Pages

Coretan 95: aku dan kambing...

bermulanya coretan 95...

Coretan kali ini bukanlah tentang orang yang berbau, takutkan air mahupun mengembek seperti kambing. Tetapi tentang aku yang baru menyedari bahawa daging kambing bukanlah makanan yang sesuai untuk tubuh badanku ini.

Ini kerana semalam aku telah ke restoran shabu2 bersama rakan2 serumah. Bagi yang kurang tahu, Shabu2 adalah restoran steambot yang menggunakan prinsip perniagaan, 'bayar sekali, makan sampai mati...'. Dengan hanya sekali bayaran sebanyak 17 hinggit, anda boleh makan apa saja yang dihidangkan termasuk barbeque, aiskrim, main menu seperti nasi, meehoon dsb, steamboat, buah-buahan dan banyak lagi. Ianya terletak di daerah Manjung, perak. Kurang lebih 1 jam perjalanan dari UTP.

Jadi setelah selesai makan pada malam itu. Kami pun pulang. Pada malamnya aku sungguh tak lena tidur akibat...'kepanasan'. Setelah diteliti, barulah ku sedar bahawa ianya mungkin efek daging kambing yang kujamah ketika di Shabu2. Kalau diikutkan, aku hanya menjamah sedikit saja daging tersebut. Namun panasnya seperti aku telah memakan seekor kambing Pakcik Kordi secara mentah! (ok exagerate...)

Dan sejak itu, aku lalu berkeputusan untuk tidak makan daging kambing lagi. Maka bergembiralah kamu wahai kambing2 di Malaysia kerana jumlah pemakanmu telah kurang seorang bermula hari ini.



"syukur~~~" dodi, kambing pakcik kordi

berakhirnya coretan 95...

Coretan 94: oh,petronas...

bermulanya coretan 94...


oh,petronas...

saban hari.

website cimbcliks memberi harapan.

namun acapkali jua.

yang ada hanya kekecewaan


oh,petronas...

mengapa kau sanggup begini?

jika purnama sudah, awal kau beri.

mengapa purnama kini seperti taknak bagi?

jika purnama sudah di tengah2?

mengapa purnama kini kau tunggu hampir sudah?

tolonglah fahami situasi kami.

yang semakin bersahabat dengan maggie.


oh,petronas...

tekadang aku hairan.

tentang pointer sering kau ungkitkan.

namun tentang kebajikan? sering saja kau abaikan.


sudahlah...

jika kau mahu beri.

kau beri.

jika tidak.

simpan saja sampai mati.


berakhirnya coretan 94...

Coretan 93: mati mati...

bermulanya coretan 93...

arini first paper final aku. paper malaysian studies (sonang yo~). mati-mati aku ingat paper aku pagi start kol 9. siap bangun awal kol 530 tadi nak cover apa2 yang patut.then pagi ni tibe terdetik nak kompomkan venue exam, so bukak timetable kat website utp.then baru perasan yang paper start kol 230 petang rupenye. haram~ (-____-) hmm...xpela atleast aku dah prepare awal kan.huhu

nway, kepada sume...doakan kejayaan saya dalam kertas2 akhir semester ini. ade 5 kertas semuanya.(dah macam foundation da...haihh~)



*nantuk2~~~ (@__@)

berakhirnya coretan 93..

pic credit to: http://chanux.wordpress.com/2009/10/23/one-heck-of-an-exam-day/

Coretan 91: hariku harini...

bermulanya coretan 91...

Disebabkan aku tak berapa tau apa nak tulis, so harini aku akan tulis pasal 'hariku harini' (best gak tajuk nih,leh wat skrip...haha). Memandangkan pada hariku semalam aku telah tidur awal, kurang lebih jam 8 malam, aku telah terjaga pada jam 1.30 pagi hari berikutnya (hari ni la tu). Setelah bersolat Isyak dan melayari FB, aku mula merasa lapar. Lalu aku mengiklankan kelaparanku di status GTALK dengan harapan ada yang mengajak ke mapley untuk menjamu selera. Namun setelah jam menunjukkan pukul 5 pagi, masih tiada siapa yang sudi. Lalu aku pun kecewa. Lalu aku berkeputusan untuk ke mapley seorang diri saja. Setelah bersiap2 (perlu ke?) aku pun mengejutkan biniku ZAKIAH yang sedang tidur lalu menunggangnya pergi ke RESTORAN SALAM. Aku pun order teh o suam (yang panas mendidih sampai melecur lidah aku) dan maggie goreng telur mata sambil membaca suratkhabar SINAR HARIAN edisi semalam. Setelah selesai, aku pun pulang dan bersolat SUBUH di MASJID AN-NUR. Kemudian aku pun pulang dan menyambung tidurku.

Pada jam 1 petang pula, aku telah ke MPH untuk mengerah tenaga bagi mengemaskan barang2 teater bangsawan lalu yang masih ada tertinggal. Meskipun penat, namun aku tetap gembira kerana dapat berjumpa adik-beradik ku yang lain. Antara yang terlibat adalah Esah, Usop, Acab, Kisas, Ammar, Nuzul, Syafril dan Che Mad. Terima kasih kepada semua yang hadir. Yang tidak hadir, mungkin mereka ada urusan yang lebih penting. Jadi tak mengapalah. Kami selesai mengemas kurang lebih jam 230 petang dan kemudian kami menuju ke KFC TAMAN MAJU untuk makan tengahari yang tak berapa nak tengahari. Aku mengorder dua set JOM JIMAT iaitu SET A dan SET B kerana aku rasa itu lebih berbaloi dari membeli satu set NASI BERIYANI KFC. Ayam perasa lada hitam juga tidak terlalu sedap jika dibandingkan dengan ayam panas dan pedas, HOT N SPICY. Namun aku makan saja kerana aku sudah bayar. Jika belum, mungkin aku boleh lari tanpa membayar. Mungkin...

Petangnya pula ada audition untuk TEATER PENDEK MERDEKA awal bulan JUN nanti. 3 karya yang bertanding adalah hasil nukilan DOC, AKIN dan SEFA. Aku telah diberi mandat memegang watak dalam 2 daripada 3 skrip tersebut (biasalah, gila watak) iaitu 'AHH MAD dalam LIF (AKIN)' dan 'PA dalam MAR-DAY (SEFA)'. Memandangkan ianya adalah teater pendek, jadi aku rasa tiada masalah untuk membawakan watak2 tersebut. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik. InsyaAllah...

Malamnya pula (sekarang la tu) tiada apa yang begitu menarik berlaku, kecuali, aku tiba2 menerima panggilan dari AYAHBONDA bertanyakan khabar. Kata ABAH, dia tiba2 terasa rindu kepada anak bongsunya ini (oh, syahdunya). Namun seperti biasa, ABAH akan segera menyerahkan telefon kepada MAK setelah bercakap beberapa ayat mukaddimah denganku. MAK pula seperti biasa mengupdet apa2 perkembangan terbaru yang berlaku di rumah. Antaranya abah yang bakal mendapat duit EPF tidak lama lagi (senyum lebar). Selain itu MAK turut bertanyakan tentang final exam ku yang akan bermula minggu hadapan.

Kemudian aku tertelefon abang IWAN pula (memang tertelefon sebab aku tertekan). Lalu alang2 kami terus berborak pasal kereta yang ingin dijualnya. Katanya kereta itu telah dijual hari ini. Aku tumpang bangga kerana aku yang telah mengiklankan kereta itu di MUDAH.MY (website favourite ku). Kemudian dia meminta aku menghantarkan no akaun bank ku kepadanya(senyum lebar lagi sekali).

Dan kini, aku sedang menulis, eh, menaip. Bagi mengisi ruang2 di blog ku ini. Selepas ini aku mahu mula mengulangkaji. Kerana target ku semester ini agak tinggi. Jadi kena ada usaha ya. Oh, sebelum terlupa, hari KHAMIS ini aku pergi sambung belajar kereta (Ya! aku takde lesen kereta lagi...tapi aku pernah bawak kete sampai Penang ;p).

Oklah, sampai disini saja. Jumpa lagi kemudian hari.

berakhirnya coretan 91...

Coretan 90: hari fiesta...

bermulanya coretan 90...

Jika jumaat lepas aku 'bermalam fiesta'. Maka pada hari sabtu, 8 mei 2010 yang lepas aku 'berhari fiesta' pula. Seawal jam 930 pagi (awal ke?), beberapa kanak2 tts telah berkumpul dan bertolak ke ULU LICIN bagi menunaikan hajat sempena bermulanya study week semester ini. Kanak2 yang terlibat adalah aku, USOP, AM, DAUD, NIK, FATINA, NUZUL, FARAH, DORA dan JUJU (DORA dan JUJU adalah ahli nominal/lelap/tidur TTS).

Sebelum ke ULU LICIN, kami bersarap dahulu di RESTORAN SALAM taman maju agar tidak lapar di kemudian hari. Setibanya di ULU LICIN, kami melakukan pelbagai aktiviti, antaranya membasahkan insan lain, menjadikan AM sebagai AM-pangan, terjun dari atas batu ke dalam air, menyembur2 air seperti naga dan banyak lagi. Ketika ini juga trip kedua dari UTP consists of SYAKIR, TUYA, HELHAL dan NISA pun tiba. Kami sangat gembira ketika di ULU LICIN kerana kami dapat kembali ke habitat asal kami.

Selepas ULU LICIN, kami ke RESTORAN UNCLE ZAM's pula untuk menjamu selera. Kemudian kami pun kenyang.

Setelah kenyang, kami bertolak ke TELUK SENANGIN bagi menonton matahari menghilangkan dirinya. Sangat cantik! Kami juga gembira di sana. Kami bergambar, mengkebumikan obor2, makan pisang goreng tak sedap yang TUYA beli dan berkawan dengan abang bangla.

Kemudian setelah selesai bersolat maghrib, kami bertolak pula ke pusat karoke 'TITI ......' (tak ingat name) untuk berkaroke.

Setelah 2 jam berlalu, kami kemudiannya menjamu selera lagi di MEKDI Manjung. Di MEKDI Manjung, kami kemudian berdiskusi bagi menentukan destinasi seterusnya kerana mengikut tentatif, kami perlu pulang pada jam 3 pagi, walhal ketika itu baru jam 1 pagi. Lalu kami pun berbincang dan berbincang dan berbincang...(NUZUL dan DORA tidak melibatkan diri dalam perbincangan kerana mereka sedang tidur) Antara cadangan2 bernas yang diberikan adalah, CAMERON, PENANG, PUTRAJAYA, TELUK BATIK, TELUK RUBIAH, KELLIE's CASTLE dan 'CASTLE' depan sikit dari KELLIE's CASTLE.

Setelah mengambil kira semua faktor, lalu kami pun berkeputusan untuk ke TELUK RUBIAH. Namun akibat driver yang kurang cekap, kami pun terlajak sampai ke TELUK BATIK. Di TELUK BATIK kami pun turun dan berborak2 dan berjalan2 di tepi pantai pada jam 230 pagi itu.

Selepas itu kami pun pulang pada jam 3. Meski penat, aku tetap seronok pada hari itu. Ingin sekali aku mengulangi trip2 seperti ini dikemudian hari. Oh,sedihnya bila mengenangkan aku akan meninggalkan student life yang menarik ini tahun hadapan...Oh~

*gambar2 di facebook

berakhirnya coretan 90...

coretan 89: malam fiesta...

bermulanya coretan 89...

hari jumaat. jam 830 mlm. malam fiesta family kedua aku a.k.a family aku di utp - tronoh theater shop (tts). bertemakan pakaian tradisional (mungkin kerna pengaruh teater bangsawan yang baru lepas). bermenu utamakan chicken chop.(chicken chop?? kate tradisional...layan~) bertempat di poket D (untuk pertama kalinya). malam itu juga adalah malam penghargaan untuk bakal2 graduan tts...eh, utp pada hujung semester ini iaitu - akin, am, sult dan bani. tidak terkecuali juga penghargaan kepada ahli2 yang bakal intern semester hadapan. aku kurang selesa pada malam itu sebenarnya kerana suasana yang 'agak' formal ketika majlis. namun tidak kisahlah. asalkan aku dapat bersama ahli keluargaku itu. pada malam itu juga ahli majlis tertinggi yang baru tts telah dilantik menggunakan kuasa veto golongan atasan tts (vvip) seperti doc shark, cik mad dan cik amat (termasuk aku skali menyebok). dan keputusannya:-

hisham kisas - presiden
aisyah naemah - vice
fatina - s.u. 1
syafril - s.u. 2
ammar.b - bendahari

tahniah kepada semua. diharapkan semoga tts terus kekal maju dibawah pimpinan kalian. insyaAllah. selepas itu, disampaikan pula anugerah2 mencarut...eh,mengarut yang diilhamkan oleh doc shark pada malam itu. dan aku telah dianugerahkan anugerah tertinggi pada malam itu iaitu - 'anugerah janggut' (mengarut kan?) atas komitmen2 yang telah aku berikan sepanjang penglibatanku bersama tts. aku membawa pulang cokelat snickers sebagai trofi. terima kasih doc. saya terharu. dan majlis berakhir kurang lebih jam 1 pagi dan kemudian...kami pergi karok! sangat seronot! woot~ woot~ ;P


chicken chop yang menjadi mangsa

'gambar2 lain akan diuplod di facebook'

berakhirnya coretan 89...

Coretan 87: full of fools...

bermulanya coretan 87...

am i making the right decision? am i?? or i just go on fooling myself? fooling my own feelings? damn, i hate dis day...it sucks! sucks big time! everything goes wrong. nothing goes right. wtf man! wtf! wtf! wtf! i really do feel like a fool on dis fool's day. damn it! i hate dis feeling. really really really hate it. hate it damn much! go rotten in hell! i'm a fool on a foolish day...fuck

berakhirnya carutan 87...

Coretan 86: kenapa rasa bersalah...

bermulanya coretan 86...

aku baru pulang. dari kampung. dari ladang. ladang btg. jelai, rompin, negeri sembilan. cuti pertengahan semester tamat pada hari ini. asalnya satu minggu. namun atas dasar tanggungjawab, dipendekkan menjadi setengah minggu. tidak mengapalah. asal sempat bersama mak, abah dan adik-beradik buat beberapa tika.

hari ini aku pulang tanpa rancangan. rancangan asal ingin pulang dengan menumpang kenderaan teman dari kuala lumpur. namun rancangan dipinda sehari sebelumnya. teman tidak jadi pulang bersama. lalu pilihan yang ada hanyalah pengangkutan awam. setelah berkira-kira, naik tren sajalah dari k.l ke bt gjh. itupun jika ada tiketnya. hanya bergantung pada nasib.

dari rumah ke seremban. mak abah hantarkan. dalam perjalanan singgah sebentar di ulu bendul. bukan untuk mandi air terjun, tapi untuk bersarapan pagi+makan tengahari pada jam 10. setelah itu, perjalanan diteruskan hingga ke stesen komuter seremban. pelepasan terhampir pada jam 1130. perut sakit. jam pukul 1115. sempat ni. pergi berak dulu. lepas berak, tren dah berlepas. tahi. pelepasan seterusnya jam 1200. tunggulah.

jam 12 berlepas. kurang lebih jam 1330 tiba di sentral kl. terus ke kaunter untuk membeli tiket ke bt gjh. redah kasi pecah. jika tiada tiket, perlu ke pudu mencari tiket bas. namun nasib di sebelah yang baik. tiket ada jam 1500. syukur. pusing2 stesen dulu. kebetulan elaun bulanan telah tiba. awal macam haram. takpe. boleh shopping sekejap. lalu terbeli talipinggang. konon2 talipinggang formal untuk presentation takde. so kena beli. beli rm20 je. murah. cukup la...

jam 1513 bertolak. tak tau lagi nak mintak siapa jeput di bt gjh. roger esah, belum balik. roger am, available. well done! amporlo tolong jeput. time kasih. siap bawak pergi pasar malam. servis terbaik. bagus! haha alhamdulillah selamat sampai utp.

tapi...

cuti kali ni yang paling tak puas. tak tau kenapa. masa di rumah, aku tak sabar nak balik utp. tapi bila di utp, aku rasa bersalah pula sebab berperasaan begitu masa dirumah. kalau aku tidak berperasaan begitu, mungkin aku boleh lebih enjoy di rumah. tiba-tiba rasa bersalah kat mak abah. bukannya selalu dapat jumpa. tapi bila jumpa, tak dapat happykan diorang. lepas ni entah bila dapat balik lagi. maaf mak abah...

berakhirnya coretan 86...

Coretan 85: kata2 kembali...

bermulanya coretan 85...

oh,coretan 84 bertarikh january 10, 2010. dan hari ini bertarikh march 11, 2010. genap 3 bulan 1 hari aku tidak mencoret. entah mengapa, dalam jangkamasa itu, keinginan ku untuk mencoret menjadi sangat low. kalau diikutkan sangat banyak yang boleh aku coretkan sebenarnya. namun entah mengapa, niatku untuk mengupdet blog ini sering terkandas. ada saja yang menghalang.

namun kini ku telah kembali. sebagai pendorong, aku tukarkan layout blog ku ini. agar ku lebih bersemangat untuk mengupdet di kemudian hari. dan aku suka layout baru ni. cantik. =) benarnya beberapa blog yang aku baca kebelakangan ini juga telah menjadi inspirasi ku untuk mencoret semula. jika kini aku tidak coretkan cerita kehidupanku kini, mungkin di masa depan aku kan lupa sebahagian besar darinya. maka sayanglah kenangan2 manis ku yang lalu itu jika tidak dikenang.

benarnya kini aku sedang sibuk dengan latihan teater bangsawan Tuah Hang Jebat yang akan dipentaskan bulan 4 akan datang. aku yang memegang watak Hang Tuah memikul tugas yang agak berat dalam pementasan kali ini. namun seperti pementasan2 yang lepas, akan ku berikan segala yang termampu dalam pementasan kali ini. ini adalah kali pertama TTS mementaskan teater bangsawan yang benarnya lebih kompleks dari yang biasa. namun aku percaya dengan kebolehan ahli-ahli kumpulan ku ini. bila kami bersama, tiada yang mustahil.

aku juga baru tenang dari latihan nasyid untuk pertandingan 2 hari lepas. in-saff pada tahun ini kurang bernasib baik. hanya menduduki tempat kedua. kalah tipis di belakang All For Ummah (AFU). namun kami tetap bersyukur kerana kami percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. ini adalah kali terkakhir aku menyertai pertandingan ini. kerna ini tahun terakhirku di utp. insyaAllah. apapun, aku tetap puas dengan ahli kumpulan kerana telah memberikan yang terbaik dalam pertandingan tempoh hari. tahniah dan terima kasih kuucapkan.

hari2 ku kini berlalu seperti biasa. aku akan kembali lagi selepas ini. bila ada apa2 yang ingin ku kongsikan nanti. jumpa lagi...

berakhirnya coretan 85...

Coretan 84: sesi akhir @ ampang...

bermulanya coretan 84...







aku tidak pasti ini sesi keberapa.
mungkin keempat atau kelima.
tapi yang pastinya ini sesi terakhir di ampang.
kerana selepas ini kami akan kembali ke utp.
makanya sesi2 latihan terkemudian akan di sekitarnya.

namun sesi terakhir ini sedikit lain.
apabila disertai seorang basis berpengalaman iaitu saudara raz.
makanya sesi latihan kami menjadi lebih bermakna dan menarik.
sesi kali ini juga disertai beberapa lagu baru. playlist untuk sesi kali ini:-

1 - masa sedang berlari keluar - musa (lagu tetap)
2 - macam batu - hamba audio (lagu tetap)
3 - i'm scandal - rain (lagu baru)
4 - orang pelik - kepala radio (lagu baru)

sejak sesi lepas, beberapa perubahan posisi jua telah dibuat. antaranya, aku telah dilantik menjadi pemain drum dan rafi sebagai pemain gitar rhythm untuk lagu 'i'm scandal' & 'orang pelik'. aku juga menjadi penyanyi untuk lagu 'masa sedang berlari keluar' dan 'macam batu'.

dengan kehadiran raz, permainan kami menjadi lebih baik dan tersusun. secara jujur kami memang memerlukan seorang dua lagi ahli untuk band ini kerana...kami bukan 'musa'.

terima kasih buat semua. terima kasih jua buat brader gnmg yang bagi masa lebih.

berakhirnya coretan 84...

Coretan 83: kata akhir...versi ofis

bermulanya coretan 83...

akhir.
tatkala awal lahir ke dunia.
akhir menjadi kembarnya.
kerna setiap yang bermula.
pasti ada akhirnya.
begitu lumrah dunia.



Setelah 8 purnama aku berprektikal di KLCC, akhirnya ia telah sampai ke akhirnya. Secara jujur aku memang gembira berada bersama bahagian fabrikasi (fabrication section, dfab). Selama 8 purnama ini, terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang tak kan dapat kulupakan. Bermula hari pertama, hingga yang akhirnya. Setiap darinya sangat berharga bagiku. Kenangan bersama para staff dan teman2 ini benar bermakna. Mustahil akan kulupakan. Bermula dengan seorang yang sangat kosong tentang industri minyak dan gas, berakhir dengan sedikit berpengetahuan yang boleh dimanfaatkan. Itu terlalu mustahil untuk dilupakan.

Buat staff2 DFAB, terima kasih atas segalanya. Maafkan segala salah laku yang telah kulakukan. Teruskan usaha membantu DFAB mencapai visi dan misinya. Sekaligus membantu PETRONAS mencapai visi dan misinya. Mungkin satu hari aku akan kembali untuk bersama berjuang dengan kalian. InsyaAllah~


terima kasih buat tiap insan di bahagian fabrikasi.
terima kasih buat tiap insan di aras 18.
terima kasih buat pak gad & mak gad yang menjaga ketenteraman klcc.
terima kasih buat peniaga2 di suria klcc.
terutama cashier tgv cinema dan aney nasi kandar rasa.
terima kasih buat semua.
ada jodoh kita ketemu lagi.


berakhirnya coretan 83...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.