coretan sembilan belas: pesan mak abah...
mak pernah pesan.
mak selalu ingatkan.
"adik jangan tinggal solat..."
"jaga diri..."
"jaga pelajaran..."
"jaga harta benda..."
"mak sayang kamu..."
abah pernah pesan.
"sebagai seorang lelaki, kita jangan lari dari tanggungjawab. itu kau kena ingat..."
aku perlukan motivasi.
untuk buat assignment yang banyak.
hmmm...
'sayang mak abah jugak...'
berakhirnya coretan sembilan belas...
coretan lapan belas: Tulah seorang Sultan...
bermulanya coretan lapan belas...
Semalam hari cuti. Tapi bagi Perak saja. Sebab Sultan Perak dapat Jubli Perak. Kalau tak silap aku lah. Aku takut silap. Sebab perihal Sultan ni memang tak boleh main-main. Nanti kena tulah. Sebab Sultan ni kan berdaulat. Tulah ni apa? Nak kata macam sumpahan boleh jugak kot. Contohnya bila seseorang melanggar syarat berkaitan dengan orang berdaulat, dia akan terkena tulah. Bermakna ada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.
Sebab cerita salah seorang sepupu aku. Benda ni pernah terjadi dulu. Masa dia praktikal untuk kos pengurusan hotel di UiTM Dungun dulu. Pernah dia menyediakan santapan diraja untuk kaum kerabat baginda Sultan dan Permaisuri. Tapi tak pasti pula Sultan negeri mana. Kalau nak diikutkan, majlis santapan diraja ni memang kompleks sekali aturcara dan protokolnya. Sampaikan apa yang sepupu aku cerita tu pun aku tak berapa nak faham. Tapi pantangnya yang aku tahu, rakyat jelata tidak dibenarkan memakan walau sedikit pun sisa makanan kaum kerabat diraja ni. Biarpun sedikit. Jika tidak kena tulah. Benar atau tidak tak tahulah. Nak dijadikan alkisah, ada la seorang mamat ni yang entah kebulur sangat agaknya. Dia dengan sesuka hatinya menjamah sisa makanan baginda setelah selesai majlis santapan itu. Bila pulang sahaja ke rumah, terus menderita cirit-birit berhari-hari. Kasihan... Mungkin itu kebetulan, tidak pasti pula aku.
Tapi begitulah ceritanya. Walau apapun, semuanya kembali ke kuasa Allah Yang Esa. Apa saja yang berlaku hanya dengan izin dan iradat-Nya. Apapun, terima kasih sebab bagi cuti. =D
berakhirnya coretan lapan belas...
coretan tujuh belas: yang aku rasa 2...
kau pernah rasa?
rasa apa?
rasa lapar.
aku lapar.
makan megi lagi nampaknya.
syukurlah kerana masih ada...
berakhirnya coretan tujuh belas...
coretan enam belas: buat TTS-ian...
bermulanya coretan enam belas...
tadi aku meeting.
aku rasa penting.
tapi kepala pening.
sebab sekeliling bising.
belah sana meeting.
belah sini 'joking'.
cerita minah kena pusing.
sikit lagi air mata nak 'running'.
bila makin boring.
tengok gambar masa 'training'.
gelak sampai nak terkencing.
sebab aksi sangat 'happening'.
tapi yang penting.
sebab korang gusi aku tak kering.
sebab korang kepala aku kurang pening.
sebab korang sunyi aku jadi bising.
korang yang pening/ting...TTS 'loving'. ;)
berakhirnya coretan enam belas...
coretan lima belas: yang aku rasa...
kau pernah rasa?
rasa apa?
rasa tidak kena.
ke kiri salah. ke kanan salah.
ke depan. ke belakang.
semuanya rasa salah.
kalau kau pernah rasa.
beritahu aku.
bagaimana cara.
melenyapkan rasa.
yang aku rasa.
makan? tidur? jerit?
semua aku dah buat.
tapi ada lagi satu. aku rasa.
mengadu pada Dia.
Yang Maha Kuasa.
mungkin terlalu tipikal.
lupa ketika senang.
ingat ketika susah.
aku manusia biasa.
begitulah nampaknya.
ampunilah aku seadanya.
berakhirnya coretan lima belas...
coretan empat belas: aku runsing...
runsing. aku runsing.
tidak tahu mengapa. tidak tahu sebabnya.
mungkin kerana salah membuat keputusan.
mungkin kerana salah tafsiran.
salah penilaian. salah sangka. salah pemikiran.
bila runsing. hati tak tenang. gundah.
aku benci perasaan ini.
kerna tak dapat kulepaskan.
pada siapa-siapa. atau apa-apa.
dan aku tak tahu apa puncanya.
atau yang mana satu sebenarnya.
kalau aku bisa mengetahui.
akan ku cari penyudahnya.
biar aku kembali tenang. kembali senang.
bila tak tenang. runsing. kepala pening.
kerja tak jalan. otak tidak berfikir betul.
emosi terganggu. urat leher tegang. stress.
mungkin kau fikir benda ini remeh.
tapi aku yang menanggung.
sudahlah. aku ingin cari penyelesaian.
walau ku tahu. cari saja tidak cukup.
perlu dipraktikkan. ahh...bangsat.
sampai sini saja.
berakhirnya coretan empat belas...
coretan tiga belas: jika ku tak bangun esok pagi...
such a lovely song...by yusry KRU...
Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup
Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi
ulang
Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika ku tak bangun…..esok pagi
Jika ku tak bangun esok pagi...
good night and have a sweet dreams sayang...i love you~
berakhirnya coretan tiga belas...
coretan dua belas: tiga dalam satu...
Hidup ini penuh ujian.Ujian dalam kehidupan.Tak masuk lagi ujian-ujian matapelajaran.Memang berlambak.Aku diuji dengan hebat sekali pada hujung 2008.Tiga kisah kehilangan aku bermula disini. Bacalah jika rajin.
Kisah satu...
Aku akan bertolak balik pada hari itu. Sekali lagi aku berseorangan meredah jalan dari UTP menuju ke kampung halaman. Aku akan kembali ke UTP menaiki kereta beberapa hari kemudian untuk mengambil barang-barang yang kutinggalkan. Memandangkan aku pulang kali ini menaiki motor. Pintu bilik V4B-F2-6 kutinggalkan dengan bermangga dari luar. Barang-barang penting seperti printer dan beberapa perkakas elektrik lain kutinggalkan di bilik Fahmi kerana aku risau bilik ku akan dimasuki orang. Dan perkara itu memang berlaku juga. Bila aku kembali, kunci mangga itu telah dipecahkan. Bilikku berserakan. Barang-barang bersepah di atas lantai. Setelah kuperhatikan,baru kusedar bahawa koleksi buku-buku teks yang telah kugunakan untuk beberapa semester lepas telah lesap. Yang tinggal hanya kotak kosong tempat kutinggalkan buku-buku itu. Aku hanya menghela nafas panjang dan menganggap itu satu ujian. Lantas ku kemaskan barang-barangku dan berangkat pulang.Macam haram...
Kisah dua...
Aku tak ingat tarikhnya, dan aku tak mahu pun mengingati tarikh pahit itu.
Malam tu malam terakhir show Kerusi di Taman Budaya Ipoh. Persembahan yang terbaik pernah aku lakukan sepanjang kareer aku dalam pementasan teater berlaku pada malam itu. Hati aku puas, gembira. Watak Srisegala memberi kesan. Satu perkara itu yang aku harapkan. Jam 12.30 malam,tiba di blok V1A,bilik 012,UTP. Aku hairan, pintu tidak berkunci. Bangsat! Mejaku kosong. Sedangkan disitulah tempat terakhir komputer riba Compaq Presario v5000 15" Widescreen telah kutinggalkan tengahari tadi. Laptop,external hard disk Maxtor 250GB yang baru kubeli beberapa minggu lepas,telefon bimbit Nokia 6680 yang kubeli dari e-bay juga lesap tanpa kesan. Telefon itu kutinggalkan untuk dicas. Makanya dengan pengecasnya pun turut hilang. Memang bangsat kali kedua. Kuperhatikan sekitar. Almari bajuku dibongkar. Baju-baju berserakan. Beg sandang laptop jenama Sony yang juga kubeli dari e-bay turut lesap. Bangsat kali ketiga. Bermakna bonus bagi si bangsat itu kerana di dalam beg itu ada satu thumb drive 1G kepunyaanku dan satu lagi berkapasiti 4G kepunyaan Aji. Hatiku mula sebak. Semuanya berlaku sekelip mata. Segala kenangan dan memoriku bersama barang-barang itu bagai diragut tanpa kusedar. Aku tak peduli dengan cerita, lagu mahupun klip video yang kusimpan dalam hard disk itu. Aku hanya sesal kerana segala gambar kenanganku bersama keluarga, kekasih dan teman-temanku ada tersimpan di situ. Air mataku bergenang. Nasib sama menimpa teman sebilikku, Azizi. Komputer riba dan beg bajunya turut dicuri. Patutlah hatiku berat sama sekali untuk meninggalkan bilik tengahari tadi. Rupanya itu kali terakhir aku melihat barang-barang itu di atas mejaku. Haihh...ujian oh ujian...
Kisah tiga...
Hari itu hari Sabtu. Aku akan berangkat ke Penang menaiki bas dari Medan Gopeng. Bas bertolak jam 8.30 jadualnya. Dan aku telah tiba di Medan Gopeng seawal jam 8 pagi. Maklumlah, seronok nak jumpa kekasih. Dia belajar di USM. Kos Masscom. Betul ke aku eja ni? Akhirnya bas bertolak jam 9. Penat aku tunggu. Nasib baik bas VIP. Hanya tiga kerusi dalam satu baris. Baru selesa. Perjalanan selamat. Tiada apa yang menarik. Aku tidak turun meskipun bas itu berhenti di salah satu hentian sebelah. Tiada apa yang hendak kulakukan jika turun pun. Namun setelah bas itu bertolak dari hentian itu, aku mula rasa nak terkencing. "Adoii,kenapa tadi tak terasa?" Bisikku sendirian. Yela, takkan nak cakap kuat-kuat pula. Mahu tak mahu,aku terpaksa tahan sehingga sampai ke destinasi. Bila sampai ke stesen bas Sg. Nibong, aku bergegas turun. Sebelum turun, kutoleh kebelakang sekilas pandang bagi memastikan tiada barang tertinggal. Kemudian aku ke toilet dan melepaskan hajatku. Lega. Keluar dari tandas, aku ingin menghubungi kekasihku bagi memberitahu ketibaanku. Kuseluk tangan dalam beg sandang Timberland warna coklat yang kubeli di pasar malam Taman Maju dengan harga RM25. Ku kira telefonku. Satu... "Eh,mana lagi satu...?" Nokia 1200 yang baru kubeli bagi menggantikan telefon ku yang hilang dicuri dalam kisah dua tiada kutemui. Ku seluk kocek seluar, baju, jaket. Tiada juga. Puas aku memikir. Dalam bas! Aku berlari ke tempat parking bas. Binatang besar tu sudah tiada. Telah berlalu pergi. Aku cuba mendail telefon itu. Tidak berjawab. Ahh...telefon tu silent mode. Malang. Berpuluh kali kucuba sambil mengharap ada yang menjawab. Hampa. Beberapa lama kemudian. Kudail lagi. Namun nada pun sudah tiada lagi. Hampeh...
Tetapi masa yang kuluang bersama kekasihku pada hari itu dan keesokannya sangat bermakna. Aku tidak kisah jika itu harga yang perlu ku bayar untuk bertemu dan meluangkan masa bersama dia. Aku sanggup. Aku rela. Aku redha.
Namun tekadang aku terfikir, mungkinkah itu semua adalah harga yang perlu aku bayar kerana aku pernah mengambil sesuatu yang telah mutlak dimiliki oleh seseorang yang lain? Mungkin juga...kerana Allah itu Maha Adil.
berakhirnya coretan dua belas...
coretan sebelas : antara aku,nenek dan teh susu...
Lama benar rasanya aku tidak menaip.Mencoretkan sebarang coretan untuk dierti...
Entah bagaimana pada satu ketika aku terkenang kembali.Suatu masa bilamana aku berada di rumah atuk dan nenek sebelah ibuku di Kg.Jijan,Labu.Saat itu aku hadir bertiga bersama kedua ibu bapaku.Niat di hati hanyalah untuk menziarah memandangkan sudah begitu lama kami tidak bertemu.Ini kerana ruang dan masa yang memisahkan kami agak luas.
Setelah tiba,seperti biasa pertemuan dimulakan dengan bual bicara ringkas bertanyakan tentang khabar dan keadaan masing-masing. Alhamdulillah,ketika itu keduanya sihat walafiat tanpa sebarang cacat cela.
Memang sudah menjadi kebiasaan tetamu,akan dihidangkan sedikit santapan oleh tuan rumah buat pembasah anak tekak.Untuk tujuan itu,kami berhimpun di ruang makan di dapur.Atuk dan nenek menghidangkan air sirap dan beberapa juadah lain buat kami.Sampai beberapa ketika,nenek berkata kepadaku...
"Dik...kau nak teh susu sejuk...?ni ado nih..." sambil mengeluarkan sekole air teh susu sejuk dari peti penyejukan...
Aku kemudian menolak pelawaan nenek dengan hormat,memandangkan air sirap yang dihidangkan sudah cukup untuk menghilangkan dahagaku...
"Ermm...xpola nek...biala situ dulu..." Lalu nenek meletakkan kole air itu di atas meja berhadapan kami.
Perbualan rancak antara mak, abah, atuk dan nenek diteruskan. Berbagai isu dan topik dikupas. Bermula dengan cerita tentang perkahwinan abang ngah yang baru berlangsung, cerita tentang cukai tanah, sehingga cerita kera di belakang rumah pun menjadi cerita. Aku hanya menelinga sambil sesekali tertawa kecil melihat gelagat atuk dan nenek yang begitu bersemangat bercerita.Tekadang juga mereka bergaduh kecil apabila ada yang mereka tidak sependapat.
Bilamana seketika semua senyap tidak berbicara,nenek akan kembali mempelawa kami untuk menjamah makanan atau menambah minuman di dalam cawan.Dan di suatu ketika,sesuatu yang agak lucu berlaku.Nenek buat kali kedua menawarkan aku teh susu seperti dia tidak pernah menawarkan aku teh itu sebelumnya.
"Eh,dik...tambahla air tu...ni raso eh air teh susu ni kalo tak silap nenek...(sambil membuka kole air yang sudah aku ketahui memang teh susu sejuk tadi...)...ha,kan boto.kau nak ko??"
Sekali lagi aku menolak pelawaan nenek dengan hormat,sambil tersenyum simpul...
"Takpela nek...cukup dah air sirap ni..."
Dan untuk beberapa ketika kemudian,untuk kali ketiganya...nenek kembali menawarkan aku air teh susu sejuk tadi seperti dia belum pernah menawarkan air itu kepadaku.Dan sekali lagi aku menolak.Tapi kali ini aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.
Sebenarnya aku faham apa yang berlaku.Nenek sudah berumur lebih 80 tahun.Jadi ingatannya sudah tidak sekuat mana.Seketika dia melakukan satu perkara,seketika dia kembali lupa bahawa kerja itu sudah dilakukannya.Sudah nyanyuk kata orang.Sampai masanya,aku juga akan begitu.Itupun jika berkesempatan untuk mencecah umur itu.Hanya Allah yang tahu.
Setelah tamat perbualan,kami ke ruang hadapan untuk berehat dan mengambil angin luar.Kami berangkat pulang beberapa jam kemudian.Masa yang ada kami gunakan sebaiknya untuk diluangkan bersama atuk dan nenek.Aku tahu,di saat-saat akhir kehidupan mereka,tiada apa yang lebih penting yang mereka inginkan selain masa-masa berkualiti bersama anak-anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh sebelumnya.Jadi,ingatanku buat kalian,sayangilah kedua ibu bapa anda sepertimana mereka menyayangi anda sampai ke akhir hayat mereka.Renungkanlah...
coretan sepuluh: coretan kilonewton (kN)
coretan ini bertarikh 14 november 2008, jam 10:46 pagi.lokasi catitan ku di common room blok v3.cuaca cerah,cantik.mungkin rahmat Jumaat.penghulu segala hari.selamat hari jumaat ku ucapkan.semoga hari ini membawa lebih makna buat kalian.
kondisi ku ketika ini adalah mengantuk,penat dan sedikit berilmu.hoho mengapa? kerana aku sedang berusaha memahami dan mengingat apa yang terkandung dalam satu subjek yang berjenama kebarangkalian dan statistik.kerna pada petang ini akan berlakunya satu lagi kertas peperiksaan akhir tahun ku bagi semester julai 2008.aku akan diuji tentang subjek itu.
kalau mahu dikira,dicampur,ditolak,dibahagi,dikuasa dua,difaktorial,dan dilogaritmik,masa tidurku tadi hanyalah campur tolak satu jam saja.inilah bahana mengulangkaji akhir masa.tapi peduli apa aku,memang itu tabiat.susah untuk dibuang.kata orang barat,lambat itu lebih baik daripada tidak langsung.sila terjemah sendiri.
peperiksaan adalah untuk menguji.dan nampaknya aku memang cukup teruji untuk semester ini.kerana jadual tiga kertas periksa yang berturut.yang pertama pada rabu petang.kedua khamis pagi.dan ketiga jumaat petang.justeru memang tekanan agak kuat menekan.kertas ku akan terjadi pada pukul tiga.berlanjutan sehingga enam petang.
mataku kurasakan merah.walaupun aku sendiri tak tahu bagaimana 'rasa' merah itu.perutku pula agak memulas kesakitan.mungkin ada tahi yang ingin keluar.ahh,ini mesti bahana sarapan pagi.kerna sudah lama betul rasanya aku tidak bersarapan pagi.kerna aku selalu lewat hidup semula dari mati sementara.dan tadi kuey-tiaw kafe usm telah menjadi santapan ku.
aku punyai tiga teman ulangkaji.iaitu aji,deng dan pai'e.di saat ini hanya aji yang ada disini.tapi...dia sedang berkeruh gembira di atas sofa hitam itu.kertas petang ini mungkin bukan masalah besar baginya kerna apa yang aku tahu matematik adalah subjek kesukaannya.tapi bukan aku.aku brengsek skali sama matematik.aku dan matematik memang tiada jodoh.lebih baik aku membaca dari mengira.ABC lebih mudah dari 123 bagiku.
oh,sudahlah.masaku sudah semakin suntuk.masa itu minyak petrol.lebih baik aku meneruskan pengajianku.walaupun keinginan untuk tidur sangat tinggi sekali dalam kotak sanubariku.tapi apa boleh buat.biarlah ia di situ menemaniku...salam permisi.
p/s: kilonewton menggambarkan tekanan yang sedang kuterima ketika ini....
...berakhirnya coretan sepuluh...
