Pages

dugaan

2, 3 hari kebelakang ni aku tidak berapa tenang. Emosi tidak berapa stabil. Suhu badan tidak begitu tetap. Semuanya gara-gara ulser. Dua bahagian dalam mulut aku seperti ada kawah gunung berapi. Dekat bibir aku boleh tahan lagi, tapi bila dekat lidah pun kena, memang sangat menguji tahap kesabaranku. Cuaca panas melampau setiap hari adalah salah satu penyumbang tegar. Total air yang keluar dari badan pula tak seimbang dengan yang masuk. Terus jadi pemangkin. Waktu nak makan paling mencabar. Lidah yang perlu digerakkan hampir setiap masa menyebabkan kunyahan perlu berhati-hati. Tekadang air mata pun boleh mengalir bila tergesel bahagian tepi kawah. Memang rasanya masa tu nak hentak2 meja makan dan berhenti makan terus. Tapi nanti lapar pulak natijahnya. Jadi sabar je la, dan sambung makan seperti biasa. Sekarang bonjela jadi peneman setiap masa. Pakai ubat gigi pun dah tak sekerap bonjela. HUH! Kesimpulannya anggaplah ini dugaan dan peringatan. Sebab kita bukan akan sihat sejahtera sepanjang masa. Ada masa kita sakit. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati.

Sekian.

aku penganggur

Ya. Aku seorang penganggur terhormat. Sudah masuk lebih 5 bulan. PUIHH! Bukan aku tak mintak kerja, tapi sebenarnya aku baru mula menghantar permohonan kesana sini bermula minggu lepas. Sebelum ni hanya nekad menunggu panggilan dari PetrolNas yang tak kunjung tiba. Namun setelah kulihat harapan makin pudar, kawan2 pula dah semakin kaya dengan bekerja di kampeni lain, rasanya aku pun tidak patutlah berdiam diri saja. Yelah, nama pun baru pohon minggu lepas, takkan minggu ni dah ada orang panggil kerja kan? Mustahil. Paling kurang pun mereka (kampeni2) kena tunggu permohonan dari calon lain dulu. Kemudian baru mereka semak satu persatu permohonan yang datang. Kemudian disenarai pendek untuk dipanggil temuduga. Paling tidak pun mesti ambil masa dalam sebulan lagi. Dan aku pun tak pasti apa yang patut aku lakukan dalam sebulan yang akan datang ni. Baring sambil silang kaki atas pangkin bawah pokok kelapa je la nampaknya lagi sebulan. PUIHH!

...

Setelah beberapa bulan terhenti, aku terasa ingin mencarut semula. Ini adalah entri pertama setelah percutian panjang itu...

PUIHH!!!

'Selamat kembali mencarut'

dan ini penemuan yang mengejutkan aku sebentar tadi. Sila pergi link dibawah

http://www.coratcoretkehidupan.blogpsot.com/

PUIHH2!!!

'Takde nama lain ke??'

sekian

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.