Pages

coretan sembilan: aku srisegala...kau siapa?

...bermulanya coretan sembilan...

aku Srisegala.dan aku miliki segalanya.harta.kuasa.pangkat.jin dan wanita.aku berada di puncak negara.puncak segalanya.aku rasa lah.Kerusi aku menjadi cerita.Gong aku menjadi berita.nikmat kerusi dikuasai.hikmat gong menguasai.dan aku ada pengikut.ada kuli.ada balachi.balachi?apa balachi?ala-ala kuih koci.ada inti.Tuta Utama orang kananku.setiap kehendakku dituruti tanpa dibantah.Tuta Bertiga menjalankan tugas.menjaga keamanan.menegakkan keadilan.memelihara ketenteraman.kemakmuran.kesopanan dan kesusilaan.rukun negara kah?pemukul gong juga pengikut aku.

kalau kau mahu pangkat.datang kepadaku.kipas buntutku guna kipas sate.akan kuberi padamu.bukan buntut.tapi kesenangan hidup.tapi di dunia sahaja lah.di akhirat kau cari sendiri.tapi kau sangat beruntung jika kahwin dengan zuriatku.bilamana kau menantuku.bukan saja buntut yang kau dapat.malah lebih lagi pun boleh.katakan saja hajat hatimu.akan aku perkenankan.

kalau aku jahat.musuhku orang baik.dan vice versa.tapi ikut cerita.mungkin aku jahat dahulu.jahat kemudian.tapi musuhku pula.baik dahulu.jahat kemudian.maka hatinya lebih busuk dari hati lembu yang belum dimasak.yang bercampur hanyir darah pekat lembu korban raya Aidiladha.Putra namanya.konon hero.hero remaja.berani nak menggulingkan aku.ingat aku tenggiling kah?tapi dia hangat-hangat taik.bukan taik ayam saja.lebih hangat dari biasa.hangat dot fm.nak lawan.datang sorang.kalah sia-sia makanya.aku pakai jin.mesti aku menang.tapi ada pulak yang bengap ikut dia cakap.Wira Bertiga lah.dan begitulah lumrah alam.energy in equals energy out.Tuta Bertiga vs Wira Bertiga.taknak kalah tu.

behind a successful man,there must a be a women.but not nyah ok.dan Masayu mengambil tempat.dia isteri Putra.tapi belum apa-apa dah aku rogol awal-awal.aku memang jahat.Masayu konon pemberi semangat.konon pemberi motivasi.inpisari pagi.sarapan pagi.buat Putra.tapi semua tu tak guna.bukan sebab Putra selalu sarapan dekat mapley.tapi sebab kerusi aku.dan gong aku.berkuasa menghancurkan apa yang mereka dan kau panggil CINTA.wee~~

bila aku hepi di tempatku.ada saja yang dengki.apa salahku?aku cuma naikkan harga minyak.harga barang-barang bukan aku yang naikkan.orang yang jual yang naikkan.marahlah mereka.dah bermacam tomahan yang aku terima.kasihanilah aku dan keluargaku.menantuku.anak biniku mahu bershopping di London.Paris.Jelebu.
lenaku dalam mesyuarat.perhimpunan.bukan lena kosong.lenaku mencari ilham.ilham untuk duduk lama sikit di kerusi ku itu.ikut janji tahun depan kena turun.dem betul.kalau ikut cerita pentas.memang aku kalah di hujung.tapi tak tahulah yang realiti.mana tahu aku menang pula.Allah tu kan Maha Kuasa.

...berakhirnya coretan sembilan...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.