Pages

coretan 48: tren sardin...

bermulanya coretan 48...

hujung minggu lepas aku balik. balik rumah kat rompin. bukan rompin pahang. jauh sangat tu. tapi rompin negeri sembilan. dan aku menyesal. bukan menyesal sebab aku balik. tapi menyesal sebab aku balik naik komuter. naik komuter dari kl sentral ke seremban. saat-saat orang tengah berkejar-kejaran nak balik rumah pada hari jumaat. lrt klcc-kl sentral boleh tahan lagi. tapi sampai di kl sentral...nah, hambik kau! orang berhimpit macam sardin. cuma bezanya sardin tu sedap dan boleh dimakan. dan sardin yang ni tak sedap langsung.



masa aku sampai. satu trip gerabak2 bersambung tu baru nak bergerak dan masa tu setiap gerabak dah dipenuhi umat dan di luar pun masih ada leftover. aku pun mengabaikan trip yang itu dan berniat untuk menaiki trip kemudian kerana aku fikir mungkin gerabak2 seterusnya kurang sardin. mungkin hanya tuna. aku pun menunggu. dan menanti. 40 minit kemudian...gerabak2 bersambung itu pun tiba. dan...haram jadah! sardin jua!

aku cuba juga menyelit-nyelit di celah insan lain untuk menjadi sardin seterusnya. namun gagal. gantungan beg di bahuku menyukarkan usahaku. lalu aku beralah. gigih menunggu ketibaan seterusnya. 40 minit kemudian...lama macam haram!

buat trip seterusnya. aku tidak lagi berlewah-lewah di bangku mendengar radio. tapi aku cekal berdiri di dalam barisan bagi memastikan aku dapat naik.
"aku perlu naik tren seterusya..." bisikku sendirian...
dan aku berjaya. bertolak ke seremban dalam tren sardin yang seterusnya. biarpun aku terpaksa berdiri hingga sampai ke stesen nilai. aku tabah!

aku tiba di seremban kurang lebih jam 830 malam. satu perjalanan yang memenatkan. namun kerana terlalu ingin bertemu keluarga. aku abaikan kepenatan itu. biarkan ia menjadi pengajaran. untuk tidak pulang ke seremban pada hari jumaat menaiki komuter lagi. pulang saja naik bas. ataupun motor. ataupun kereta. asalkan bukan komuter. dan kejadian ini secara rasminya ku masukkan dalam ranking;-
'antara keputusan yang paling aku sesali pernah aku lakukan'...

berakhirnya coretan 48...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.