Pages

coretan 45: diari metropolitan...

bermulanya coretan 45...

sedar tak sedar. dah dekat sebulan aku praktikal di klcc. hidup dalam sebuah bandar metropolitan yang tak pernah tidur. sekurangnya itu pandangan aku terhadap sebuah bandar yang dipanggil kuala lumpur ini. aku tiada cerita untuk dicoretkan. tapi aku tertarik untuk mencoretkan lirik lagu yang bercerita. lagu ini dipopularkan oleh KRU satu masa dulu. menceritakan tentang kehidupan seorang anak muda yang menjalani kehidupan sukarnya di kuala lumpur ini. bacalah ia sebagai sebuah cerita. bukan hanya sebagai lirik kosong.

diari metropolitan - KRU
Satu, dua, tiga...
Aku bermula kehidupan anak muda di kotaraya

Hari-hari ku mencari destinasi ini

Seperti semua aku juga punya mimpi

Namun kita berbeza

Usia, harta, rupa, latar keluarga

Hitam putih hidupan sendiri menentukan

Namun terlalu banyak kehitaman dalam kehidupanku

Aku... aku lakukan apa perlu

Hari ganti hari masa terus berlalu

Bukan ku pinta kehidupan tak bererti

Situasi yang menjerat tak bisa ku lari lagi

Sampai bila, sampai bila nasib ku begini

Bila ku mati, siapa peduli?

Inilah sehari dalam diari

Anak metropolitan...di kotaraya ini


Adakah hidupku satu gurauan

Sekadar penuhkan pementasan

Diriku tak perlu belas kasihan

Bersendiri ku menyepi di sini

Jangan kau cuba mendekati

Kamu juga pentingkan diri sendiri

Mengakulah ini realiti

Yang lemah kan mati, gagah berlari


Sedar tidak sedar, akulah sisa

Dipandang hina tak pernah ku sangka

Kais pagi, aku berdosa lagi

Fikirku tak mungkin akan berlaku pada ku

Temanku... semuanya dikejar, diburu

Lambat laun tersungkur juga satu persatu

Bila-bila saja masanya kan tiba

Aku juga menjadi lelaki diburu

Mengimbas sekias semalam

Anak kecil masa depan cerah menjadi malap

Takdirnya di dalam diari

Anak metropolitan ku bersendiri lagi


Sehari di dalam diari

sebuah kehidupan di metropolitan


Sepuluh tahun pengalaman

Anak jalanan juga punya prinsip dan pegangan

Inilah dia syarat pertama

Jika gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua

Apa jua kau berkata

Beranilah juga tanggung risikonya

Aku masih muda, umur dua tiga

Jangan kerana mulut badan binasa

Dan janganlah kau cuba menyekat dan beri nasihat

Kerna kini masanya mungkin sudah terlewat

Biarku dengan caraku nanti hidup kau juga akan tidak menentu

Walaupun apa kau fikirkan

Aku masih menaruh sedikit harapan

Agar diari lebih bererti

Anak metropolitan tak perlu berdosa lagi


lagu ini dimulakan dengan satu situasi dialog bilamana cubaan seorang anak muda untuk mencuri seutas jam tangan digagalkan oleh orang ramai yang kemudianya membawanya ke balai polis untuk ditahan.

lagu ini terus membuatkan aku bersyukur dengan jalan kehidupan yang aku ada sekarang. aku tidak perlu mencuri, merompak, meragut, mahupun melakukan apa saja jenayah untuk hidup di kuala lumpur ini. nasibku jauh lebih baik dari mereka yang perlu. aku mampu menjalani hidup dengan tenang tanpa perlu hidup dalam buruan polis mahupun buruan jenayah-jenayah yang telah, sedang dan akan kulakukan. aku syukur dengan bahagianku ini. aku syukur. dan aku juga mahu kamu bersyukur. dengan apa yang kamu ada. dengan apa yang kamu tiada. bersyukurlah...maka kamu akan tenang.



berakhirnya coretan 45...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.