Pages

coretan 26: tazkirah pendek di hari jumaat...


bermulanya coretan 26...

aku terima satu khidmat pesanan ringkas dari Dr.Shark.
beberapa tazkirah sebagai ingatan di hari Jumaat yang mulia ini.
jadi aku kirimkan disini untuk kebaikan diri aku dan para pembaca.

Tazkirah 1:

Segala amalan dan apa jua pekerjaan mu tidak berguna sedikit pun jika tidak dilakukan mengikut landasan agama dan ikhlas kerana Allah!

Tazkirah 2:

Bagaimana Allah nak makbulkan doamu jika kamu masih bergelumang dosa?

Tazkirah 3:


Apakah kamu fikir kamu diciptakan untuk bersuka ria?

Tazkirah 4:

Jangan lupa selawat Nabi sebanyak-banyaknya pada hari Jumaat ni!

Moga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.

insyaAllah...

berakhirnya coretan 26...

coretan 25: idea...idea...idea...

bermulanya coretan 25...

idea. idea. idea.

pada kebiasaanya.

pada satu masa idea tu datang melimpah-ruah.

terutamanya ketika di dalam 'bilik termenung'.

tapi sayangnya masa itu idea tersebut tidak diperlukan.

lalu ia dibiarkan pergi bersama air yang membasuh kotoran.


tiba suatu masa lain.

punyalah susah idea tu nak keluar ibarat tahi keras.

sedangkan masa tu situasi sangat memerlukan.

ibarat memerlukan air setelah selesai menunaikan hajat.


aku mencoret perihal idea untuk menulis skrip.

kerana aku perlu menulis satu skrip untuk sketsa pendek.

tidak lama. hanya 10 minit sahaja.

tapi memikirkannya sahaja mungkin mengambil masa 10 hari.

memandangkan boundary condition yang perlu diambil kira.

contohnya;- sketsa bertemakan Arab.

Ya Habibi~

dan sebagai reference buat masa ini.

apa yang berlegar di kepala otak aku hanyalah:-

  1. Aladdin
  2. Ali Baba
  3. Kassim Baba
  4. Marjinah

siapa-siapa rasa ada idea menarik.

bantulah aku seadanya.

Ya Habibi...Ya Maulana...Ya Siddiq...

MasyaAllah~



berakhirnya coretan 25...

coretan 24: bukan cerita palestin...

bermulanya coretan 24...

Jam 2 pagi. Hari ahad.

Malam ni SHOW!
Its SHOWDOWN!
Eh, silap. Its SHOWTIME!

Show ni la yang membuatkan aku tak dapat balik sambut besday Akif.
Show ni la yang membuatkan aku kaku/freeze/beku kat tengah-tengah khalayak di poket D.
Show ni la yang membuatkan aku escape kelas ganti Prof. Vijay pagi semalam.
Show ni la yang membuatkan aku kurang tidur dan rehat buat beberapa hari.

Show teater bertajuk,
'BUKAN CERITA PALESTIN
(BCP)'.

Karya asal,
'SEFA (Syafiq Effendi Faliq Alfan)'.

Sebuah lagi produksi,
'TRONOH THEATER SHOP
(TTS)'.

Dipentaskan pada,
'22 FEBRUARI 2009 - AHAD - 8.30 PM'.


Dipentaskan di,
'MULTIPURPOSE HALL (MPH), UTP'.


Tiket berharga,
'RM 3.00
(Fully donated to Tabung Amal Palestin)'

Turut mempersembahkan,
'KUMPULAN NASYID IN-SAFF
(Destinasi Cinta & Damai Yang Hilang)
&
TEAM MONOLOG TTS
(Suka - Paksa - Rela Wan karya Akin Muhammad).

Penampilan istimewa,

DR. SHARK
(Pengasas TTS / Lecturer Civil Eng.)

Jadi aku mahu pastikan semua penat lelah dan pengorbanan ini BERBALOI!
Aku tak suka menanggung kerugian dan pensia-siaan. Tiada siapa pun suka.

Sekurang-kurangnya CUBA lakukan yang
[ta.rho.ba.ya.kaf.] a.k.a terbaik, meskipun anda hanya pelakon dengan 1 atau 2 line, ataupun pengawal lampu sorot yang tidak berpengalaman, mahupun pengacara majlis yang tidak berpeluang memegang watak dalam teater kali ini.

Setiap usaha dan kesungguhan kita akan mempengaruhi keseluruhan produksi. Dan ingatlah bahawa keikhlasan dalam usaha kita itu akan dipandang Allah dan diberikan ganjaran sewajarnya. Ini cara kita untuk membantu mereka yang sedang menderita di sana.

Kalau anda bukan pelakon, mahupun pihak pengurusan, makanya anda adalah penonton. Jadi anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Apalah sangat RM3 jika hendak dibandingkan dengan penderitaan demi penderitaan yang sedang dialami saudara seagama kita di Palestin. Berbelanjalah sedikit demi kebaikan mereka dan anda sendiri.

Tiket boleh dibeli di luar dewan mahupun dari mana-mana agen TTS berhampiran anda. Dapatkan tiket anda sekarang dan jangan ketinggalan!

Selepas watak Mat Si Pengedar Dadah (ASYLUM 50), Roy Si Playboy (CINTA SANG ARNAB) dan Srisegala Si Gila Kuasa (KERUSI), aku sekali lagi diamanahkan untuk memegang watak antagonis iaitu Dato' IZZ a.k.a ISRAEL dalam BCP.

"Tidak ada apa yang tidak boleh aku dapat dengan harta, pangkat dan pengaruh yang aku ada..." Dato' IZZ.

Semoga nanti anda akan membenci aku sebagaimana anda membenci bangsa keparat itu.

berakhirnya coretan 24...





coretan 23: nama saya Akif...

bermulanya coretan 23...

Nama saya Mohd. Khairil Akif Bin Khairil Adzhar.

Orang panggil saya Akif.

Akif maknanya 'yang menumpukan dirinya terhadap sesuatu'.

Kiranya saya ni orang yang fokus la.

Saya keluar dari perut Mama pada 22/2/2008.

Jadi umur saya sekarang plus minus 11 bulan, 26 hari.

Nama Ayah Khairil Adzhar.

Nama Mama pula Umi Natrah.

Ammar tu sepupu saya.

Dia anak Ayah Long.

Jadi kami berkongsi Atuk, Uwan, Pakcik dan Makcik yang sama.

Hari Ahad ni ulangtahun Hari Lahir saya yang first.

Ayah cakap nak sambut dekat Ulu Bendul.

Mesti best bila sambut ramai-ramai kan?

Tapi Pak Usu tak dapat balik.

Ada show katanya malam Isnin tu.

Hmmm...tapi takpelah sebab Pak Usu cakap nak belikan hadiah bila balik nanti.

Nanti Pak Usu cuti panjang kita jumpa ye.

Insya Allah.

berakhirnya coretan 23...

:-ni la saya...masa ni dekat rumah Ayah Long...saya dah boleh berjalan tau...=D


coretan 22: nama saya Ammar...



bermulanya coretan 22...

Nama saya Ammar Muktafi Bin Khairil Anwar.

Umur saya 1o bulan 27 hari.

Kalau tak silap saya la.

Maklumlah, saya belum sekolah lagi.

So
belum pandai mengira.

Nama Mama saya Karmila Binti Mokhtar.

Nama Papa Khairil Anwar Bin Mohamad Darus.

Mohamad Darus tu Atuk saya.

Isteri dia Kamariah Kamarudin. Wan saya la tu.

Saya ada seorang sepupu sahaja. Nama dia Khairil Akif.

Saya suka main air, main buaian dan main dengan 'Yau Yau'.

'Yau Yau' tu kucing dekat rumah saya. Warna dia hitam.

Yang tulis ni pak usu saya.

Sebab pak usu saya rindukan saya dan Akif.

Dia tak dapat balik sambut hari lahir Akif yang pertama minggu depan.

Dia sedih sangat...

Tapi nak buat macam mana. Dia ada tanggungjawab lain.

Atuk pernah cakap kan, "Jangan lari dari tanggungjawab..."

Takpelah, lain kali pak usu balik boleh jumpa.

Insya-Allah...

berakhirnya coretan 22...

coretan 21: la la la...kerja...

bermulanya coretan 21...

atas sebab-sebab tertentu, aku tinggalkan coretan 20 buat sementara waktu.

kerja aku banyak.

report ada tiga.

due date esok.

assignment ada satu.

pun dateline esok.

skrip ada satu.

duedate suke hati.

masalah ada satu.(malas)

overdue~

berakhirnya coretan 21...

coretan sembilan belas: pesan mak abah...

bermulanya coretan sembilan belas...

mak pernah pesan.
mak selalu ingatkan.

"adik jangan tinggal solat..."

"jaga diri..."

"jaga pelajaran..."

"jaga harta benda..."

"mak sayang kamu..."

abah pernah pesan.

"sebagai seorang lelaki, kita jangan lari dari tanggungjawab. itu kau kena ingat..."

aku perlukan motivasi.
untuk buat assignment yang banyak.
hmmm...

'sayang mak abah jugak...'

berakhirnya coretan sembilan belas...

coretan lapan belas: Tulah seorang Sultan...


bermulanya coretan lapan belas...


Semalam hari cuti. Tapi bagi Perak saja. Sebab Sultan Perak dapat Jubli Perak. Kalau tak silap aku lah. Aku takut silap. Sebab perihal Sultan ni memang tak boleh main-main. Nanti kena tulah. Sebab Sultan ni kan berdaulat. Tulah ni apa? Nak kata macam sumpahan boleh jugak kot. Contohnya bila seseorang melanggar syarat berkaitan dengan orang berdaulat, dia akan terkena tulah. Bermakna ada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.

Sebab cerita salah seorang sepupu aku. Benda ni pernah terjadi dulu. Masa dia praktikal untuk kos pengurusan hotel di UiTM Dungun dulu. Pernah dia menyediakan santapan diraja untuk kaum kerabat baginda Sultan dan Permaisuri. Tapi tak pasti pula Sultan negeri mana. Kalau nak diikutkan, majlis santapan diraja ni memang kompleks sekali aturcara dan protokolnya. Sampaikan apa yang sepupu aku cerita tu pun aku tak berapa nak faham. Tapi pantangnya yang aku tahu, rakyat jelata tidak dibenarkan memakan walau sedikit pun sisa makanan kaum kerabat diraja ni. Biarpun sedikit. Jika tidak kena
tulah. Benar atau tidak tak tahulah. Nak dijadikan alkisah, ada la seorang mamat ni yang entah kebulur sangat agaknya. Dia dengan sesuka hatinya menjamah sisa makanan baginda setelah selesai majlis santapan itu. Bila pulang sahaja ke rumah, terus menderita cirit-birit berhari-hari. Kasihan... Mungkin itu kebetulan, tidak pasti pula aku.

Tapi begitulah ceritanya. Walau apapun, semuanya kembali ke kuasa Allah Yang Esa. Apa saja yang berlaku hanya dengan izin dan iradat-Nya. Apapun, terima kasih sebab bagi cuti. =D


berakhirnya coretan lapan belas...

coretan tujuh belas: yang aku rasa 2...

bermulanya coretan tujuh belas...

kau pernah rasa?

rasa apa?

rasa lapar.

aku lapar.

makan megi lagi nampaknya.

syukurlah kerana masih ada...

berakhirnya coretan tujuh belas...

coretan enam belas: buat TTS-ian...


bermulanya coretan enam belas...

tadi aku meeting.
aku rasa penting.
tapi kepala pening.
sebab sekeliling bising.

belah sana meeting.
belah sini 'joking'.
cerita minah kena pusing.
sikit lagi air mata nak 'running'.

bila makin boring.
tengok gambar masa 'training'.
gelak sampai nak terkencing.
sebab aksi sangat 'happening'.

tapi yang penting.
sebab korang gusi aku tak kering.
sebab korang kepala aku kurang pening.
sebab korang sunyi aku jadi bising.

korang yang pening/ting...TTS 'loving'. ;)

berakhirnya coretan enam belas...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.