Pages

small things

Hari ni aku balik dari opis lambat sikit. Kurang lebih jam 830. Lepas menonton wayang kisah robot bergaduh sesama robot sambil manusia join sekaki, Transformers 3: Dark of The Moon. Aku tonton versi 3D. Walaupun aku sebenarnya kurang minat tonton versi 3D kerana tak berapa selesa dengan keadaan imej yang satu didepan dan satu dibelakang. Aku mudah jadi hilang fokus lalu terlepas aksi-aksi hebat yang ingin dipaparkan. Namun aku tak mahu ulas panjang tentang itu. Tak bermanfaat. Sekadar untuk hiburan semata.

Ketika aku dalam perjalanan balik, setelah tiba di stesen ERL Salak Tinggi, aku bergegas turun dan terus mendaki tangga untuk ke seberang. Aku tinggalkan satu anak tangga dalam setiap langkahan agar aku cepat tiba di atas. Saat aku tiba di anak tangga terakhir, aku tertoleh kebelakang dan terlihat olehku seorang makcik yang sedang perlahan-lahan menaiki satu demi satu anak tangga sambil menjinjing satu beg baju berwarna biru. Payah sekali kelihatannya. Dengan umur yang sebegitu dan bebanan yang berat.

Terdetik niat murni di hatiku untuk turun kembali dan membantu orang tua itu. Namun kakiku menidakkan niat dan terus melangkah ke depan. Dan kemudian dalam setiap langkahku selepas itu, aku menyumpah dan memarahi diri sendiri. Aku sesal kerana tidak menoleh lebih awal. Aku sesal kerana tidak turun semula dan membantu. Aku sesal.

Begitulah hidup, walaupun perkara itu nampak remeh, namun tekadang ia mampu merubah keseluruhan jalan cerita. Macam orang barat kata, it's the small things that matter...

dugaan

2, 3 hari kebelakang ni aku tidak berapa tenang. Emosi tidak berapa stabil. Suhu badan tidak begitu tetap. Semuanya gara-gara ulser. Dua bahagian dalam mulut aku seperti ada kawah gunung berapi. Dekat bibir aku boleh tahan lagi, tapi bila dekat lidah pun kena, memang sangat menguji tahap kesabaranku. Cuaca panas melampau setiap hari adalah salah satu penyumbang tegar. Total air yang keluar dari badan pula tak seimbang dengan yang masuk. Terus jadi pemangkin. Waktu nak makan paling mencabar. Lidah yang perlu digerakkan hampir setiap masa menyebabkan kunyahan perlu berhati-hati. Tekadang air mata pun boleh mengalir bila tergesel bahagian tepi kawah. Memang rasanya masa tu nak hentak2 meja makan dan berhenti makan terus. Tapi nanti lapar pulak natijahnya. Jadi sabar je la, dan sambung makan seperti biasa. Sekarang bonjela jadi peneman setiap masa. Pakai ubat gigi pun dah tak sekerap bonjela. HUH! Kesimpulannya anggaplah ini dugaan dan peringatan. Sebab kita bukan akan sihat sejahtera sepanjang masa. Ada masa kita sakit. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati.

Sekian.

aku penganggur

Ya. Aku seorang penganggur terhormat. Sudah masuk lebih 5 bulan. PUIHH! Bukan aku tak mintak kerja, tapi sebenarnya aku baru mula menghantar permohonan kesana sini bermula minggu lepas. Sebelum ni hanya nekad menunggu panggilan dari PetrolNas yang tak kunjung tiba. Namun setelah kulihat harapan makin pudar, kawan2 pula dah semakin kaya dengan bekerja di kampeni lain, rasanya aku pun tidak patutlah berdiam diri saja. Yelah, nama pun baru pohon minggu lepas, takkan minggu ni dah ada orang panggil kerja kan? Mustahil. Paling kurang pun mereka (kampeni2) kena tunggu permohonan dari calon lain dulu. Kemudian baru mereka semak satu persatu permohonan yang datang. Kemudian disenarai pendek untuk dipanggil temuduga. Paling tidak pun mesti ambil masa dalam sebulan lagi. Dan aku pun tak pasti apa yang patut aku lakukan dalam sebulan yang akan datang ni. Baring sambil silang kaki atas pangkin bawah pokok kelapa je la nampaknya lagi sebulan. PUIHH!

...

Setelah beberapa bulan terhenti, aku terasa ingin mencarut semula. Ini adalah entri pertama setelah percutian panjang itu...

PUIHH!!!

'Selamat kembali mencarut'

dan ini penemuan yang mengejutkan aku sebentar tadi. Sila pergi link dibawah

http://www.coratcoretkehidupan.blogpsot.com/

PUIHH2!!!

'Takde nama lain ke??'

sekian

Coretan 95: aku dan kambing...

bermulanya coretan 95...

Coretan kali ini bukanlah tentang orang yang berbau, takutkan air mahupun mengembek seperti kambing. Tetapi tentang aku yang baru menyedari bahawa daging kambing bukanlah makanan yang sesuai untuk tubuh badanku ini.

Ini kerana semalam aku telah ke restoran shabu2 bersama rakan2 serumah. Bagi yang kurang tahu, Shabu2 adalah restoran steambot yang menggunakan prinsip perniagaan, 'bayar sekali, makan sampai mati...'. Dengan hanya sekali bayaran sebanyak 17 hinggit, anda boleh makan apa saja yang dihidangkan termasuk barbeque, aiskrim, main menu seperti nasi, meehoon dsb, steamboat, buah-buahan dan banyak lagi. Ianya terletak di daerah Manjung, perak. Kurang lebih 1 jam perjalanan dari UTP.

Jadi setelah selesai makan pada malam itu. Kami pun pulang. Pada malamnya aku sungguh tak lena tidur akibat...'kepanasan'. Setelah diteliti, barulah ku sedar bahawa ianya mungkin efek daging kambing yang kujamah ketika di Shabu2. Kalau diikutkan, aku hanya menjamah sedikit saja daging tersebut. Namun panasnya seperti aku telah memakan seekor kambing Pakcik Kordi secara mentah! (ok exagerate...)

Dan sejak itu, aku lalu berkeputusan untuk tidak makan daging kambing lagi. Maka bergembiralah kamu wahai kambing2 di Malaysia kerana jumlah pemakanmu telah kurang seorang bermula hari ini.



"syukur~~~" dodi, kambing pakcik kordi

berakhirnya coretan 95...

Coretan 94: oh,petronas...

bermulanya coretan 94...


oh,petronas...

saban hari.

website cimbcliks memberi harapan.

namun acapkali jua.

yang ada hanya kekecewaan


oh,petronas...

mengapa kau sanggup begini?

jika purnama sudah, awal kau beri.

mengapa purnama kini seperti taknak bagi?

jika purnama sudah di tengah2?

mengapa purnama kini kau tunggu hampir sudah?

tolonglah fahami situasi kami.

yang semakin bersahabat dengan maggie.


oh,petronas...

tekadang aku hairan.

tentang pointer sering kau ungkitkan.

namun tentang kebajikan? sering saja kau abaikan.


sudahlah...

jika kau mahu beri.

kau beri.

jika tidak.

simpan saja sampai mati.


berakhirnya coretan 94...

Coretan 93: mati mati...

bermulanya coretan 93...

arini first paper final aku. paper malaysian studies (sonang yo~). mati-mati aku ingat paper aku pagi start kol 9. siap bangun awal kol 530 tadi nak cover apa2 yang patut.then pagi ni tibe terdetik nak kompomkan venue exam, so bukak timetable kat website utp.then baru perasan yang paper start kol 230 petang rupenye. haram~ (-____-) hmm...xpela atleast aku dah prepare awal kan.huhu

nway, kepada sume...doakan kejayaan saya dalam kertas2 akhir semester ini. ade 5 kertas semuanya.(dah macam foundation da...haihh~)



*nantuk2~~~ (@__@)

berakhirnya coretan 93..

pic credit to: http://chanux.wordpress.com/2009/10/23/one-heck-of-an-exam-day/

Coretan 91: hariku harini...

bermulanya coretan 91...

Disebabkan aku tak berapa tau apa nak tulis, so harini aku akan tulis pasal 'hariku harini' (best gak tajuk nih,leh wat skrip...haha). Memandangkan pada hariku semalam aku telah tidur awal, kurang lebih jam 8 malam, aku telah terjaga pada jam 1.30 pagi hari berikutnya (hari ni la tu). Setelah bersolat Isyak dan melayari FB, aku mula merasa lapar. Lalu aku mengiklankan kelaparanku di status GTALK dengan harapan ada yang mengajak ke mapley untuk menjamu selera. Namun setelah jam menunjukkan pukul 5 pagi, masih tiada siapa yang sudi. Lalu aku pun kecewa. Lalu aku berkeputusan untuk ke mapley seorang diri saja. Setelah bersiap2 (perlu ke?) aku pun mengejutkan biniku ZAKIAH yang sedang tidur lalu menunggangnya pergi ke RESTORAN SALAM. Aku pun order teh o suam (yang panas mendidih sampai melecur lidah aku) dan maggie goreng telur mata sambil membaca suratkhabar SINAR HARIAN edisi semalam. Setelah selesai, aku pun pulang dan bersolat SUBUH di MASJID AN-NUR. Kemudian aku pun pulang dan menyambung tidurku.

Pada jam 1 petang pula, aku telah ke MPH untuk mengerah tenaga bagi mengemaskan barang2 teater bangsawan lalu yang masih ada tertinggal. Meskipun penat, namun aku tetap gembira kerana dapat berjumpa adik-beradik ku yang lain. Antara yang terlibat adalah Esah, Usop, Acab, Kisas, Ammar, Nuzul, Syafril dan Che Mad. Terima kasih kepada semua yang hadir. Yang tidak hadir, mungkin mereka ada urusan yang lebih penting. Jadi tak mengapalah. Kami selesai mengemas kurang lebih jam 230 petang dan kemudian kami menuju ke KFC TAMAN MAJU untuk makan tengahari yang tak berapa nak tengahari. Aku mengorder dua set JOM JIMAT iaitu SET A dan SET B kerana aku rasa itu lebih berbaloi dari membeli satu set NASI BERIYANI KFC. Ayam perasa lada hitam juga tidak terlalu sedap jika dibandingkan dengan ayam panas dan pedas, HOT N SPICY. Namun aku makan saja kerana aku sudah bayar. Jika belum, mungkin aku boleh lari tanpa membayar. Mungkin...

Petangnya pula ada audition untuk TEATER PENDEK MERDEKA awal bulan JUN nanti. 3 karya yang bertanding adalah hasil nukilan DOC, AKIN dan SEFA. Aku telah diberi mandat memegang watak dalam 2 daripada 3 skrip tersebut (biasalah, gila watak) iaitu 'AHH MAD dalam LIF (AKIN)' dan 'PA dalam MAR-DAY (SEFA)'. Memandangkan ianya adalah teater pendek, jadi aku rasa tiada masalah untuk membawakan watak2 tersebut. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik. InsyaAllah...

Malamnya pula (sekarang la tu) tiada apa yang begitu menarik berlaku, kecuali, aku tiba2 menerima panggilan dari AYAHBONDA bertanyakan khabar. Kata ABAH, dia tiba2 terasa rindu kepada anak bongsunya ini (oh, syahdunya). Namun seperti biasa, ABAH akan segera menyerahkan telefon kepada MAK setelah bercakap beberapa ayat mukaddimah denganku. MAK pula seperti biasa mengupdet apa2 perkembangan terbaru yang berlaku di rumah. Antaranya abah yang bakal mendapat duit EPF tidak lama lagi (senyum lebar). Selain itu MAK turut bertanyakan tentang final exam ku yang akan bermula minggu hadapan.

Kemudian aku tertelefon abang IWAN pula (memang tertelefon sebab aku tertekan). Lalu alang2 kami terus berborak pasal kereta yang ingin dijualnya. Katanya kereta itu telah dijual hari ini. Aku tumpang bangga kerana aku yang telah mengiklankan kereta itu di MUDAH.MY (website favourite ku). Kemudian dia meminta aku menghantarkan no akaun bank ku kepadanya(senyum lebar lagi sekali).

Dan kini, aku sedang menulis, eh, menaip. Bagi mengisi ruang2 di blog ku ini. Selepas ini aku mahu mula mengulangkaji. Kerana target ku semester ini agak tinggi. Jadi kena ada usaha ya. Oh, sebelum terlupa, hari KHAMIS ini aku pergi sambung belajar kereta (Ya! aku takde lesen kereta lagi...tapi aku pernah bawak kete sampai Penang ;p).

Oklah, sampai disini saja. Jumpa lagi kemudian hari.

berakhirnya coretan 91...

Coretan 90: hari fiesta...

bermulanya coretan 90...

Jika jumaat lepas aku 'bermalam fiesta'. Maka pada hari sabtu, 8 mei 2010 yang lepas aku 'berhari fiesta' pula. Seawal jam 930 pagi (awal ke?), beberapa kanak2 tts telah berkumpul dan bertolak ke ULU LICIN bagi menunaikan hajat sempena bermulanya study week semester ini. Kanak2 yang terlibat adalah aku, USOP, AM, DAUD, NIK, FATINA, NUZUL, FARAH, DORA dan JUJU (DORA dan JUJU adalah ahli nominal/lelap/tidur TTS).

Sebelum ke ULU LICIN, kami bersarap dahulu di RESTORAN SALAM taman maju agar tidak lapar di kemudian hari. Setibanya di ULU LICIN, kami melakukan pelbagai aktiviti, antaranya membasahkan insan lain, menjadikan AM sebagai AM-pangan, terjun dari atas batu ke dalam air, menyembur2 air seperti naga dan banyak lagi. Ketika ini juga trip kedua dari UTP consists of SYAKIR, TUYA, HELHAL dan NISA pun tiba. Kami sangat gembira ketika di ULU LICIN kerana kami dapat kembali ke habitat asal kami.

Selepas ULU LICIN, kami ke RESTORAN UNCLE ZAM's pula untuk menjamu selera. Kemudian kami pun kenyang.

Setelah kenyang, kami bertolak ke TELUK SENANGIN bagi menonton matahari menghilangkan dirinya. Sangat cantik! Kami juga gembira di sana. Kami bergambar, mengkebumikan obor2, makan pisang goreng tak sedap yang TUYA beli dan berkawan dengan abang bangla.

Kemudian setelah selesai bersolat maghrib, kami bertolak pula ke pusat karoke 'TITI ......' (tak ingat name) untuk berkaroke.

Setelah 2 jam berlalu, kami kemudiannya menjamu selera lagi di MEKDI Manjung. Di MEKDI Manjung, kami kemudian berdiskusi bagi menentukan destinasi seterusnya kerana mengikut tentatif, kami perlu pulang pada jam 3 pagi, walhal ketika itu baru jam 1 pagi. Lalu kami pun berbincang dan berbincang dan berbincang...(NUZUL dan DORA tidak melibatkan diri dalam perbincangan kerana mereka sedang tidur) Antara cadangan2 bernas yang diberikan adalah, CAMERON, PENANG, PUTRAJAYA, TELUK BATIK, TELUK RUBIAH, KELLIE's CASTLE dan 'CASTLE' depan sikit dari KELLIE's CASTLE.

Setelah mengambil kira semua faktor, lalu kami pun berkeputusan untuk ke TELUK RUBIAH. Namun akibat driver yang kurang cekap, kami pun terlajak sampai ke TELUK BATIK. Di TELUK BATIK kami pun turun dan berborak2 dan berjalan2 di tepi pantai pada jam 230 pagi itu.

Selepas itu kami pun pulang pada jam 3. Meski penat, aku tetap seronok pada hari itu. Ingin sekali aku mengulangi trip2 seperti ini dikemudian hari. Oh,sedihnya bila mengenangkan aku akan meninggalkan student life yang menarik ini tahun hadapan...Oh~

*gambar2 di facebook

berakhirnya coretan 90...

coretan 89: malam fiesta...

bermulanya coretan 89...

hari jumaat. jam 830 mlm. malam fiesta family kedua aku a.k.a family aku di utp - tronoh theater shop (tts). bertemakan pakaian tradisional (mungkin kerna pengaruh teater bangsawan yang baru lepas). bermenu utamakan chicken chop.(chicken chop?? kate tradisional...layan~) bertempat di poket D (untuk pertama kalinya). malam itu juga adalah malam penghargaan untuk bakal2 graduan tts...eh, utp pada hujung semester ini iaitu - akin, am, sult dan bani. tidak terkecuali juga penghargaan kepada ahli2 yang bakal intern semester hadapan. aku kurang selesa pada malam itu sebenarnya kerana suasana yang 'agak' formal ketika majlis. namun tidak kisahlah. asalkan aku dapat bersama ahli keluargaku itu. pada malam itu juga ahli majlis tertinggi yang baru tts telah dilantik menggunakan kuasa veto golongan atasan tts (vvip) seperti doc shark, cik mad dan cik amat (termasuk aku skali menyebok). dan keputusannya:-

hisham kisas - presiden
aisyah naemah - vice
fatina - s.u. 1
syafril - s.u. 2
ammar.b - bendahari

tahniah kepada semua. diharapkan semoga tts terus kekal maju dibawah pimpinan kalian. insyaAllah. selepas itu, disampaikan pula anugerah2 mencarut...eh,mengarut yang diilhamkan oleh doc shark pada malam itu. dan aku telah dianugerahkan anugerah tertinggi pada malam itu iaitu - 'anugerah janggut' (mengarut kan?) atas komitmen2 yang telah aku berikan sepanjang penglibatanku bersama tts. aku membawa pulang cokelat snickers sebagai trofi. terima kasih doc. saya terharu. dan majlis berakhir kurang lebih jam 1 pagi dan kemudian...kami pergi karok! sangat seronot! woot~ woot~ ;P


chicken chop yang menjadi mangsa

'gambar2 lain akan diuplod di facebook'

berakhirnya coretan 89...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.