Pages

coretan 43: kisah satu pagi...

bermulanya coretan 43...

aku mula bergelar trainee di KLCC 1 jun lepas.
sewa apartmen di pandan court, pandan mewah, ampang.
tingkat doblas. doblas A sebenarnya.
bersama tujuh rakan yang lain.
pejan, rafi, josh, epol, hanis, kudin' dan nabil.
kami semua tidur di ruang tamu.
tapi pernah sekali ketika semua sedang tidur,
josh mengira bilangan semua orang dan mendapati ada lebihan dua entiti.
satu daripadanya mungkin bantal peluk.
namun satu daripadanya masih belum dapat dipastikan.
ianya terus menjadi misteri.

hari pertama bekerja agak disaster.
memandangkan ceteknya ilmu tentang pergerakan bas.
kisahnya...
metrobus dan SJ yang jua menuju ke KLCC sudah di depan mata.
namun kami masih jua mengharap ketibaan rapidKL.
memandangkan research yang dibuat sebelumnya mendapati hanya rapidKL menuju ke KLCC.
namun rapidKL masih tidak kunjung tiba.
akhirnya..
bila jam pukul 720 dan 7 jejaka itu masih tercongok di pondok bas.
kami pun berpaling tadah dari rapidKL.
berjaya tiba di KLCC jam 820 kurang lebih.

begitulah hari pertama bergelar trainee yang noob di KLCC.
hari kedua hingga ke ketujuh...aku di UTP untuk FTP 09.
aku ku coretkan di lain masa perihal FTP.
sekarang mahu sambung kerja-kerja trainee yang banyak ini.


berakhirnya coretan 43...

coretan 42: kisah seorang lalang...

bermulanya coretan 42...

Beberapa minggu sebelumnya...

"Aku balik hari Sabtu lepas paper la...
Atleast ada seminggu kat rumah sebelum intern..."


Beberapa hari sebelum hari Sabtu...

"Aiseh, dak-dak ni ajak kuar Ipoh plak Sabtu ni...
Rase nak join plak..

Hmm...balik Ahad je la..."


Hari Ahad jam 630 pagi...

"Aku balik besok je la...
Gile ke nak bawak moto jauh-jauh tapi tak tido malam...
Haihh~"


Kesimpulannya, aku balik esok bersamaan hari Isnin.
Sila doakan aku berjaya bergerak balik esok pagi. Huh!

berakhirnya coretan 42...

coretan 41: hanya coretan 2...

bermulanya coretan 41...

Berlalu sudah paper ketiga dan keempat. Aku puas hati dengan paper ECON, tapi paper VIBRATION...??? Rase nak nangis je. Memang BERGETAR sel-sel otak aku sebelum, semasa, dan selepas menjawab paper tu. Hadoihh~ aku pun tak tau r ape yang aku tulis dalam buku jawapan tu. Mengarut bagai. Siap buat rumus sendiri lagi. Tunggu nak dapat nobel prize je. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. Aku tidak sanggup diuji lagi...huu~

Apapun sumenye dah berlalu. Sekarang masa untuk pandang kehadapan. Ade lagi dua paper yang sedang menunggu. MANUFACTURING TECHNOLOGY II & FLUID MECHANICS II. Besok dan hari Jumaat, respectively. Lepas tu berakhirlah semester ke-3 tahun pertama aku di UTP. Semester depan pergi intern pulak. Yeahh!!! (^_^)

Nak dijadikan cerita, hari Isnin haritu sebelum paper Econ, mase tu pukul 8:15 lebih kurang. Aku pun bersiap-siap nak pergi Chancellor Hall. Tup tup baru perasan kad matrik aku takde. Cari punye cari, baru aku ingat last time aku guna kad matrik mase keluar makan ngan dak TTS beberapa malam sebelumnya. Lalu aku pun cuak. Setelah kompom tak jumpe, aku pun start motor terus pergi opis Pak Gad kat blok B mintak temporary punye kad matrik. Haihh~ nasib baik perasan awal kad tu takde. Buatnye mase kat depan pintu masuk dewan tu baru perasan, tak ke naya. Nasib jugak aku dah ready paper pagi tu. huhu

Petangnya terus pergi buat kad matrik baru. Melayang 30 hinggit. Tapi takpe la, aku pun da bosan tengok gambar lama kat kad lame tu. Tapi sayang jugak la sebab souvenier dari doc yang aku buat casing kad tu pun hilang sekali. Susah nak cari tu. Hmm~ mintak maap la doc ye. Lain kali bagi la souvenier lain lagi. Hehee~

Lepas buat kad matrik, pergi berenang pulak ngan dak-dak TTS. Buat photoshoot dalam air. Guna kamera din. Wah! Menarik jugak. Ade la 2,3 keping gambar aku. Tapi lum sampai kat tangan aku lagi. Nanti dah ambik aku upload. Tapi memang puas hati la berenang petang tu sebab takde orang lain. Kami-kami je. Rasa nak buat party je kat pool tu. Huu~

Oklah. Nak sambung setadi. Take care~




kad matrik baru...muahaha~~~


berakhirnya coretan 41...

coretan 40: hanya coretan...

bermulanya coretan 40...

Esok paper ketiga aku final exam sem nih. Paper engineering economy aka econ. Subjek ni xdela susah sangat. 2 kredit hour je pun. Pasal ekonomi la. Duit-duit bagai. Tapi aku still lum abes stadi lagi. haha Esok paper kol 9. Wish me luck arh. huhu

2 paper yang lepas aku rase ok. Aku rase la. Tak tau camne examiner nanti rase. Harap-harap diorang pun rase ok. Apepun aku dah cube wat yang terbaek. Itu dah cukup memuaskan hati. Lepas ni ade lagi 4 paper. Yang perlu dilunaskan dalam seminggu. Isnin, Selasa, Khamis n Jumaat. Hoh! Sesak napas aku. Sabo je le~

Perkembangan terbaru. Aku dah ada rumet. hehe. Sejak awal sem actually aku duk sorang lam bilik double nih sebab rumet aku yang dulu dah pindah village. Tapi bila dah dekat final haritu, aji pindah masuk bilik aku. Kitorang satu course, so senang la nak study untuk final. (study la sangat kan~ hoho) Aku memang grateful sangat la aji pindah masuk sebab level study aku utk final meningkat sikit biler die ade.(termasuk level men game dan tengok series jgk kan...~ haha) Pastu lagi senang la bila ade ape-ape yang tak paham, bleh terus tanye. Takyah nak kene pm kat gtalk ke ym ke. Dahla gtalk skang memang bengong. Haihh~

Selain itu, kami berdua juge ade plan besau lepas balik intern nanti. Harap-harap menjadi la. Ape plannye? Adela, rahasia gethow~ hehe Skang ni aku tengah dok layan series 'how i met your mother' yang dipromote oleh aji. Maybe agak ketinggalan la aku nih. Yela, aku ni pemilih sket. Kalo yang betul-betul best baru aku tengok. N series tu memang best sekali. Baru habis episod 12 season 1. N cite tu dah ade 4 season. Hoh. Bahaye tol biler stat tengok series time final neh...huu~

Nway, aku ucapkan selamat berjaye kepada sume dalam ape jue yang anda lakukan. Especially utpian yang tengah memerah otak yang memangnya dah kering dan tak dapat nak diperah lagi tu. haha Do give your best shot! Luv u'oll~

berakhirnya coretan 40...

coretan 39: larian kedua jebat...

bermulanya coretan 39...

show haritu tu 3 mei. harini dah 11 mei. dah lebih seminggu overdue. aku baru sampai dari rumah. balik rumah sebab besday bapak aku. bukanlah dia mintak nak buat surprise parti ke ape. tapi disebabkan keprihatinan aku sebagai seorang anak yang penyayang dan hensem...aku pun pulang menziarah. tapi perihal itu aku coretkan kemudian dalam situasi yang lebih tenang dan wajar. malam ini aku cuma mahu kias sedikit perihal larian jebat yang kedua ahad lepas dalam kabut dan kompak. secara keseluruhan, malam kedua dikatakan lebih baik. dari segi teknikal, tenaga dan lain-lain. namun secara persendirian, aku agak down pada malam kedua. kata doc shark, tahap tenaga aku sedikit bawah berbanding malam pertama, namun aku berjaya menstabilkannya sepanjang cerita. berbanding malam pertama, tahap tenaga aku lebih tinggi, namun aku gagal menstabilkannya bilamana ada ketika aku 'hilang' di tengah cerita. memang aku akui, fokus dan perhatianku sebenarnya sedikit terganggu pada malam kedua kerana beberapa sebab yang tidak perlu aku ungkitkan disini. namun salah satunya mungkin kerana misai aku dah kena curi. malam kedua misai masing-masing lebih kurang je macam aku punya pada malam pertama. haram betul. jadinya aku kena buat misai baru lah. aku tidak mahu sama kerana aku mahu beza. mungkin itu penyebab aku down, tapi macam tak logik. ahh, entahlah. yang penting aku down. rating keseluruhan ambiklah 3.8/5. kurasa tok janggut malam pertama juga lebih baik. kerna malam kedua aku kurang merasakan bisanya. mungkinkah kerana sudah immune? entahlah. namun aku tetap rasa tok janggut boleh menang mudah dalam pertandingan monolog. jika tidak, kita bakar la taman budaya tu nanti ye doc. macam rancangan doc tu. arait~

thanks sume yang terlibat direct or indirectly~
arigato!

berakhirnya coretan 39...

coretan 38: larian pertama jebat...

bermulanya coretan 38...

hari ni dah 3 mei. 2 mei dah melabuhkan tirai 2 jam 57 min yang lalu. ini bermakna larian pertama teater 'JEBAT' dah berlalu. begitu juga dengan cubaan pertama monolog 'TOK JANGGUT'. aku dah ngantuk. tapi nak tulis jugak.

secara persendirian...skrip JEBAT tak best.sila tekankan SKRIP. sorilah Hatta. err...Azad. err...Khan. aku tak tau nak panggil kau apa sebenarnya. skrip kau memBOSANkan sekali. dan tajuk itu juga seperti tidak menggambarkan apa yang diceritakan. menyetujui komen seorang penonton...

"ini cerita Jebat ke, cerita orang kampung..."

maaf jika terasa. ahh, aku peduli apa. kau bukan baca blog aku pun. aku rasa la. dan mungkin pendapat aku salah. tapi suka hati aku lah. pendapat aku.

namun bagitu TTS mampu menjadikannya sedikit menarik. hasil pengolahan dan pengarahan Dr.Shark. dan pembawakan watak oleh pelakon-pelakon. juga kerjasama technical person. so jadilah best sikit cerita ni.

untuk persembahan tadi. aku bagi 3.5/5. memandangkan aku berada di backstage sepanjang persembahan, jadi aku tidak dapat menonton secara terus. jadi penilaian aku lebih berdasarkan variasi tone dialog para pelakon yang aku dengar. sebab aku percaya, sebaik mana dialog mereka dilontarkan, sebaik itu lakonan yang dipaparkan. itu hipotesis aku. kerana dialog dan lakonan datang seiring. namun lain orang lainlah fikirnya.

komen dan cemuhan biasa yang diterima
  • watak hidup mati
  • tenaga atas bawah
  • technical turun naik
itu saja. tak perlu elaborate panjang-panjang. ini bukan tazkirah. semuanya boleh diperbaiki. selain itu banyak lagi lubang-lubang yang boleh dittimbus. lohong-lohong yang boleh disumbat. serta mulut-mulut yang boleh ditutup. ghetow~~ (gitu)

malam ini nanti malam kedua. tadi malam pertama. menarik, tapi kurang nikmat. pastikan malam kedua lebih nikmat. berikan lebih tenaga. dan usaha sehabis baik. hingga klimaks. jangan menyia-nyiakan peluang yang ada. maka, berseronoklah! wee~~

pendapat aku lagi. aku rasa TOK JANGGUT best. itupun penilaian berdasarkan telinga saja. bagi aku ianya lebih menarik dan well structured. jalan ceritanya lebih jelas dan tersusun. jadi lebih mudah untuk difahami. sembilan watak yang dipegang oleh seorang individu yang sudah berpuluh tahun dalam padang teater. susah untuk jadi tidak menarik. ini bukan kipas buntut. cuma hanya pandangan personal. sila jangan salah interpretasi.

akhir kata, aku berpuas hati dengan watak aku. dan aku rasa aku orang yang paling rilek sekali dalam pementasan kali ini. jangan jeles ye. hahaha

terima kasih kepada semua yang hadir. especially aji. really appreciate it. (^_^)

ahh, mengantuk macam haram! tapi nak tulis post lagi lepas ni. teruskan membaca!

berakhirnya coretan 37...

coretan 37: show...show...show...

bermulanya coretan 37...


its SHOWDOWN!
eh, its SHOW TIME!

TRONOH THEATER SHOP
(TTS)
mempersembahkan

teater
'JEBAT'

&

monolog
'TOK JANGGUT'
oleh Dr.Shark

pada
2 & 3 Mei 2009

jam
830 malam

di
MPH,
UTP

dengan tiket berharga
RM5
dijual di luar dewan pada hari persembahan.


Kalau anda berasa bosan macam haram, datanglah untuk menonton. Kalau tak haram pun boleh datang jugak. Hiburkan diri anda dengan sesuatu yang lain dari biasanya.

Teater ini akan dipertandingkan di Festival Teater Perak (FTP) 09 yang akan berlangsung pada awal bulan Jun 2009 di Taman Budaya Ipoh. Anda juga dijemput hadir pada tika itu bagi memberi sokongan. Terima kasih dalam advance.

berakhirnya ciritan 37... eh,coretan...

coretan 36: aku dan teater...

bermulanya coretan 36...

TEATER sudah begitu sinonim dengan perjalanan hidup aku di kampus. Sebatinya ibarat ikan dan air. Bagai burung dan langit tinggi. Umpama katak dan hujan. Aku senang bila berteater. Bilamana aku diperhatikan dan memerhatikan. Diperhatikan oleh berpasang-pasang mata insan lain. Memerhatikan apa yang kulakonkan adalah seperti yang aku niatkan. Berada di atas pentas dan dilimpahi cahaya terang merupakan suatu kenikmatan yang hebat bagiku. Bonus extra apabila situasi itu digandingkan dengan tepuk sorak dan perhatian pemerhati di depan.

Aku begitu cintakan dunia...teater. Semenjak sekolah aku tergila-gilakan pentas. Cuma dulu aku berlakon tanpa ilmu. Berlakon kosong. Kosong berarti tidak berteknik. Berlakon hanya mengikut hati. Mengikut firasat. Hasilnya lakonanku pun kosong. Almaklumlah ketika itu fikiranku masih sempit. Berlakon hanya perlukan gerakan gaya dan imej yang diiringi bait-bait dialog sahaja. Tidak lebih dari itu. Fikirku.



Namun semuanya berubah sejak aku menghiasi TRONOH THEATER SHOP (TTS). Sebuah kumpulan penggiat teater di kampusku. Diilhamkan dan diasaskan oleh DR.SHARK. Seorang pensyarah Kejuruteraan Awam. Pengalaman luasnya dalam kumpulan teater yang disertai dan diasaskan sebelum ini berjaya menghidupkan dunia teater di kampus ini. Aku dan teman-teman sekumpulan sebenarnya sangat bertuah apabila bergiat di bawah pimpinan mamat tu. Dibawah asuhannya, pensia-siaan adalah diharamkan dalam berteater. Setiap ceritera perlu bermakna. Perlu berisi. Bukan kosong dan tidak berarti.

Berteater jua ada teknik dan peraturan. Antara aspek-aspek penting dalam berteater (berdasarkan pengetahuan dan pengalamanku sahaja):-

Externally:
  • lontaran suara
  • mimik muka
  • body gesture
  • spacing / penggunaan pentas
  • dialog phrasing
  • tone variation
  • blocking rules
  • 45deg rules
Internally:
  • internal emotion
  • penghayatan watak
  • pemahaman watak
Itu adalah beberapa aturan yang terlintas di fikiran aku tika ini. Jika ada lagi yang kemudian akan ku bariskan nanti.

Sejak 2006, tahun pertama aku bersama TTS. Pelbagai watak telah pernah diamanahkan kepadaku. Antaranya:-

  • Mat Si Pengedar Dadah - Asylum 50
  • Joyah Si Make-up Artis - Sampah Oh Sampah
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal - Qum!
  • Back-up Singer/Dancer - Miao Miao Sang Arnab The Muzikal?
  • Roy Si Playboy - Cinta Sang Arnab
  • Azman Si Orang Kaya Sakit- Transit
  • Encik Mamat Si Penganalisa Politik - Merdekakah Kita?
  • Datuk Si Gatal - Jebat 2008 / 2009
  • Srisegala Si Gila Kuasa - Kerusi
  • Dato' Izz Si Kejam - Bukan Cerita Palestin
  • Ustaz Si Pendakwah Gagal Lagi - Dia Ada
Aku ingin sekali tetap terus berjuang mempertahankan cabang seni yang indah ini. Terlalu banyak kelebihannya. Jika kena gayanya, sesebuah pementasan teater mampu menjadi medium dakwah yang sangat berkesan. Nah, disana aku peroleh pahala secara tidak langsung. Malah, melalui kehidupan berteater juga mampu membantu menebalkan muka. Bermaksud mampu membina keyakinan diri dan sekaligus melenyapkan perasaan malu tidak bertempat seseorang itu. Cantiknya teater ini juga adalah apabila ia menjadi antara laluan utama untukku melepaskan segala tekanan yang dibebankan ke atas ku dalam dunia realiti yang tekadang mengecewakan.

Maka biarkanlah aku terus berfantasi dalam dunia teater ini. Sebuah dunia yang menjanjikan sebuah kepuasan yang lain. Seseorang pernah berkata, "acting is LIKE having sex". Sila tekankan perkataan 'LIKE'. Agar ia tidak menjadi, "acting is having sex". And what's that suppose to mean?

Akan ku kirimkan gambar-gambar sepanjang penglibatanku di tika lain.

berakhirnya coretan 36...

coretan 35: bersawang...


bermulanya coretan 35...


Penulis: Apa yang bersawang?

Aku: Blog aku nih la...

Penulis: Kenapa bersawang?
Aku: Sebab tak diupdate...

Penulis: Kenapa tak diupdate?
Aku: Banyak la sebabnya...

Penulis: apa sebabnya?

Aku: sibuk...

Penulis: Sibuk sebab apa?
Aku: Macam-macam la...

Penulis: contohnya?

Aku: Projek...esaimen...test...show...

Penulis: Selain sibuk apa lagi?

Aku: Ada la...

Penulis: Apa yang ada?
Aku: laptop aku rosak haritu...

Penulis: Rosak kenapa?
Aku: Skrin dia...

Penulis: Kenapa skrin dia?
Aku: Bergetar-getar...berkelip-kelip...

Penulis: Kenapa jadi macam tu?
Aku: Mana aku tau...

Penulis: Dah hantar baiki?
Aku: Dah...

Penulis: Bila siapnya?

Aku: Katanya hari ni...

Penulis: So dah siap la ni?
Aku: Belum...

Penulis: Kenapa belum?
Aku: Sebab dia cakap belum siap...

Penulis: Dia tu siapa?
Aku: Cina kedai tu la...

Penulis: Jadi bila siapnya?

Aku: Isnin minggu depan...

Penulis: Ni kau guna laptop siapa?
Aku: Bukan laptop...desktop...

Penulis: Tak menjawab soalan. Siapa punya?
Aku: Kawan aku la...
Eh, yang kau ni banyak tanya sangat ni apahal?!
Lempang kang baru tau...


Penulis: Aku tak tau apa nak tulis lagi dalam ni.
Ok la.Tu je...


Moral: Bertanya terlalu banyak juga boleh mengundang kemarahan orang lain.

berakhirnya coretan 35...

coretan 34: malaysian or not...

bermulanya coretan 34...

watak - watak:
A: aku
B: mamat indian

lokasi: dalam lif poket D

B: malaysian ha u?

A: ya, why?

B: nothing. looks like a foreigner.

A: heh

B: no hard feelings huh.

pintu lif terbuka dan kami keluar menuju destinasi masing-masing.

tu je...

berakhirnya coretan 34...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.