Pages

Showing posts with label lapan belas. Show all posts
Showing posts with label lapan belas. Show all posts

coretan lapan belas: Tulah seorang Sultan...


bermulanya coretan lapan belas...


Semalam hari cuti. Tapi bagi Perak saja. Sebab Sultan Perak dapat Jubli Perak. Kalau tak silap aku lah. Aku takut silap. Sebab perihal Sultan ni memang tak boleh main-main. Nanti kena tulah. Sebab Sultan ni kan berdaulat. Tulah ni apa? Nak kata macam sumpahan boleh jugak kot. Contohnya bila seseorang melanggar syarat berkaitan dengan orang berdaulat, dia akan terkena tulah. Bermakna ada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.

Sebab cerita salah seorang sepupu aku. Benda ni pernah terjadi dulu. Masa dia praktikal untuk kos pengurusan hotel di UiTM Dungun dulu. Pernah dia menyediakan santapan diraja untuk kaum kerabat baginda Sultan dan Permaisuri. Tapi tak pasti pula Sultan negeri mana. Kalau nak diikutkan, majlis santapan diraja ni memang kompleks sekali aturcara dan protokolnya. Sampaikan apa yang sepupu aku cerita tu pun aku tak berapa nak faham. Tapi pantangnya yang aku tahu, rakyat jelata tidak dibenarkan memakan walau sedikit pun sisa makanan kaum kerabat diraja ni. Biarpun sedikit. Jika tidak kena
tulah. Benar atau tidak tak tahulah. Nak dijadikan alkisah, ada la seorang mamat ni yang entah kebulur sangat agaknya. Dia dengan sesuka hatinya menjamah sisa makanan baginda setelah selesai majlis santapan itu. Bila pulang sahaja ke rumah, terus menderita cirit-birit berhari-hari. Kasihan... Mungkin itu kebetulan, tidak pasti pula aku.

Tapi begitulah ceritanya. Walau apapun, semuanya kembali ke kuasa Allah Yang Esa. Apa saja yang berlaku hanya dengan izin dan iradat-Nya. Apapun, terima kasih sebab bagi cuti. =D


berakhirnya coretan lapan belas...

coretan lapan: Sila hantar Kad Raya kat aku...

...bermulanya coretan lapan...

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
(kalau ade la orang baca blog aku nih...)

Sedang aku mengelamun sekejap tadi, terkenang akanku sesuatu perkara yang suatu ketika dulu amat sinonim dengan sambutan Hari Raya, (pose baru seminggu da sebok nak raye...) iaitu mengirim dan menerima Kad Raya. (hardcopy bukan softcopy...)

Masa aku sekolah rendah, mengirim dan menerima Kad Raya merupakan suatu kemestian bila menjelangnya Hari Raya. Al-maklumlah, ketika itu masing-masing buta IT, buta kayu dan macam-macam buta lagilah.

Penggunaan telefon tangan untuk menghantar SMS dan komputer untuk menghantar email belum menjadi suatu perkara yang lazim lagi. Tengok komputer dan telefon tangan pun kadang-kadang je.(teringat HP abang long yang ala-ala batu-bata dulu...buat baling anjing kompom almarhum...)

Zaman sekarang, ramai yang lebih berminat mengirim ucapan, surat, testimonial, resume, assignment, report dan macam-macam lagi melalui e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS), gtalk/YM/Skype, DC++, MiRC dan sebagainya. Ini mungkin kerana ianya lebih mudah, cepat, murah/percuma, boleh tulis banyak-banyak dan tiada kemungkinan untuk kiriman itu dibuang oleh Posmen ke dalam sungai. (no offense to abang2 Posmen...)

Namun bagiku, ucapan yang dikirim melalui medium-medium teknologi tersebut diatas mempunyai satu kekurangan yang sangat boleh dirasai oleh penerima mahupun pengirim itu sendiri. Apa yang aku maksudkan adalah apa yang dipanggil 'feel'.

Aku masih ingat lagi, betapa gembiranya hatiku bila menerima sekeping Kad Raya. Debaran sangat dirasakan ketika meleraikan ikatan antara gam dan kertas sampul kad itu kerana tertanya-tanya akan pengirim kad itu. (kalau tak sabar sangat, main koyak je sampul tu...)
Selalu ku bersaing dengan Kakcik, tentang siapa dapat lagi banyak Kad Raya pada tahun itu. Purata penerimaan Kad Raya ku ketika sekolah rendah adalah 5 keping setahun. (tidak termasuk yang dihantar oleh adik-beradik sendiri...).

Antara ucapan yang biasa ditulis dalam Kad Raya budak-budak sekolah adalah:-
  • Puasa tahun ni penuh ke tak? Kalo tak penuh, tak boleh raya tau. (peduli ape aku...raye tetap raye...)
  • Baju raya tahun ni warna apa? Banyak ke beli baju raya tahun ni?
  • Banyak ke buat kuih tahun ni? (mak aku tak buat kuih...tiap tahun kuih tunjuk je..)
  • Kalau nak duit raya, datanglah rumah. (aku datang pun tak dapat jugak...)
  • Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. (pantun sepanjang zaman...)
Tapi sekarang, nak dapat sekeping setahun pun susah. Kalau dapat pun nasib je. Kalau tak pun berkemungkinan besar hantar kat diri sendiri. (hina giler...aku tak buat, orang lain yang buat...)

Masa sekolah menengah, dapat jugak la 4,5 keping dalam jangkamasa 5 tahun belajar tu. (itupun main post letak bawah meja kat kelas...takpun bagi kat 'postboy/girl' budak-budak junior...)

Jadi di kesempatan ini, aku ingin sarankan kepada para pembaca sekalian, kirimlah Kad Raya kepada kawan-kawan, saudara-mara, pasangan-pasangan dan sesiapa jua yang dirasakan sesuai (contohnya aku...). Dan rasalah kembali 'feel' membeli, menulis, mengirim dan menerima Kad Raya seperti dulu. Disini aku sertakan alamat rumah aku bagi sesiapa yang baik hati hendak mengirim Kad Raya kepadaku (berharap sangat ade orang baik hati...):-

Khairil Nizam Bin Mohamad Darus,
Rumah Kakitangan,
Ladang Btg. Jelai,
73500 Rompin,
Negeri Sembilan,
Malaysia. (sila sertakan jika anda bukan orang Malaysia...)

Bagi sesiapa yang menginginkan Kad Raya daripada aku, bolehlah menulis alamat penuh anda di ruangan 'comment'. InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan tibalah sekeping Kad Raya di rumah anda, dan anda bolehlah berlagak dengan ahli keluarga yang lain kerana kad yang sekeping itu.

Sekian,
Pecah dara kena 'romen',
Sudah baca harap komen...

...berakhirnya coretan lapan...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.