Pages

coretan 52: surprise!!!

bermulanya coretan 52...

Jumaat lepas aku balik rumah. Selepas tamat waktu kerja jam 5, aku terus memecut laju bersama legend ku menuju ke estate halaman tercinta.

Aku benarnya kurang fasih jika pulang ke rumah tapi bertolak dari KLCC. Jadi aku hanya berpandukan papan-papan tanda ditepi jalan. Aku ikut naluri, ikut hati. Melalui jalan tun razak. Tup tup aku sampai ke Maju Expressway menuju ke Cyber, Putra n KLIA.

Lebuhraya itu dikatakan bahaya untuk penunggang motosikal kerana kedudukannya yang agak tinggi berbanding lebuhraya lain. Angin lintang yang kuat mampu mentidakstabilkan sesebuah motosikal yang ditunggang laju. Namun aku bernasib baik kerana legend ku tersangat laju sehingga angin lintang tak sempat menolak motorku lalu melanggar pembahagi jalan. Kesian beliau...

Aku bertolak kurang lebih jam 6 petang. Dan aku tiba kurang lebih jam 830 malam. Niat aku untuk mensurprisekan kedua ibu bapaku memang menjadi apabila mereka tiada di rumah dan kunci rumah juga telah dibawa pergi. Tahniah kepada aku. Yeah!! \0/

Namun nasib menyebelahi aku kerana mereka tidak pergi jauh. Buatnya mereka pergi umrah ke...haji ke...mungkin aku sempat masuk lokap dulu selama beberapa bulan atas tuduhan pecah masuk rumah sendiri. Mereka sebenarnya hanya berniat ke bahau untuk membeli baju di 'pusat pakaian hari-hari'. Lalu aku menunggu mereka sambil makan 'perancis goreng' yang aku beli di kfc kuala pilah tadi. Kalau tahu jadi begini, mungkin aku akan pilih untuk 'makan di sini' dan bukannya 'bawa pulang' semasa ditanya gadis cashier kfc yang bernama Alia itu tadi.

15 minit kemudian mereka tiba. Selepas bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, makan ayam goreng dan menukar pakaian. Kami keluar semula menuju ke bahau dan makan malam di 'zain tom yam' yang dikatakan sedap itu. Nampaknya tidak jadi beli baju di 'hari-hari' kerana sudah malam hari, jadi mungkin beli pada esok hari saja. lalu kami pulang ke rumah dan tidur sampai esok hari.

berakhirnya coretan 52...

coretan 51: burung kakak tua...

bermulanya coretan 51...

tadi aku terdengar osmet aku nyanyi lagu 'burung kakak tua'. tiba-tiba aku terkenang lagu burung kakak tua versi english yang pernah aku baca dalam majalah yang pernah berlambak kat rumah aku dulu iaitu majalah ujang. aku ingat2 lupa lirik dia. tapi lebih kurang macam ni la...

(sila nyanyi ikut rentak asal)


bow-wrong car-card two-are


bow-wrong car-card two-are,

hang-up thee gen-dell-are,

nen-next sue-duh two-are,

G-G-nya think-all do-are...

latch-umph, latch-umph,
latch-umph more-lala...

latch-umph, latch-umph,
latch-umph more-lala...

bow-wrong car-card two-are...


berakhirnya coretan 51...

coretan 50: tiba-tiba...

bermulanya coretan 50...



(sila baca berpandukan road map diatas...)

aku bertolak dari seremban naik bas suasana edaran.
(eh,betul ke name bas nih??)
sampai kl. aku tak pasti apa nama tempat aku turun tu. tapi aku tau tempat tu sebab aku pernah sampai. (mungkin deja-vu...)

lalu aku berjalan. berjalan mengikut crowd. walaupun aku tak tahu ke mana hala tuju. berjalan dan berjalan. tiba-tiba ada central market(cm) kat depan aku. ("oh,ini central market yang selalu diuar-uarkan usop dan doc tu..." bisik hati kecilku)

aku pun masuk. pusing-pusing. selesa tempatnya. ada aircond. kedai pun banyak. pusing punya pusing, aku lapar. tiba-tiba jumpa food court. makan dulu. nasi goreng paprik ayam, rm6.10. (kenapa perlu ada seploh sen??) selesai makan, minum. ice lemon tea, rm2.50. (mahal, baik buat kat pantri opis...free je.)

lepas minum, jalan lagi. keluar cm. ikut crowd lagi. (masa ni terasa macam tengah buat vid klip m.nasir, lagu 'suatu masa'. sebab jalan sorang-sorang dan tengok-tengok persekitaran.)

jalan punya jalan. tiba-tiba ada stesen masjid jamek depan aku. (bila stesen ni sampai sini?) aku pun mengkhianati crowd.

terus berjalan. tiba-tiba nampak mydin. masuk mydin. pusing-pusing. sesak dan panas. (tak beli pape sebab dalam wallet ade seploh hinggit je). tapi sempat usha harga meja belajar budak-budak, rm19.90. nanti beli boleh letak laptop. siap ada gambar-gambar.

keluar mydin, ikut crowd. ada puduraya. kali ni bukan tiba-tiba sebab aku dah nampak dari tadi. puduraya tak pergi. sesak dan panas macam mydin. cuma dia tak jual barang, jual tiket je.

jalan lagi. ikut hati. tiba-tiba jumpa jalan petaling. (petaling street, aku tau ko tau...sukati la nak bagitau...) masuk jalan petaling. bosan. kiri kanan asyik benda sama. (orang cina) jalan lagi sampai hujung. keluar.

sambung jalan. jumpa pasar seni. pandang seberang jalan. (oh,ini tempat aku turun bas tadi...) sambil tersenyum sinis~ (dan berpeluh-peluh.) naik tren, pergi kl sentral, ambik motor, balik rumah. tidur~


berakhirnya coretan 50...

coretan 49: tapi bukan aku...

bermulanya coretan 49...

Jangan lagi kau sesali keputusanku,
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini,
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa,
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Karena tak kan pernah kan kau temui, cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini,
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku tak kan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma,
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya

Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu...



~berakhirnya sebuah cerita cinta~

berakhirnya coretan 49...

coretan 48: tren sardin...

bermulanya coretan 48...

hujung minggu lepas aku balik. balik rumah kat rompin. bukan rompin pahang. jauh sangat tu. tapi rompin negeri sembilan. dan aku menyesal. bukan menyesal sebab aku balik. tapi menyesal sebab aku balik naik komuter. naik komuter dari kl sentral ke seremban. saat-saat orang tengah berkejar-kejaran nak balik rumah pada hari jumaat. lrt klcc-kl sentral boleh tahan lagi. tapi sampai di kl sentral...nah, hambik kau! orang berhimpit macam sardin. cuma bezanya sardin tu sedap dan boleh dimakan. dan sardin yang ni tak sedap langsung.



masa aku sampai. satu trip gerabak2 bersambung tu baru nak bergerak dan masa tu setiap gerabak dah dipenuhi umat dan di luar pun masih ada leftover. aku pun mengabaikan trip yang itu dan berniat untuk menaiki trip kemudian kerana aku fikir mungkin gerabak2 seterusnya kurang sardin. mungkin hanya tuna. aku pun menunggu. dan menanti. 40 minit kemudian...gerabak2 bersambung itu pun tiba. dan...haram jadah! sardin jua!

aku cuba juga menyelit-nyelit di celah insan lain untuk menjadi sardin seterusnya. namun gagal. gantungan beg di bahuku menyukarkan usahaku. lalu aku beralah. gigih menunggu ketibaan seterusnya. 40 minit kemudian...lama macam haram!

buat trip seterusnya. aku tidak lagi berlewah-lewah di bangku mendengar radio. tapi aku cekal berdiri di dalam barisan bagi memastikan aku dapat naik.
"aku perlu naik tren seterusya..." bisikku sendirian...
dan aku berjaya. bertolak ke seremban dalam tren sardin yang seterusnya. biarpun aku terpaksa berdiri hingga sampai ke stesen nilai. aku tabah!

aku tiba di seremban kurang lebih jam 830 malam. satu perjalanan yang memenatkan. namun kerana terlalu ingin bertemu keluarga. aku abaikan kepenatan itu. biarkan ia menjadi pengajaran. untuk tidak pulang ke seremban pada hari jumaat menaiki komuter lagi. pulang saja naik bas. ataupun motor. ataupun kereta. asalkan bukan komuter. dan kejadian ini secara rasminya ku masukkan dalam ranking;-
'antara keputusan yang paling aku sesali pernah aku lakukan'...

berakhirnya coretan 48...

coretan 47: lahirnya seorang insan...

bermulanya coretan 47...

begini khidmat pesanan ringkas yang kuterima...

"Bismillahirrohmanirrahim...Muhammad Khalif Rayyan tlh slmt dlhirkn pd arini 1.7.2009. Marilah kte bersama2 mengucapkn syukur kehadrat ILLAHI. ALLAHUAKHBAR!!

dan begitulah...telah lahir seorang lagi insan di dunia fana ini. seorang insan yang harus bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. seorang insan yang bakal menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk meneruskan kehidupan.

aku cuma berharap insan ini akan menjadi insan berguna. dididik dan dibelai oleh kedua ibu-bapanya penuh dengan kasih sayang dan perhatian. dan kemudian berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat. insyaAllah.

aku bersyukur sekali. rayyan adalah anak buah ketiga aku selepas abangnya, akif dan sepupunya, ammar. mereka adalah anak pasangan bang lang dan kak lang. dalam masa terdekat ini juga mungkin aku akan menerima seorang lagi anak buah iaitu anak kepada bang ngah dan kak ngah. tapi tak pasti bila. makanya akan jadi berempat lah nanti. hmm...nampaknya kena lah prepare duit raya sikit tahun ni. hehe

tahniah buat alang & kak lang umi...rayyan, pak usu balik hujung minggu ni kite jumpe ye...hehe

berakhirnya coretan 47...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.