Pages

coretan 27: air terjun...


bermulanya coretan 27...

air terjun.

kenapa air terjun?

sebab pagi ni kanak-kanak TTS akan buang masa di air terjun.

air terjun Ulu Chepor jadi pilihan.

rancangnya berkumpul jam 745 am.

bertolak jam 8 am.

tapi aku, jam 357 am masih belum tidur.

hmm~ pedulilah.


gambar tu adalah lukisan favourite aku sejak sekolah rendah.

jika cikgu minta gambar pemandangan, akanku lukis gambar itu.

jika cikgu minta gambar orang, akanku lukis gambar itu juga.

peduli apa aku.

sudah terlalu kerap aku lukis gambar itu.

sehingga aku menghafal setiap component yang ada dalam lukisan itu.

masa dulu lukis guna pensil kaler.

jenama staedler.

kalo miskin guna yang pendek.

kaya sikit guna yang panjang.

kaya lagi guna water kaler.

aku suka pendidikan seni.

sebab senang dapat A.


tapi sekarang sudah maju.

boleh lukis guna software.

'dunia dah maju, zaman dah berubah.'

lukisan itupun aku guna paint sahaja.

artistik bukan?

aku suka. aku suka.


sudahlah aku mahu tidur.

kalau lambat nanti kena tinggal.

tapi pedulilah.

aku boleh naik motor.

tapi kalau boleh.

mahu naik kereta.

jimat minyak motor aku.

hidup sekarang kena berjimat.

lain kali aku cerita perihal berjimat.

selamat malam.


berakhirnya coretan 27...

13 comments:

Hafidz Gafa said...

aku baru singgah sini...menarik...aku suka gaya penulisan kau. mmg orang seni ni tulisnya pendek2 ye?

dan aku juga suka air terjun tu! cantik. patutla ko kata Pendidikan Seni senang dapat A! Sebab seingat aku, aku jarang (err pernah ke???) dapat A bila masuk sekolah menengah. hahaha

kumansakti said...

aku bukan orang seni, tapi aku suka baca coretan orang seni macam kau dan Usop. tulisannya sungguh elok seperti air mengalir tenang.

dan aku buat pemertahian jugak yang orang seni memang skor awek lawa, :P

khair al-nizam said...

to kapten: aku pun x pasti btol ke x orang seni ni suka tulis pendek2..huhu tp bila pendek,kan lebih mudah dimengerti dan dihayati.

dan aku dpt A pn sbb cikgu pendidikan seni tu lawa...haha~

to kuman: awek dan seni tidak berkaitan sama sekali~ haha

nway,for both...thanks 4 reading~ =)

Half said...

cmne ko leh ada gmbr tu?
ko lukis pastu ko scan ke?
or ko lukis kat paint je?

khair al-nizam said...

lukis kt paint jek...

gne brush mostly...

huhu

napekah?~

Akin Muhammad said...

mak aih. tabah betul ko wat drawing air terjun ni. aku rasa ko boleh buat artwork based on paint ni je. then pamer la kat pasar seni bro. belum ada lagi aku tengok orang buat.

anyway, orang seni ni kadang2 tulis pendek2, kadang2 panjang2, kadang2 campur2, kadang2 tak tulis apa2 pun.. haha betul tak kerel?

kalau kumansakti dan buat pemerhatian tersebut, aku rasa ada jugak betulnya relativiti seni=awek tu.

myth: orang seni rambut panjang

jebat said...

Ades.. melepas nak gi air terjun~
Lenkali musti mau pigi

myth jugak: orang seni cakap merapu. mcm korang berdua jugak. hak3

Akin Muhammad said...

asal ko tak pegi air terjun jebat? ulu chepor best jugak
dah la dulu masa FTP pun ko tak join g ulu chepor
apa la ko ni jebat

=p

myth lagi: orang seni lucah-lucah

khair al-nizam said...

hmmm...btol gak usop..
somehow a blank page could give a thousand meanings~
huhu

hmmmph~ tu la jebat...

tokok takal balik pintu,
orang jebat memang begitu.

huhh?? masuk x pantun tu?=p

myth baru:
(da myth, baru plak... ironi sgt~)

orang seni hensem...
(applicable utk aku je...haha)

aku suka~ aku suka~

Akin Muhammad said...

ralat myth kerel: orang seni hensem2 (termasuk jugak aku la tu kan. haha)

Hafidz Gafa said...

orang seni perasan!!!

tu kenyataan

hahaha

Half said...

myth: org seni hensem2 dan kacak2
(so aku leh join gak...)
'perasan' tak ada dalam kamus hidup org seni.. maaf.. huhu

Akin Muhammad said...

myth: orang2 seni menyokong pendapat half
haha

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.