tinggi tanpa sebarang masalah walaupun kadang-kadang sengau. tapi still sengau sedap.

zakuan ahmad a.k.a Z
- solo terbaekkk jugak. juga boleh mencapai pic tinggi dengan slumber. diiringi pula dengan alunan yang stylo.

zulhasri wahap a.k.a zul
- bassis yang mantap. masa menyanyi rilek saja.

hafiz izhar a.k.a apek - pelaku suara harmoni. juga selaku guru vokal in-saff. banyak melahirkan kreativiti dalam menghasilkan suara backup. juga menyumbang lawak-lawak sengal semasa latihan.

nasuha alias a.k.a bobo
- bekas pemain perkusi. menjadi penyanyi dengan permintaan sendiri. lalu membantu memantapkan bahagian backup vokal. satu sekolah menengah dengan aku dulu.

hamzah nawawi a.k.a hamzah
- pemain perkusi terbaik sepanjang zaman. pemain utama conga. juga berfungsi sebagai ketua pemain perkusi. juga sama sekolah menengah dengan aku dulu.

mursyidul izwan a.k.a mursyid
- pemain perkusi janissari yang ditarik masuk kumpulan in-saff. aku pun tak pasti dia main apa sebab dia sendiri pun selalu terlupa dia main apa sepatutnya.

faidhah hassan a.k.a faidhah - pemain tamborin. berjaya membantu memantapkan perkusi di samping memeriahkan suasana.

ahmad tarmizi a.k.a mita - pemain perkusi az-zariyat asalnya. dijemput masuk in-saff dan diberi tanggungjwab bermain jimbei dan kompang. juga boleh menyanyi dengan baik. seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang nasyid.

shaiful baharuddin a.k.a epol - ahli baru kumpulan in-saff. pemain perkusi conga dan kompang. menawarkan diri untuk menyertai in-saff. lalu berjaya membantu in-saff menjulang piala kejuaraan.

in-saff ditubuhkan tahun 2005...kot.
ini adalah perjalanan in-saff setelah ditubuhkan.

MIS 05 - tiada ranking.

MIS 06 - Naib Johan
(penyertaan pertama aku)
MIS 07 - Johan

MIS 08 - Naib Johan

MIS 09 - Johan

MIS 10 - ???
(kalau ikut pola mungkinkah kita naib johan semula??)

selain itu.

Pertandingan Nasyid Intervarsiti di USM Kampus Kejuruteraan '08' - Ketiga

Pertandingan Nasyid Intervarsiti di UTP '08' - Ketiga


in-saff
turut memenuhi permintaan persembahan. antaranya:-

Civil Dinner 06
Convofair 07
Kembara Sufi 07
MAKK 08
MTAQ Petronas 08
Teater Bukan Cerita Palestin 09


begitulah kisah hidup
in-saff.
suka duka kami.
turun naik kami.
kiri kanan kami.
semoga perjuangan ini berterusan.

tanpa mengenal penat lelah dan jemu.
hanya kerana Allah SWT.
InsyaAllah.


tambah sket.
beberapa keping gambar yang aku curi dari blog mekot.
halal mekot eh. hehe

time MIS 07. Naib Johan.

antara orang-orang kuat in-saff.


prelim MIS 09 - "feel itu penting~"


final MIS 09 - lagu 'Ya Habibi Ya Muhammad'

in-saff johan sudah. sekali tengok cek tu macam 25k plak. hoho


"satu saf, satu barisan, satu haluan, asal dan usia bukan ukuran"

berakhirnya coretan 32...

coretan 31: in-saff in-final...

bermulanya coretan 31...

alhamdulillah...

buat kali ke-4 berturut-turut sejak 2006.

in-saff berjaya ke final MIS sekali lagi.

alhamdulillah syukur.

in-saff: kumpulan nasyid yang aku sertai sejak 2006
(akan aku ceritakan perihal in-saff dalam kiriman lain)

MIS: Malam Inspirasi Seni
# Pertandingan nasyid antara kumpulan dalam UTP sempena event 'Heart 4 Islam'.

semoga in-saff mengulangi kejayaan 2007 sekali lagi.

dan ahli-ahlinya terus insaf.

insya-Allah.

pray for us~

GAMBATE!!

# ini bukan logo rasmi in-saff

berakhirnya coretan 31...

coretan 30: mekasey mak abah...

bermulanya coretan 30...

hari ini genap seminggu peristiwa itu berlaku.
ketika itu hari rabu kurang lebih jam 1230pm.
aku terima satu khidmat pesanan ringkas dari kakcik.

"zam, kelas ko kol bape arini?"

kemudian ku balas.

"1-2 ada kelas. 230-430 ade talk sharing session. awat?"

beberapa ketika kemudian.

"mak abah nak dtg sane..."

huh??!! why all of sudden?
bukannya aku tak hepi.
tapi tiba-tiba sangat.
aku terasa sangat menyusahkan mereka.

bila ku tanya mak.
katanya semua tak dirancang.
mereka dari melawat kakcik di UiTM Shah Alam.
kemudian terdetik untuk terus ke sini melawat aku.
begitulah hati dan intuisi seorang ibu.
tahu benar bila anaknya ini sedang rindu.

mereka tiba kurang lebih 220pm.
aku berkeputusan untuk tidak pergi ke ME Internship Sharing Session.
satu sesi untuk pelajar Mekanikal yang bakal praktikal semester hadapan.
yang dijadualkan jam 230pm.

tapi bila kuberitahu mak akan niatku.
katanya pergilah dulu.
mak abah boleh makan dan solat Zohor dahulu.
nanti dah selesai baru jumpa semula.

kalau sudah ibu yang menyuruh.
mungkinkah mahu membantah?
jika hendak masuk neraka bantahlah.
aku tidak mahu.
lalu aku pergi ke sesi itu.
dan meninggalkannya sekitar 330pm.

kemudian berjumpa semula kedua ibu bapaku.
seterusnya kami bertolak ke sana.
ke sana? sana mana?

ke sini... >>>
Teluk Batik...

disana.
kami berehat di bawah pohon di tepi pantai.
sama seperti dalam imej.
abah dan mak di atas kerusi yang disewa.
aku di bawah beralaskan sandal.
abah terus terlena sambil ditiup angin pantai.
penat benar kelihatannya.
kasihan abah.

sementara aku dan mak berbual panjang.
berbagai topik dikupas.
terutamanya perkembangan adik-beradikku.
juga dua cucu kesayangan mak.
Ammar dan Akif.
mak ceritakan perihal-perihal mereka yang membuat aku semakin tidak sabar untuk pulang ke rumah.

selepas beberapa ketika.
aku beralih tempat ke atas dahan pokok.
ketika itulah tiba-tiba mak bertanya tentang 'dia'.
tentang minah istimewa aku itu.
nama sebenarnya. asalnya. ibu bapanya. adik beradiknya. pelajarannya.
dan aku menjawab semua pertanyaan mak dengan tenang.

"aiseh,kene interview la plak...huu~" ^_^

sekitar jam 6.
abah mengajak pulang.
kami bertolak selepas membeli beberapa helai baju-t sebagai kenangan.
tapi tidak kami terus pulang ke utp.
sempat pula menyinggah di pasar malam Taman Maju.
beli bekalan makanan untuk malamnya.
dan dua helai tudung untuk mak.
tapi mak beli sendiri la, bukan aku belikan.

abah mak bertolak pulang sekitar jam 830.
sekali lagi mereka terpaksa mengharungi 2,3 jam punya perjalanan.
yang memenatkan.
nasib baik abang long ku menetap sekitar Nilai.
bolehlah mak abah singgah di sana untuk satu malam.
jika terus kerumah di Rompin.
mungkin total masa perjalanan menjangkau 5 jam.
masyaAllah. jauhnya.

mereka selamat tiba di rumah along jam kurang lebih 1230am.
itupun setelah beberapa kali abah berhenti untuk berehat.
tidak mengapalah.
asalkan mereka selamat.
itu sudah cukup menenangkan aku.

mekasey abah mak...

atas pengorbanan dan susah payahmu.

atas jerih pedih dan kesakitanmu.

atas perhatian dan kasih sayangmu.

yang tidak akan dapat kubalas semuanya.


hingga akhir waktu.



berkahirnya coretan 30...




coretan 29: aku mahu pulang...


bermulanya coretan 29...

aku mahu pulang.

ke kampung halaman.

dimana ada ayahanda dan bonda.

dan Combi.

juga Mike dan Don.

dalam rumah dua tingkat tinggalan British itu.


aku mahu pulang.

meninggalkan suasana kampung palsu.

yang tak berapa nak kampung ini.

agar dapat kutangguh sesak kepala.

dan kulepas sangkut nafas.

dalam deru angin sepoi.

dalam debu merah tanah.


aku mahu pulang.

berbuaian buatanku sendiri.

yang tersangkut baik di dahan mempelam.

yang kan terbuai molek bila diusik.


aku mahu pulang.

mencipta indah lelapku.

dihadapan kotak kaca bercerita.

diatas nipis kekabu berbungkus.

ditengah ruang alfa senda tawa.


aku mahu pulang.

aku mahu pulang.

aku mahu pulang.

bila tiba masanya.

insyaAllah...

berakhirnya coretan 29...

~~rumahku syurgaku~~


p/s: Combi adalah seekor kucing. Mike dan Don adalah dua ekor kura-kura.

coretan 28: Kingco...

bermulanya coretan 28...

aku mulakan coretan dengan gelak. ha ha ha

eh, dengan bismillah patutnya.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

kemudian baru gelak. ha ha ha

kenapa?

sebab satu lagi transaksi jual beli internet telah berjaya kulakukan.

bilamana satu hari aku terbaca iklan di mudah.my.

KingCo VCD Player

RM 10



(gambar ni aku yang lukis...bukan yang dalam iklan...) (-_-)

sepuluh hinggit?? wadda??~

tanpa berlengah aku mengepos email kepada si pengiklan merangkap penjual.

kemudian connection antara buyer and seller pun berlaku.

tanpa sebarang perjanjian sah ataupun hitam putih.

aku mengirim wang RM20 sebagai pembayaran harga barang dan khidmat pos.

sedangkan aku tahu bila-bila masa aku boleh di'kencing' oleh si seller.

namun aku yakin dengan intuisi aku.

si seller tidak menipu.

akhirnya tranksaksi berjaya dan masing-masing menerima bahagian sendiri.

kondisi barang sangat baik dan aku berpuas hati.

kenapa VCD player?

bukankah sekarang zaman DVD?

sebabnya di pasaran hanya ada CD KARAOKE.

tidak pernah aku jumpa DVD KARAOKE. ha ha

aku berniat untuk mempunyai set karaoke ku sendiri di dalam bilik ku di rumah.

jadi misi seterusnya adalah mencari TV 14" yang murah.

ada siapa mahu jual?

aku suka~ aku suka~

berakhirnya coretan 28...

coretan 27: air terjun...


bermulanya coretan 27...

air terjun.

kenapa air terjun?

sebab pagi ni kanak-kanak TTS akan buang masa di air terjun.

air terjun Ulu Chepor jadi pilihan.

rancangnya berkumpul jam 745 am.

bertolak jam 8 am.

tapi aku, jam 357 am masih belum tidur.

hmm~ pedulilah.


gambar tu adalah lukisan favourite aku sejak sekolah rendah.

jika cikgu minta gambar pemandangan, akanku lukis gambar itu.

jika cikgu minta gambar orang, akanku lukis gambar itu juga.

peduli apa aku.

sudah terlalu kerap aku lukis gambar itu.

sehingga aku menghafal setiap component yang ada dalam lukisan itu.

masa dulu lukis guna pensil kaler.

jenama staedler.

kalo miskin guna yang pendek.

kaya sikit guna yang panjang.

kaya lagi guna water kaler.

aku suka pendidikan seni.

sebab senang dapat A.


tapi sekarang sudah maju.

boleh lukis guna software.

'dunia dah maju, zaman dah berubah.'

lukisan itupun aku guna paint sahaja.

artistik bukan?

aku suka. aku suka.


sudahlah aku mahu tidur.

kalau lambat nanti kena tinggal.

tapi pedulilah.

aku boleh naik motor.

tapi kalau boleh.

mahu naik kereta.

jimat minyak motor aku.

hidup sekarang kena berjimat.

lain kali aku cerita perihal berjimat.

selamat malam.


berakhirnya coretan 27...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.