Pages

small things

Hari ni aku balik dari opis lambat sikit. Kurang lebih jam 830. Lepas menonton wayang kisah robot bergaduh sesama robot sambil manusia join sekaki, Transformers 3: Dark of The Moon. Aku tonton versi 3D. Walaupun aku sebenarnya kurang minat tonton versi 3D kerana tak berapa selesa dengan keadaan imej yang satu didepan dan satu dibelakang. Aku mudah jadi hilang fokus lalu terlepas aksi-aksi hebat yang ingin dipaparkan. Namun aku tak mahu ulas panjang tentang itu. Tak bermanfaat. Sekadar untuk hiburan semata.

Ketika aku dalam perjalanan balik, setelah tiba di stesen ERL Salak Tinggi, aku bergegas turun dan terus mendaki tangga untuk ke seberang. Aku tinggalkan satu anak tangga dalam setiap langkahan agar aku cepat tiba di atas. Saat aku tiba di anak tangga terakhir, aku tertoleh kebelakang dan terlihat olehku seorang makcik yang sedang perlahan-lahan menaiki satu demi satu anak tangga sambil menjinjing satu beg baju berwarna biru. Payah sekali kelihatannya. Dengan umur yang sebegitu dan bebanan yang berat.

Terdetik niat murni di hatiku untuk turun kembali dan membantu orang tua itu. Namun kakiku menidakkan niat dan terus melangkah ke depan. Dan kemudian dalam setiap langkahku selepas itu, aku menyumpah dan memarahi diri sendiri. Aku sesal kerana tidak menoleh lebih awal. Aku sesal kerana tidak turun semula dan membantu. Aku sesal.

Begitulah hidup, walaupun perkara itu nampak remeh, namun tekadang ia mampu merubah keseluruhan jalan cerita. Macam orang barat kata, it's the small things that matter...

dugaan

2, 3 hari kebelakang ni aku tidak berapa tenang. Emosi tidak berapa stabil. Suhu badan tidak begitu tetap. Semuanya gara-gara ulser. Dua bahagian dalam mulut aku seperti ada kawah gunung berapi. Dekat bibir aku boleh tahan lagi, tapi bila dekat lidah pun kena, memang sangat menguji tahap kesabaranku. Cuaca panas melampau setiap hari adalah salah satu penyumbang tegar. Total air yang keluar dari badan pula tak seimbang dengan yang masuk. Terus jadi pemangkin. Waktu nak makan paling mencabar. Lidah yang perlu digerakkan hampir setiap masa menyebabkan kunyahan perlu berhati-hati. Tekadang air mata pun boleh mengalir bila tergesel bahagian tepi kawah. Memang rasanya masa tu nak hentak2 meja makan dan berhenti makan terus. Tapi nanti lapar pulak natijahnya. Jadi sabar je la, dan sambung makan seperti biasa. Sekarang bonjela jadi peneman setiap masa. Pakai ubat gigi pun dah tak sekerap bonjela. HUH! Kesimpulannya anggaplah ini dugaan dan peringatan. Sebab kita bukan akan sihat sejahtera sepanjang masa. Ada masa kita sakit. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati.

Sekian.

aku penganggur

Ya. Aku seorang penganggur terhormat. Sudah masuk lebih 5 bulan. PUIHH! Bukan aku tak mintak kerja, tapi sebenarnya aku baru mula menghantar permohonan kesana sini bermula minggu lepas. Sebelum ni hanya nekad menunggu panggilan dari PetrolNas yang tak kunjung tiba. Namun setelah kulihat harapan makin pudar, kawan2 pula dah semakin kaya dengan bekerja di kampeni lain, rasanya aku pun tidak patutlah berdiam diri saja. Yelah, nama pun baru pohon minggu lepas, takkan minggu ni dah ada orang panggil kerja kan? Mustahil. Paling kurang pun mereka (kampeni2) kena tunggu permohonan dari calon lain dulu. Kemudian baru mereka semak satu persatu permohonan yang datang. Kemudian disenarai pendek untuk dipanggil temuduga. Paling tidak pun mesti ambil masa dalam sebulan lagi. Dan aku pun tak pasti apa yang patut aku lakukan dalam sebulan yang akan datang ni. Baring sambil silang kaki atas pangkin bawah pokok kelapa je la nampaknya lagi sebulan. PUIHH!

...

Setelah beberapa bulan terhenti, aku terasa ingin mencarut semula. Ini adalah entri pertama setelah percutian panjang itu...

PUIHH!!!

'Selamat kembali mencarut'

dan ini penemuan yang mengejutkan aku sebentar tadi. Sila pergi link dibawah

http://www.coratcoretkehidupan.blogpsot.com/

PUIHH2!!!

'Takde nama lain ke??'

sekian

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.