bermulanya coretan 44..
Festival Teater Perak 09 a.k.a FTP 09 telah melabuhkan tirai minggu lepas. Tronoh Theater Shop (TTS) membawakan teater Jebat hasil karya Hatta Azad Khan yang pernah kukatakan satu karya yang membosankan, jika pementasannya tidak kena dengan pengolahan yang dibuat oleh pengarah. Namun skrip itu ku akui mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dan pengolahan pengarah berwibawa kami berjaya menjadikan karya itu jauh lebih menarik. Dan keputusannya kami dapat tempat ketiga. Dan aku secara sendiri tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Kekalahan kami tidak langsung bertunjangkan keadilan. Keputusan yang dibuat pihak juri dipengaruhi beberapa faktor busuk. Bertemakan anak perak, makan-makan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu terlalu banyak isu yang boleh dibangkitkan berkaitan kawanan-kawanan tempat pertama dan kedua. Isu-isu yang secara tiba-tiba mampu mempersilakan kawanan-kawanan tersebut untuk ditarik kelayakan mereka untuk memenangi apa saja anugerah dan tempat. Namun maaflah kerana tidak rajin untuk aku coretkan isu-isu tersebut disini. Jika benar mahu tahu, pesanan sulit saja aku kemudian. Nasib sama bagi Tok Janggut. Monolog yang dipertandingkan oleh Doc Shark, cikgu teater aku. Yang akhirnya di 'disqualified' atas alasan mementaskan monodrama...bukan monolog. Satu lagi isu timbul disini. Dan satu lagi kemalasan timbul untuk aku jelaskan. Biarlah ia disitu.
Surat bantahan sudah dibuat. Tunggu saja keputusan nanti. Doa saja moga keadilan tetap akan menang. Sudahlah, kita tunggu saja. Nanti. Dan terus tunggu.
Terima kasih buat semua TTS-ian. Aku sayang kamu. Sungguh. Aku benar sayang kamu.
Yang benar,
cairellneezarm
(coretan komputer tidak perlu ditandatangan)

berakhirnya coretan 44...
bermulanya coretan 39...
show haritu tu 3 mei. harini dah 11 mei. dah lebih seminggu overdue. aku baru sampai dari rumah. balik rumah sebab besday bapak aku. bukanlah dia mintak nak buat surprise parti ke ape. tapi disebabkan keprihatinan aku sebagai seorang anak yang penyayang dan hensem...aku pun pulang menziarah. tapi perihal itu aku coretkan kemudian dalam situasi yang lebih tenang dan wajar. malam ini aku cuma mahu kias sedikit perihal larian jebat yang kedua ahad lepas dalam kabut dan kompak. secara keseluruhan, malam kedua dikatakan lebih baik. dari segi teknikal, tenaga dan lain-lain. namun secara persendirian, aku agak down pada malam kedua. kata doc shark, tahap tenaga aku sedikit bawah berbanding malam pertama, namun aku berjaya menstabilkannya sepanjang cerita. berbanding malam pertama, tahap tenaga aku lebih tinggi, namun aku gagal menstabilkannya bilamana ada ketika aku 'hilang' di tengah cerita. memang aku akui, fokus dan perhatianku sebenarnya sedikit terganggu pada malam kedua kerana beberapa sebab yang tidak perlu aku ungkitkan disini. namun salah satunya mungkin kerana misai aku dah kena curi. malam kedua misai masing-masing lebih kurang je macam aku punya pada malam pertama. haram betul. jadinya aku kena buat misai baru lah. aku tidak mahu sama kerana aku mahu beza. mungkin itu penyebab aku down, tapi macam tak logik. ahh, entahlah. yang penting aku down. rating keseluruhan ambiklah 3.8/5. kurasa tok janggut malam pertama juga lebih baik. kerna malam kedua aku kurang merasakan bisanya. mungkinkah kerana sudah immune? entahlah. namun aku tetap rasa tok janggut boleh menang mudah dalam pertandingan monolog. jika tidak, kita bakar la taman budaya tu nanti ye doc. macam rancangan doc tu. arait~
thanks sume yang terlibat direct or indirectly~
arigato!
berakhirnya coretan 39...
bermulanya coretan 37...
its SHOWDOWN!
eh, its SHOW TIME!
TRONOH THEATER SHOP
(TTS)mempersembahkan
teater
'JEBAT'
&
monolog
'TOK JANGGUT'oleh Dr.Shark
pada
2 & 3 Mei 2009jam
830 malamdi
MPH, UTPdengan tiket berharga
RM5
dijual di luar dewan pada hari persembahan.
Kalau anda berasa bosan macam haram, datanglah untuk menonton. Kalau tak haram pun boleh datang jugak. Hiburkan diri anda dengan sesuatu yang lain dari biasanya.
Teater ini akan dipertandingkan di Festival Teater Perak (FTP) 09 yang akan berlangsung pada awal bulan Jun 2009 di Taman Budaya Ipoh. Anda juga dijemput hadir pada tika itu bagi memberi sokongan. Terima kasih dalam advance.
berakhirnya ciritan 37... eh,coretan...
bermulanya coretan 36...
TEATER sudah begitu sinonim dengan perjalanan hidup aku di kampus. Sebatinya ibarat ikan dan air. Bagai burung dan langit tinggi. Umpama katak dan hujan. Aku senang bila berteater. Bilamana aku diperhatikan dan memerhatikan. Diperhatikan oleh berpasang-pasang mata insan lain. Memerhatikan apa yang kulakonkan adalah seperti yang aku niatkan. Berada di atas pentas dan dilimpahi cahaya terang merupakan suatu kenikmatan yang hebat bagiku. Bonus extra apabila situasi itu digandingkan dengan tepuk sorak dan perhatian pemerhati di depan.
Aku begitu cintakan dunia...teater. Semenjak sekolah aku tergila-gilakan pentas. Cuma dulu aku berlakon tanpa ilmu. Berlakon kosong. Kosong berarti tidak berteknik. Berlakon hanya mengikut hati. Mengikut firasat. Hasilnya lakonanku pun kosong. Almaklumlah ketika itu fikiranku masih sempit. Berlakon hanya perlukan gerakan gaya dan imej yang diiringi bait-bait dialog sahaja. Tidak lebih dari itu. Fikirku.

Namun semuanya berubah sejak aku menghiasi TRONOH THEATER SHOP (TTS). Sebuah kumpulan penggiat teater di kampusku. Diilhamkan dan diasaskan oleh DR.SHARK. Seorang pensyarah Kejuruteraan Awam. Pengalaman luasnya dalam kumpulan teater yang disertai dan diasaskan sebelum ini berjaya menghidupkan dunia teater di kampus ini. Aku dan teman-teman sekumpulan sebenarnya sangat bertuah apabila bergiat di bawah pimpinan mamat tu. Dibawah asuhannya, pensia-siaan adalah diharamkan dalam berteater. Setiap ceritera perlu bermakna. Perlu berisi. Bukan kosong dan tidak berarti.
Berteater jua ada teknik dan peraturan. Antara aspek-aspek penting dalam berteater (berdasarkan pengetahuan dan pengalamanku sahaja):-
Externally:
- lontaran suara
- mimik muka
- body gesture
- spacing / penggunaan pentas
- dialog phrasing
- tone variation
- blocking rules
- 45deg rules
Internally:
- internal emotion
- penghayatan watak
- pemahaman watak
Itu adalah beberapa aturan yang terlintas di fikiran aku tika ini. Jika ada lagi yang kemudian akan ku bariskan nanti.
Sejak 2006, tahun pertama aku bersama TTS. Pelbagai watak telah pernah diamanahkan kepadaku. Antaranya:-
- Mat Si Pengedar Dadah - Asylum 50
- Joyah Si Make-up Artis - Sampah Oh Sampah
- Ustaz Si Pendakwah Gagal - Qum!
- Back-up Singer/Dancer - Miao Miao Sang Arnab The Muzikal?
- Roy Si Playboy - Cinta Sang Arnab
- Azman Si Orang Kaya Sakit- Transit
- Encik Mamat Si Penganalisa Politik - Merdekakah Kita?
- Datuk Si Gatal - Jebat 2008 / 2009
- Srisegala Si Gila Kuasa - Kerusi
- Dato' Izz Si Kejam - Bukan Cerita Palestin
- Ustaz Si Pendakwah Gagal Lagi - Dia Ada
Aku ingin sekali tetap terus berjuang mempertahankan cabang seni yang indah ini. Terlalu banyak kelebihannya. Jika kena gayanya, sesebuah pementasan teater mampu menjadi medium dakwah yang sangat berkesan. Nah, disana aku peroleh pahala secara tidak langsung. Malah, melalui kehidupan berteater juga mampu membantu menebalkan muka. Bermaksud mampu membina keyakinan diri dan sekaligus melenyapkan perasaan malu tidak bertempat seseorang itu. Cantiknya teater ini juga adalah apabila ia menjadi antara laluan utama untukku melepaskan segala tekanan yang dibebankan ke atas ku dalam dunia realiti yang tekadang mengecewakan.
Maka biarkanlah aku terus berfantasi dalam dunia teater ini. Sebuah dunia yang menjanjikan sebuah kepuasan yang lain. Seseorang pernah berkata, "acting is LIKE having sex". Sila tekankan perkataan 'LIKE'. Agar ia tidak menjadi, "acting is having sex". And what's that suppose to mean?
Akan ku kirimkan gambar-gambar sepanjang penglibatanku di tika lain.
berakhirnya coretan 36...
::disklemer::
Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.