Pages

Coretan 86: kenapa rasa bersalah...

bermulanya coretan 86...

aku baru pulang. dari kampung. dari ladang. ladang btg. jelai, rompin, negeri sembilan. cuti pertengahan semester tamat pada hari ini. asalnya satu minggu. namun atas dasar tanggungjawab, dipendekkan menjadi setengah minggu. tidak mengapalah. asal sempat bersama mak, abah dan adik-beradik buat beberapa tika.

hari ini aku pulang tanpa rancangan. rancangan asal ingin pulang dengan menumpang kenderaan teman dari kuala lumpur. namun rancangan dipinda sehari sebelumnya. teman tidak jadi pulang bersama. lalu pilihan yang ada hanyalah pengangkutan awam. setelah berkira-kira, naik tren sajalah dari k.l ke bt gjh. itupun jika ada tiketnya. hanya bergantung pada nasib.

dari rumah ke seremban. mak abah hantarkan. dalam perjalanan singgah sebentar di ulu bendul. bukan untuk mandi air terjun, tapi untuk bersarapan pagi+makan tengahari pada jam 10. setelah itu, perjalanan diteruskan hingga ke stesen komuter seremban. pelepasan terhampir pada jam 1130. perut sakit. jam pukul 1115. sempat ni. pergi berak dulu. lepas berak, tren dah berlepas. tahi. pelepasan seterusnya jam 1200. tunggulah.

jam 12 berlepas. kurang lebih jam 1330 tiba di sentral kl. terus ke kaunter untuk membeli tiket ke bt gjh. redah kasi pecah. jika tiada tiket, perlu ke pudu mencari tiket bas. namun nasib di sebelah yang baik. tiket ada jam 1500. syukur. pusing2 stesen dulu. kebetulan elaun bulanan telah tiba. awal macam haram. takpe. boleh shopping sekejap. lalu terbeli talipinggang. konon2 talipinggang formal untuk presentation takde. so kena beli. beli rm20 je. murah. cukup la...

jam 1513 bertolak. tak tau lagi nak mintak siapa jeput di bt gjh. roger esah, belum balik. roger am, available. well done! amporlo tolong jeput. time kasih. siap bawak pergi pasar malam. servis terbaik. bagus! haha alhamdulillah selamat sampai utp.

tapi...

cuti kali ni yang paling tak puas. tak tau kenapa. masa di rumah, aku tak sabar nak balik utp. tapi bila di utp, aku rasa bersalah pula sebab berperasaan begitu masa dirumah. kalau aku tidak berperasaan begitu, mungkin aku boleh lebih enjoy di rumah. tiba-tiba rasa bersalah kat mak abah. bukannya selalu dapat jumpa. tapi bila jumpa, tak dapat happykan diorang. lepas ni entah bila dapat balik lagi. maaf mak abah...

berakhirnya coretan 86...

Coretan 85: kata2 kembali...

bermulanya coretan 85...

oh,coretan 84 bertarikh january 10, 2010. dan hari ini bertarikh march 11, 2010. genap 3 bulan 1 hari aku tidak mencoret. entah mengapa, dalam jangkamasa itu, keinginan ku untuk mencoret menjadi sangat low. kalau diikutkan sangat banyak yang boleh aku coretkan sebenarnya. namun entah mengapa, niatku untuk mengupdet blog ini sering terkandas. ada saja yang menghalang.

namun kini ku telah kembali. sebagai pendorong, aku tukarkan layout blog ku ini. agar ku lebih bersemangat untuk mengupdet di kemudian hari. dan aku suka layout baru ni. cantik. =) benarnya beberapa blog yang aku baca kebelakangan ini juga telah menjadi inspirasi ku untuk mencoret semula. jika kini aku tidak coretkan cerita kehidupanku kini, mungkin di masa depan aku kan lupa sebahagian besar darinya. maka sayanglah kenangan2 manis ku yang lalu itu jika tidak dikenang.

benarnya kini aku sedang sibuk dengan latihan teater bangsawan Tuah Hang Jebat yang akan dipentaskan bulan 4 akan datang. aku yang memegang watak Hang Tuah memikul tugas yang agak berat dalam pementasan kali ini. namun seperti pementasan2 yang lepas, akan ku berikan segala yang termampu dalam pementasan kali ini. ini adalah kali pertama TTS mementaskan teater bangsawan yang benarnya lebih kompleks dari yang biasa. namun aku percaya dengan kebolehan ahli-ahli kumpulan ku ini. bila kami bersama, tiada yang mustahil.

aku juga baru tenang dari latihan nasyid untuk pertandingan 2 hari lepas. in-saff pada tahun ini kurang bernasib baik. hanya menduduki tempat kedua. kalah tipis di belakang All For Ummah (AFU). namun kami tetap bersyukur kerana kami percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. ini adalah kali terkakhir aku menyertai pertandingan ini. kerna ini tahun terakhirku di utp. insyaAllah. apapun, aku tetap puas dengan ahli kumpulan kerana telah memberikan yang terbaik dalam pertandingan tempoh hari. tahniah dan terima kasih kuucapkan.

hari2 ku kini berlalu seperti biasa. aku akan kembali lagi selepas ini. bila ada apa2 yang ingin ku kongsikan nanti. jumpa lagi...

berakhirnya coretan 85...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.