Pages

coretan 45: diari metropolitan...

bermulanya coretan 45...

sedar tak sedar. dah dekat sebulan aku praktikal di klcc. hidup dalam sebuah bandar metropolitan yang tak pernah tidur. sekurangnya itu pandangan aku terhadap sebuah bandar yang dipanggil kuala lumpur ini. aku tiada cerita untuk dicoretkan. tapi aku tertarik untuk mencoretkan lirik lagu yang bercerita. lagu ini dipopularkan oleh KRU satu masa dulu. menceritakan tentang kehidupan seorang anak muda yang menjalani kehidupan sukarnya di kuala lumpur ini. bacalah ia sebagai sebuah cerita. bukan hanya sebagai lirik kosong.

diari metropolitan - KRU
Satu, dua, tiga...
Aku bermula kehidupan anak muda di kotaraya

Hari-hari ku mencari destinasi ini

Seperti semua aku juga punya mimpi

Namun kita berbeza

Usia, harta, rupa, latar keluarga

Hitam putih hidupan sendiri menentukan

Namun terlalu banyak kehitaman dalam kehidupanku

Aku... aku lakukan apa perlu

Hari ganti hari masa terus berlalu

Bukan ku pinta kehidupan tak bererti

Situasi yang menjerat tak bisa ku lari lagi

Sampai bila, sampai bila nasib ku begini

Bila ku mati, siapa peduli?

Inilah sehari dalam diari

Anak metropolitan...di kotaraya ini


Adakah hidupku satu gurauan

Sekadar penuhkan pementasan

Diriku tak perlu belas kasihan

Bersendiri ku menyepi di sini

Jangan kau cuba mendekati

Kamu juga pentingkan diri sendiri

Mengakulah ini realiti

Yang lemah kan mati, gagah berlari


Sedar tidak sedar, akulah sisa

Dipandang hina tak pernah ku sangka

Kais pagi, aku berdosa lagi

Fikirku tak mungkin akan berlaku pada ku

Temanku... semuanya dikejar, diburu

Lambat laun tersungkur juga satu persatu

Bila-bila saja masanya kan tiba

Aku juga menjadi lelaki diburu

Mengimbas sekias semalam

Anak kecil masa depan cerah menjadi malap

Takdirnya di dalam diari

Anak metropolitan ku bersendiri lagi


Sehari di dalam diari

sebuah kehidupan di metropolitan


Sepuluh tahun pengalaman

Anak jalanan juga punya prinsip dan pegangan

Inilah dia syarat pertama

Jika gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua

Apa jua kau berkata

Beranilah juga tanggung risikonya

Aku masih muda, umur dua tiga

Jangan kerana mulut badan binasa

Dan janganlah kau cuba menyekat dan beri nasihat

Kerna kini masanya mungkin sudah terlewat

Biarku dengan caraku nanti hidup kau juga akan tidak menentu

Walaupun apa kau fikirkan

Aku masih menaruh sedikit harapan

Agar diari lebih bererti

Anak metropolitan tak perlu berdosa lagi


lagu ini dimulakan dengan satu situasi dialog bilamana cubaan seorang anak muda untuk mencuri seutas jam tangan digagalkan oleh orang ramai yang kemudianya membawanya ke balai polis untuk ditahan.

lagu ini terus membuatkan aku bersyukur dengan jalan kehidupan yang aku ada sekarang. aku tidak perlu mencuri, merompak, meragut, mahupun melakukan apa saja jenayah untuk hidup di kuala lumpur ini. nasibku jauh lebih baik dari mereka yang perlu. aku mampu menjalani hidup dengan tenang tanpa perlu hidup dalam buruan polis mahupun buruan jenayah-jenayah yang telah, sedang dan akan kulakukan. aku syukur dengan bahagianku ini. aku syukur. dan aku juga mahu kamu bersyukur. dengan apa yang kamu ada. dengan apa yang kamu tiada. bersyukurlah...maka kamu akan tenang.



berakhirnya coretan 45...

coretan 46: peristiwa jamban...

bermulanya coretan 46...

daripada tiada apa untuk dicoret. tiba berlaku sesuatu peristiwa untuk kucoretkan. peristiwa jamban. sungguh menyakitkan hati. ada suspek. tapi tiada tuduhan dibuat. tidak pasti jua motif perlakuan. namun memang macam haram. peristiwanya?

barang-barang mandian ku termasuk sabun mandi, shampoo, ubat dan berus gigi yang berada dalam bungkusan polimer tiba-tiba berada di dalam lubang jamban tanpa motif dan sebab yang jelas. masih segar dalam ingatan ku bagaimana beberapa ketika sebelum itu aku mencampakkan bungkusan itu kedalam LUBANG SINKI, bukan LUBANG JAMBAN yang ada bersebelahan. buku sabun mandi lifeboy kaler hijau dan berus gigi kaler biru itu kemudiannya terus ku campak kedalam plastik sampah kaler hitam di luar sejurus selepas memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelaku yang tidak dapat dipastikan siapa. antara frasa yang terkumam dek mulutku ketika itu...

"Apo la dek BANGANG bona..." (sambil hati menahan geram tahap dewa)

aku pelik dan hairan. tapi ia benar. ya,pelaku itu memang bangang. itu memang aku boleh pastikan. tidak dapat dinafikan lagi kebangangan tahap dewa yang dimiliki oleh beliau. aku jarang sekali marah. sebab dulu aku pernah menjadi seorang pembengis dan pemarah. dan aku kemudian sedar akan implikasi dan kesan menjadi orang sebegitu. lalu aku mengubah sikapku menjadi seorang yang lebih penyabar. namun bila kes bangang seperti ini berlaku. memang aku marah. kepada pelaku. aku tidak faham sama sekali motifmu. motif bangang kamu. tapi sedarlah bahawa... KAMU MEMANG BANGANG! sekian terima kasih.

p/s: perkataan bangang dicoret sebanyak enam kali sahaja...


tujuh campur yang didalam imej...

berakhirnya coretan 46...

coretan 44: festival teater ORANG perak...

bermulanya coretan 44..

Festival Teater Perak 09 a.k.a FTP 09 telah melabuhkan tirai minggu lepas. Tronoh Theater Shop (TTS) membawakan teater Jebat hasil karya Hatta Azad Khan yang pernah kukatakan satu karya yang membosankan, jika pementasannya tidak kena dengan pengolahan yang dibuat oleh pengarah. Namun skrip itu ku akui mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dan pengolahan pengarah berwibawa kami berjaya menjadikan karya itu jauh lebih menarik. Dan keputusannya kami dapat tempat ketiga. Dan aku secara sendiri tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Kekalahan kami tidak langsung bertunjangkan keadilan. Keputusan yang dibuat pihak juri dipengaruhi beberapa faktor busuk. Bertemakan anak perak, makan-makan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu terlalu banyak isu yang boleh dibangkitkan berkaitan kawanan-kawanan tempat pertama dan kedua. Isu-isu yang secara tiba-tiba mampu mempersilakan kawanan-kawanan tersebut untuk ditarik kelayakan mereka untuk memenangi apa saja anugerah dan tempat. Namun maaflah kerana tidak rajin untuk aku coretkan isu-isu tersebut disini. Jika benar mahu tahu, pesanan sulit saja aku kemudian. Nasib sama bagi Tok Janggut. Monolog yang dipertandingkan oleh Doc Shark, cikgu teater aku. Yang akhirnya di 'disqualified' atas alasan mementaskan monodrama...bukan monolog. Satu lagi isu timbul disini. Dan satu lagi kemalasan timbul untuk aku jelaskan. Biarlah ia disitu.

Surat bantahan sudah dibuat. Tunggu saja keputusan nanti. Doa saja moga keadilan tetap akan menang. Sudahlah, kita tunggu saja. Nanti. Dan terus tunggu.

Terima kasih buat semua TTS-ian. Aku sayang kamu. Sungguh. Aku benar sayang kamu.

Yang benar,
cairellneezarm

(coretan komputer tidak perlu ditandatangan)



berakhirnya coretan 44...

coretan 43: kisah satu pagi...

bermulanya coretan 43...

aku mula bergelar trainee di KLCC 1 jun lepas.
sewa apartmen di pandan court, pandan mewah, ampang.
tingkat doblas. doblas A sebenarnya.
bersama tujuh rakan yang lain.
pejan, rafi, josh, epol, hanis, kudin' dan nabil.
kami semua tidur di ruang tamu.
tapi pernah sekali ketika semua sedang tidur,
josh mengira bilangan semua orang dan mendapati ada lebihan dua entiti.
satu daripadanya mungkin bantal peluk.
namun satu daripadanya masih belum dapat dipastikan.
ianya terus menjadi misteri.

hari pertama bekerja agak disaster.
memandangkan ceteknya ilmu tentang pergerakan bas.
kisahnya...
metrobus dan SJ yang jua menuju ke KLCC sudah di depan mata.
namun kami masih jua mengharap ketibaan rapidKL.
memandangkan research yang dibuat sebelumnya mendapati hanya rapidKL menuju ke KLCC.
namun rapidKL masih tidak kunjung tiba.
akhirnya..
bila jam pukul 720 dan 7 jejaka itu masih tercongok di pondok bas.
kami pun berpaling tadah dari rapidKL.
berjaya tiba di KLCC jam 820 kurang lebih.

begitulah hari pertama bergelar trainee yang noob di KLCC.
hari kedua hingga ke ketujuh...aku di UTP untuk FTP 09.
aku ku coretkan di lain masa perihal FTP.
sekarang mahu sambung kerja-kerja trainee yang banyak ini.


berakhirnya coretan 43...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.