Pages

Coretan 65: jangan tidur pukul 3 pagi kalau esok kerja...

bermulanya coretan 65...

Semalam aku ponteng kerja. Overslept. Sebab malam tu aku tidur pukul 3 pagi. Sedar2 dah pukul 7.55 pagi. Aku kemudian berkira-kira...nak mandi, nak gosok baju, nak bersiap, nak panaskan enjin motor, nak sampai klcc...kurang lebih aku kan tiba jam 9 pagi. Itu yang paling awal. Kemudian bila tengok sekeliling...barisan manusia yang sedang membuta masih wujud disebelahku. Oh,mereka jua ponteng...lalu aku pun sambung tidur. haha

Bila sudah puas tidur, aku pun bangun. Yang lain jua sudah bangun. Kemudian kami pun berbincang...tentang alasan yang paling munasabah boleh diberikan pada esok hari. Setelah beberapa cadangan mengarut diberikan, aku memutuskan untuk menggunakan alasan motor rosak tengah jalan. Piston jem sebab kurang minyak hitam. Kena tunggu bengkel bukak baru boleh repair. Lalu kami pun ponteng. Begitu cerita yang kukarang untuk membohong Bos ku secara sunat.

Pada tengah harinya, aku merancang untuk ke Ampang bersama Hanis bagi membeli helmet beliau. Namun...mungkin sudah takdirnya...setelah mengambil masa hampir setengah jam untuk menghidupkan enjin motor, aku gagal. Oh, maka aku tidak menipu Bos ku pada esok hari. Hmm~

Lalu dengan bantuan Hanis, aku pun menolak motor ke bengkel dan mendapati bahawa carburator dan filter motorku telah dimasuki air akibat hujan lebat beberapa hari kebelakangan ini. Aku pun membayar RM12 kepada pomen itu untuk membaiki motorku. Kemudian motor aku pun dapat dihidupkan semula. Hebat sungguh pomen itu, patutlah dia jadi pomen. Setelah itu kami pun pergi ke Ampang Point dan berjalan-jalan sambil mengejar-ngejar gadis Korea...


~susah-senang bersama~

berakhirnya coretan 65...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.