Pages

coretan 52: surprise!!!

bermulanya coretan 52...

Jumaat lepas aku balik rumah. Selepas tamat waktu kerja jam 5, aku terus memecut laju bersama legend ku menuju ke estate halaman tercinta.

Aku benarnya kurang fasih jika pulang ke rumah tapi bertolak dari KLCC. Jadi aku hanya berpandukan papan-papan tanda ditepi jalan. Aku ikut naluri, ikut hati. Melalui jalan tun razak. Tup tup aku sampai ke Maju Expressway menuju ke Cyber, Putra n KLIA.

Lebuhraya itu dikatakan bahaya untuk penunggang motosikal kerana kedudukannya yang agak tinggi berbanding lebuhraya lain. Angin lintang yang kuat mampu mentidakstabilkan sesebuah motosikal yang ditunggang laju. Namun aku bernasib baik kerana legend ku tersangat laju sehingga angin lintang tak sempat menolak motorku lalu melanggar pembahagi jalan. Kesian beliau...

Aku bertolak kurang lebih jam 6 petang. Dan aku tiba kurang lebih jam 830 malam. Niat aku untuk mensurprisekan kedua ibu bapaku memang menjadi apabila mereka tiada di rumah dan kunci rumah juga telah dibawa pergi. Tahniah kepada aku. Yeah!! \0/

Namun nasib menyebelahi aku kerana mereka tidak pergi jauh. Buatnya mereka pergi umrah ke...haji ke...mungkin aku sempat masuk lokap dulu selama beberapa bulan atas tuduhan pecah masuk rumah sendiri. Mereka sebenarnya hanya berniat ke bahau untuk membeli baju di 'pusat pakaian hari-hari'. Lalu aku menunggu mereka sambil makan 'perancis goreng' yang aku beli di kfc kuala pilah tadi. Kalau tahu jadi begini, mungkin aku akan pilih untuk 'makan di sini' dan bukannya 'bawa pulang' semasa ditanya gadis cashier kfc yang bernama Alia itu tadi.

15 minit kemudian mereka tiba. Selepas bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, makan ayam goreng dan menukar pakaian. Kami keluar semula menuju ke bahau dan makan malam di 'zain tom yam' yang dikatakan sedap itu. Nampaknya tidak jadi beli baju di 'hari-hari' kerana sudah malam hari, jadi mungkin beli pada esok hari saja. lalu kami pulang ke rumah dan tidur sampai esok hari.

berakhirnya coretan 52...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.