Pages

coretan 30: mekasey mak abah...

bermulanya coretan 30...

hari ini genap seminggu peristiwa itu berlaku.
ketika itu hari rabu kurang lebih jam 1230pm.
aku terima satu khidmat pesanan ringkas dari kakcik.

"zam, kelas ko kol bape arini?"

kemudian ku balas.

"1-2 ada kelas. 230-430 ade talk sharing session. awat?"

beberapa ketika kemudian.

"mak abah nak dtg sane..."

huh??!! why all of sudden?
bukannya aku tak hepi.
tapi tiba-tiba sangat.
aku terasa sangat menyusahkan mereka.

bila ku tanya mak.
katanya semua tak dirancang.
mereka dari melawat kakcik di UiTM Shah Alam.
kemudian terdetik untuk terus ke sini melawat aku.
begitulah hati dan intuisi seorang ibu.
tahu benar bila anaknya ini sedang rindu.

mereka tiba kurang lebih 220pm.
aku berkeputusan untuk tidak pergi ke ME Internship Sharing Session.
satu sesi untuk pelajar Mekanikal yang bakal praktikal semester hadapan.
yang dijadualkan jam 230pm.

tapi bila kuberitahu mak akan niatku.
katanya pergilah dulu.
mak abah boleh makan dan solat Zohor dahulu.
nanti dah selesai baru jumpa semula.

kalau sudah ibu yang menyuruh.
mungkinkah mahu membantah?
jika hendak masuk neraka bantahlah.
aku tidak mahu.
lalu aku pergi ke sesi itu.
dan meninggalkannya sekitar 330pm.

kemudian berjumpa semula kedua ibu bapaku.
seterusnya kami bertolak ke sana.
ke sana? sana mana?

ke sini... >>>
Teluk Batik...

disana.
kami berehat di bawah pohon di tepi pantai.
sama seperti dalam imej.
abah dan mak di atas kerusi yang disewa.
aku di bawah beralaskan sandal.
abah terus terlena sambil ditiup angin pantai.
penat benar kelihatannya.
kasihan abah.

sementara aku dan mak berbual panjang.
berbagai topik dikupas.
terutamanya perkembangan adik-beradikku.
juga dua cucu kesayangan mak.
Ammar dan Akif.
mak ceritakan perihal-perihal mereka yang membuat aku semakin tidak sabar untuk pulang ke rumah.

selepas beberapa ketika.
aku beralih tempat ke atas dahan pokok.
ketika itulah tiba-tiba mak bertanya tentang 'dia'.
tentang minah istimewa aku itu.
nama sebenarnya. asalnya. ibu bapanya. adik beradiknya. pelajarannya.
dan aku menjawab semua pertanyaan mak dengan tenang.

"aiseh,kene interview la plak...huu~" ^_^

sekitar jam 6.
abah mengajak pulang.
kami bertolak selepas membeli beberapa helai baju-t sebagai kenangan.
tapi tidak kami terus pulang ke utp.
sempat pula menyinggah di pasar malam Taman Maju.
beli bekalan makanan untuk malamnya.
dan dua helai tudung untuk mak.
tapi mak beli sendiri la, bukan aku belikan.

abah mak bertolak pulang sekitar jam 830.
sekali lagi mereka terpaksa mengharungi 2,3 jam punya perjalanan.
yang memenatkan.
nasib baik abang long ku menetap sekitar Nilai.
bolehlah mak abah singgah di sana untuk satu malam.
jika terus kerumah di Rompin.
mungkin total masa perjalanan menjangkau 5 jam.
masyaAllah. jauhnya.

mereka selamat tiba di rumah along jam kurang lebih 1230am.
itupun setelah beberapa kali abah berhenti untuk berehat.
tidak mengapalah.
asalkan mereka selamat.
itu sudah cukup menenangkan aku.

mekasey abah mak...

atas pengorbanan dan susah payahmu.

atas jerih pedih dan kesakitanmu.

atas perhatian dan kasih sayangmu.

yang tidak akan dapat kubalas semuanya.


hingga akhir waktu.



berkahirnya coretan 30...




::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.