Pages

Coretan 91: hariku harini...

bermulanya coretan 91...

Disebabkan aku tak berapa tau apa nak tulis, so harini aku akan tulis pasal 'hariku harini' (best gak tajuk nih,leh wat skrip...haha). Memandangkan pada hariku semalam aku telah tidur awal, kurang lebih jam 8 malam, aku telah terjaga pada jam 1.30 pagi hari berikutnya (hari ni la tu). Setelah bersolat Isyak dan melayari FB, aku mula merasa lapar. Lalu aku mengiklankan kelaparanku di status GTALK dengan harapan ada yang mengajak ke mapley untuk menjamu selera. Namun setelah jam menunjukkan pukul 5 pagi, masih tiada siapa yang sudi. Lalu aku pun kecewa. Lalu aku berkeputusan untuk ke mapley seorang diri saja. Setelah bersiap2 (perlu ke?) aku pun mengejutkan biniku ZAKIAH yang sedang tidur lalu menunggangnya pergi ke RESTORAN SALAM. Aku pun order teh o suam (yang panas mendidih sampai melecur lidah aku) dan maggie goreng telur mata sambil membaca suratkhabar SINAR HARIAN edisi semalam. Setelah selesai, aku pun pulang dan bersolat SUBUH di MASJID AN-NUR. Kemudian aku pun pulang dan menyambung tidurku.

Pada jam 1 petang pula, aku telah ke MPH untuk mengerah tenaga bagi mengemaskan barang2 teater bangsawan lalu yang masih ada tertinggal. Meskipun penat, namun aku tetap gembira kerana dapat berjumpa adik-beradik ku yang lain. Antara yang terlibat adalah Esah, Usop, Acab, Kisas, Ammar, Nuzul, Syafril dan Che Mad. Terima kasih kepada semua yang hadir. Yang tidak hadir, mungkin mereka ada urusan yang lebih penting. Jadi tak mengapalah. Kami selesai mengemas kurang lebih jam 230 petang dan kemudian kami menuju ke KFC TAMAN MAJU untuk makan tengahari yang tak berapa nak tengahari. Aku mengorder dua set JOM JIMAT iaitu SET A dan SET B kerana aku rasa itu lebih berbaloi dari membeli satu set NASI BERIYANI KFC. Ayam perasa lada hitam juga tidak terlalu sedap jika dibandingkan dengan ayam panas dan pedas, HOT N SPICY. Namun aku makan saja kerana aku sudah bayar. Jika belum, mungkin aku boleh lari tanpa membayar. Mungkin...

Petangnya pula ada audition untuk TEATER PENDEK MERDEKA awal bulan JUN nanti. 3 karya yang bertanding adalah hasil nukilan DOC, AKIN dan SEFA. Aku telah diberi mandat memegang watak dalam 2 daripada 3 skrip tersebut (biasalah, gila watak) iaitu 'AHH MAD dalam LIF (AKIN)' dan 'PA dalam MAR-DAY (SEFA)'. Memandangkan ianya adalah teater pendek, jadi aku rasa tiada masalah untuk membawakan watak2 tersebut. InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik. InsyaAllah...

Malamnya pula (sekarang la tu) tiada apa yang begitu menarik berlaku, kecuali, aku tiba2 menerima panggilan dari AYAHBONDA bertanyakan khabar. Kata ABAH, dia tiba2 terasa rindu kepada anak bongsunya ini (oh, syahdunya). Namun seperti biasa, ABAH akan segera menyerahkan telefon kepada MAK setelah bercakap beberapa ayat mukaddimah denganku. MAK pula seperti biasa mengupdet apa2 perkembangan terbaru yang berlaku di rumah. Antaranya abah yang bakal mendapat duit EPF tidak lama lagi (senyum lebar). Selain itu MAK turut bertanyakan tentang final exam ku yang akan bermula minggu hadapan.

Kemudian aku tertelefon abang IWAN pula (memang tertelefon sebab aku tertekan). Lalu alang2 kami terus berborak pasal kereta yang ingin dijualnya. Katanya kereta itu telah dijual hari ini. Aku tumpang bangga kerana aku yang telah mengiklankan kereta itu di MUDAH.MY (website favourite ku). Kemudian dia meminta aku menghantarkan no akaun bank ku kepadanya(senyum lebar lagi sekali).

Dan kini, aku sedang menulis, eh, menaip. Bagi mengisi ruang2 di blog ku ini. Selepas ini aku mahu mula mengulangkaji. Kerana target ku semester ini agak tinggi. Jadi kena ada usaha ya. Oh, sebelum terlupa, hari KHAMIS ini aku pergi sambung belajar kereta (Ya! aku takde lesen kereta lagi...tapi aku pernah bawak kete sampai Penang ;p).

Oklah, sampai disini saja. Jumpa lagi kemudian hari.

berakhirnya coretan 91...

0 comments:

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.