Pages

coretan lapan: Sila hantar Kad Raya kat aku...

...bermulanya coretan lapan...

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
(kalau ade la orang baca blog aku nih...)

Sedang aku mengelamun sekejap tadi, terkenang akanku sesuatu perkara yang suatu ketika dulu amat sinonim dengan sambutan Hari Raya, (pose baru seminggu da sebok nak raye...) iaitu mengirim dan menerima Kad Raya. (hardcopy bukan softcopy...)

Masa aku sekolah rendah, mengirim dan menerima Kad Raya merupakan suatu kemestian bila menjelangnya Hari Raya. Al-maklumlah, ketika itu masing-masing buta IT, buta kayu dan macam-macam buta lagilah.

Penggunaan telefon tangan untuk menghantar SMS dan komputer untuk menghantar email belum menjadi suatu perkara yang lazim lagi. Tengok komputer dan telefon tangan pun kadang-kadang je.(teringat HP abang long yang ala-ala batu-bata dulu...buat baling anjing kompom almarhum...)

Zaman sekarang, ramai yang lebih berminat mengirim ucapan, surat, testimonial, resume, assignment, report dan macam-macam lagi melalui e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS), gtalk/YM/Skype, DC++, MiRC dan sebagainya. Ini mungkin kerana ianya lebih mudah, cepat, murah/percuma, boleh tulis banyak-banyak dan tiada kemungkinan untuk kiriman itu dibuang oleh Posmen ke dalam sungai. (no offense to abang2 Posmen...)

Namun bagiku, ucapan yang dikirim melalui medium-medium teknologi tersebut diatas mempunyai satu kekurangan yang sangat boleh dirasai oleh penerima mahupun pengirim itu sendiri. Apa yang aku maksudkan adalah apa yang dipanggil 'feel'.

Aku masih ingat lagi, betapa gembiranya hatiku bila menerima sekeping Kad Raya. Debaran sangat dirasakan ketika meleraikan ikatan antara gam dan kertas sampul kad itu kerana tertanya-tanya akan pengirim kad itu. (kalau tak sabar sangat, main koyak je sampul tu...)
Selalu ku bersaing dengan Kakcik, tentang siapa dapat lagi banyak Kad Raya pada tahun itu. Purata penerimaan Kad Raya ku ketika sekolah rendah adalah 5 keping setahun. (tidak termasuk yang dihantar oleh adik-beradik sendiri...).

Antara ucapan yang biasa ditulis dalam Kad Raya budak-budak sekolah adalah:-
  • Puasa tahun ni penuh ke tak? Kalo tak penuh, tak boleh raya tau. (peduli ape aku...raye tetap raye...)
  • Baju raya tahun ni warna apa? Banyak ke beli baju raya tahun ni?
  • Banyak ke buat kuih tahun ni? (mak aku tak buat kuih...tiap tahun kuih tunjuk je..)
  • Kalau nak duit raya, datanglah rumah. (aku datang pun tak dapat jugak...)
  • Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. (pantun sepanjang zaman...)
Tapi sekarang, nak dapat sekeping setahun pun susah. Kalau dapat pun nasib je. Kalau tak pun berkemungkinan besar hantar kat diri sendiri. (hina giler...aku tak buat, orang lain yang buat...)

Masa sekolah menengah, dapat jugak la 4,5 keping dalam jangkamasa 5 tahun belajar tu. (itupun main post letak bawah meja kat kelas...takpun bagi kat 'postboy/girl' budak-budak junior...)

Jadi di kesempatan ini, aku ingin sarankan kepada para pembaca sekalian, kirimlah Kad Raya kepada kawan-kawan, saudara-mara, pasangan-pasangan dan sesiapa jua yang dirasakan sesuai (contohnya aku...). Dan rasalah kembali 'feel' membeli, menulis, mengirim dan menerima Kad Raya seperti dulu. Disini aku sertakan alamat rumah aku bagi sesiapa yang baik hati hendak mengirim Kad Raya kepadaku (berharap sangat ade orang baik hati...):-

Khairil Nizam Bin Mohamad Darus,
Rumah Kakitangan,
Ladang Btg. Jelai,
73500 Rompin,
Negeri Sembilan,
Malaysia. (sila sertakan jika anda bukan orang Malaysia...)

Bagi sesiapa yang menginginkan Kad Raya daripada aku, bolehlah menulis alamat penuh anda di ruangan 'comment'. InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan tibalah sekeping Kad Raya di rumah anda, dan anda bolehlah berlagak dengan ahli keluarga yang lain kerana kad yang sekeping itu.

Sekian,
Pecah dara kena 'romen',
Sudah baca harap komen...

...berakhirnya coretan lapan...

coretan tujuh: saat bererti...

...bermulanya coretan tujuh...

Pesanan: Post ni panjang giler wo...haha

Aku balik ke rumah hari Jumaat lepas.Maklumlah,cuti lama sikit,sampai hari Isnin.Sambutan kemerdekaan jatuh pada hari Ahad,jadi cuti umum ditarik sehingga hari Isnin.Aku pun memang perlu balik untuk menjemput sahabat baikku,'Z' untuk pulang ke UTP sebab aku sangat2 memerlukannya.Tapi apa yang aku nak coretkan bukanlah tentang Z,tapi tentang kehidupanku semasa di rumah.Yang mana aku rasa antara masa-masa hidupku yang paling berharga.

Hari: Jumaat
Tarikh: 29/8/2008

Tiket bas pukul 1500 petang.Naik bas dari Taman Maju.Sahabatku Izzu yang menghantar aku ke sana.Sepanjang ketiadaan Z,Izzu yang banyak menolong aku.Motor dia yang selalu jadi mangsa bila aku perlu kemana-mana.(Selain motor Sarul..hehe)Terimbas balik kenangan masa foundation.Masa2 bila dia sorang je yang berkenderaan antara teman-temanku.Heh,jasa yang tak terbalas...Thanks bro! Lepas semayang Jumaat,terus gerak dari Masjid.Alhamdulillah,sampai-sampai je bas dah ada.Naik bas sekolah yang disewa khas,sebab ramai sangat orang balik mase tu.Tak kesahlah,asalkan sampai.Destinasiku KL.Sebab tiket direct Seremban dah sold out awal2 lagi.Naik je bas,seat sebelah pintu kecemasan.Fikirku kalo jadi ape2 boleh jadi orang first terjun dari bas.(-_-) Tapi yang tak bestnye,sepanjang perjalanan tu,engsel pintu kecemasan tu berbunyi-bunyi kat sebelah telinga aku.Haihh,sabar je la.Bila aku tinjau dalam lubang kunci pintu tu,penuh dengan bungkusan plastik gula2.Well,no wonderlah..'Malaysian'.Aku pun tanpa segan silu menyumbangkan satu lagi bungkusan plastik dentyne dalam lubang tu.
(I'm a Malaysian what..!!? =p)


Kalo tak silap aku,bas bertolak pukul 1445.Perjalanan selamat tanpa sebarang masalah.Aku sampai KL dalam pukul 1830.Disebabkan perut yang tidak diisi sejak pagi,aku pun beli berger ayam special di stall berger first yang aku jumpa.Dan terus berjalan kaki ke Pasar Seni untuk menaiki bas ke Seremban.Ya Allah,ramainya umat.Panjang betul 'barisan' yang menunggu.Semuanya dengan semangat 'nasional' untuk pulang menyambut kemerdekaan di rumah.Punyalah panjang barisan,sampaikan aku sempat menghabiskan berger aku tadi,dan pastu dah lapar balik baru dapat naik bas.Huu~ Bas bertolak pukul 1900, dan sampai Seremban lebih kurang jam 2000.

Aku nak balik Rompin.(Negeri Sembilan, bukan Pahang) Mula-mula aku ingat nak naik bas je ke Rompin.Tapi nasib aku baik,Abang Lang aku yang duduk kat Senawang memang nak balik sana,so aku pun menjimatkan perbelanjaan dengan menumpang dia. Akhirnya,aku sampai di rumahku yang tercinta lebih kurang jam 2300. Haihh...penatnya.Nasib baik ada anak buah yang berumur 6 bulan kat rumah.Hilang sikit penat...=)


Hari: Sabtu
Tarikh: 30/8/2008

Bangun pagi je(walaupun tak berapa pagi sangat la..), terus main agah2 dengan anak buah aku.Lupa nak bagitau,nama dia Mohd. Khairil Akif bin Khairil Adzhar.Panggil Akif.Anak Abang Lang.Akif anak buah first.Aku ni Ayah Cu dia.

Petangnya pulak,pergi main Snuker dengan Abang Lang dan Abah.Snuker disediakan oleh pihak estate untuk staf2 dia.So main free je beb.Seronok2~ Hehee.. Main 3 game,tiga2 Abang Lang menang.Hampeh~ Lepas habis main,kitorang pun bertolak ke rumah Abang Ngah di Batu Anam,Segamat.Sebab kami bercadang untuk buat barbeque bersama family malam tu.

Malam harinya,bermulalah saat-saat manis aku bersama family.Along ngan Kak Long pun dah sampai jugak dengan anak diorang.Ammar Mukhtafi bin Khairil Anwar.Ammar anak buah aku yang kedua.Malam tu,semua ahli keluarga aku dapat berkumpul.Ditambah pulak dengan boyfriend Kakcik,Abang Hasri datang memeriahkan suasana.Seronoknya aku malam tu sebab dapat meluangkan masa-masa berkualiti dengan ahli keluargaku...Alhamdulillah~ =D Lepas habis makan,abang aku lagi sorang,Abang Iwan ajak main bowling pulak.Aku on jek.Lagi pulak masa tu baru dapat satu set bowling termasuk bola 12 paun sebijik,hand guard,dan kasut bowling sepasang.Nice~ Malam tu kitorang main sampai pukul 0200.5 frame.Balik je rumah,sebelah badan aku krem.Adeihh~~ (-_-) [Merdekaku di pusat bowling] Ho-yeh~

Hari: Ahad
Tarikh: 31/8/08

Hari ini aku terus meluang masa bersama ahli keluargaku.Paginya kami pergi shopping.Petangnya pulak pergi menghantar duit hantaran ke Senaling.Dari Abang Ngah,untuk tunangnya Kak Ina.InsyaAllah,hujung tahun ni mereka diijabkabulkan.Alhamdulillah...(tibe tak sabar nak kawen...wawawa~)Setelah selesai semuanya,Abang Lang sekeluarga bertolak ke Pasoh,rumah mentuanya.Aku dan yang lain bertolak ke rumah Abang Long di Kuarters KLIA,Nilai.Sebelum ke sana,aku ke rumah Abang Lang di Senawang,untuk mengambil Z yang kutinggalkan 2 bulan dulu.
Hendak dijadikan cerita,Abang Lang terlupa untuk meninggalkan road-tax motorku di rumahnya.Jadi,mahu tak mahu,Abah terpaksa berpatah balik untuk berjumpa Alang ditemani Kakcik.Serba salah aku rasanya sebab terpaksa menyusahkan Abah.Kerana jarak perjalanan yang perlu dilalui bukanlah dekat.Abah pula bukanlah sekuat dulu lagi untuk memandu jauh2.Izam mintak maaf abah...;(
Alhamdulillah,dengan izin Allah.Kami semua selamat sampai di rumah Along.Masing-masing sudah kepenatan.Aku pula,kepenatan + kesakitan.Sebab bahuku ini masih sakit lagi.Penangan bowling malam semalam.Huu~

Hari: Isnin
Tarikh: 1.9.2008

Hari ini hari pertama Ramadhan.Hari ini aku akan menunggang motor balik ke UTP.Perjalanan lebh kurang 300 km.Penat+sakit tak hilang lagi.Mintak tolong mak urutkan.Mak cakap,"Tu la..mak tak suruh main sampai 4,5 frame tu kan..." Adehh,kene perli.Huhu~ Sebelum bertolak,aku dengan abah cek motor.Yela,nak jalan jauh ni.Kalau ada apa2 problem kan susah.Pastu abah tolong ketatkan rantai.
Mekasih abah mak.

Aku bertolak pukul 0900.Sepanjang perjalanan semua ok.Cuma kadang-kadang Z 'mencangut'.Pastu Z tak boleh lari macam dulu lagi dah.Aku pun tak tau apa problem dia.Mungkin sebab lama tak jalan jauh kot.Sampai kat Bidor,hujan lebat.Berenti bawah jambatan.Masa tu minyak dah bawah 'E'.Kecut jugak perut aku.Tapi lepas hujan berenti,aku dengan 'hati keringya' meredah jalan dengan harapan dapat sampai RnR Tapah.Alhamdulillah,lepas sampai jugak.Tengok dalam tangki dah nampak dasar.Phewww~ Nak dapat betul2 full,kene isi RM10.Hurmmm,dah macam isi minyak kereta dulu2.(-_-!)
Akhirnya,aku sampai di UTP lebih kurang pukul 1330.4 jam setengah perjalanan.Sampai bilik terus membuta.Dah habis cuti dah...Haihh~~~

...berakhirnya coretan tujuh...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.