Pages

coretan 36: aku dan teater...

bermulanya coretan 36...

TEATER sudah begitu sinonim dengan perjalanan hidup aku di kampus. Sebatinya ibarat ikan dan air. Bagai burung dan langit tinggi. Umpama katak dan hujan. Aku senang bila berteater. Bilamana aku diperhatikan dan memerhatikan. Diperhatikan oleh berpasang-pasang mata insan lain. Memerhatikan apa yang kulakonkan adalah seperti yang aku niatkan. Berada di atas pentas dan dilimpahi cahaya terang merupakan suatu kenikmatan yang hebat bagiku. Bonus extra apabila situasi itu digandingkan dengan tepuk sorak dan perhatian pemerhati di depan.

Aku begitu cintakan dunia...teater. Semenjak sekolah aku tergila-gilakan pentas. Cuma dulu aku berlakon tanpa ilmu. Berlakon kosong. Kosong berarti tidak berteknik. Berlakon hanya mengikut hati. Mengikut firasat. Hasilnya lakonanku pun kosong. Almaklumlah ketika itu fikiranku masih sempit. Berlakon hanya perlukan gerakan gaya dan imej yang diiringi bait-bait dialog sahaja. Tidak lebih dari itu. Fikirku.



Namun semuanya berubah sejak aku menghiasi TRONOH THEATER SHOP (TTS). Sebuah kumpulan penggiat teater di kampusku. Diilhamkan dan diasaskan oleh DR.SHARK. Seorang pensyarah Kejuruteraan Awam. Pengalaman luasnya dalam kumpulan teater yang disertai dan diasaskan sebelum ini berjaya menghidupkan dunia teater di kampus ini. Aku dan teman-teman sekumpulan sebenarnya sangat bertuah apabila bergiat di bawah pimpinan mamat tu. Dibawah asuhannya, pensia-siaan adalah diharamkan dalam berteater. Setiap ceritera perlu bermakna. Perlu berisi. Bukan kosong dan tidak berarti.

Berteater jua ada teknik dan peraturan. Antara aspek-aspek penting dalam berteater (berdasarkan pengetahuan dan pengalamanku sahaja):-

Externally:
  • lontaran suara
  • mimik muka
  • body gesture
  • spacing / penggunaan pentas
  • dialog phrasing
  • tone variation
  • blocking rules
  • 45deg rules
Internally:
  • internal emotion
  • penghayatan watak
  • pemahaman watak
Itu adalah beberapa aturan yang terlintas di fikiran aku tika ini. Jika ada lagi yang kemudian akan ku bariskan nanti.

Sejak 2006, tahun pertama aku bersama TTS. Pelbagai watak telah pernah diamanahkan kepadaku. Antaranya:-

  • Mat Si Pengedar Dadah - Asylum 50
  • Joyah Si Make-up Artis - Sampah Oh Sampah
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal - Qum!
  • Back-up Singer/Dancer - Miao Miao Sang Arnab The Muzikal?
  • Roy Si Playboy - Cinta Sang Arnab
  • Azman Si Orang Kaya Sakit- Transit
  • Encik Mamat Si Penganalisa Politik - Merdekakah Kita?
  • Datuk Si Gatal - Jebat 2008 / 2009
  • Srisegala Si Gila Kuasa - Kerusi
  • Dato' Izz Si Kejam - Bukan Cerita Palestin
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal Lagi - Dia Ada
Aku ingin sekali tetap terus berjuang mempertahankan cabang seni yang indah ini. Terlalu banyak kelebihannya. Jika kena gayanya, sesebuah pementasan teater mampu menjadi medium dakwah yang sangat berkesan. Nah, disana aku peroleh pahala secara tidak langsung. Malah, melalui kehidupan berteater juga mampu membantu menebalkan muka. Bermaksud mampu membina keyakinan diri dan sekaligus melenyapkan perasaan malu tidak bertempat seseorang itu. Cantiknya teater ini juga adalah apabila ia menjadi antara laluan utama untukku melepaskan segala tekanan yang dibebankan ke atas ku dalam dunia realiti yang tekadang mengecewakan.

Maka biarkanlah aku terus berfantasi dalam dunia teater ini. Sebuah dunia yang menjanjikan sebuah kepuasan yang lain. Seseorang pernah berkata, "acting is LIKE having sex". Sila tekankan perkataan 'LIKE'. Agar ia tidak menjadi, "acting is having sex". And what's that suppose to mean?

Akan ku kirimkan gambar-gambar sepanjang penglibatanku di tika lain.

berakhirnya coretan 36...

3 comments:

khair al-nizam said...

mekasey2~
huhu

Akin Muhammad said...

seperkara lagi yang penting adalah pemahaman sub-teks

khair al-nizam said...

oOo..itu aku pn x phm...haha
hanya mngikut naluri dan intuisi...hehe

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.