Pages

coretan 63: aku dan ramunia... (Episod Akhir)

bermulanya coretan 63...

Sudahlah, aku selamat pergi dan selamat balik...itu saja.
Biarlah gambar yang bercerita...















macam tu la ceritanya...gambar2 tu pandai2 la ko interpret sendiri...nak tulis caption pun aku malas...more pic in my fesbuk...soon! haha

berakhirnya coretan 63...

coretan 62: aku dan Ramunia (Siri 1)

bermulanya coretan 62...

Ramunia...Teluk Ramunia...

"Teluk Ramunia is a well-known bauxite mining town in early days of Malaysia, located in the southeastern part of Johor, Malaysia.[1] Now this place famous for Oil and Gas Fabrication industries (Ramunia Fabricators Sdn Bhd)"


Aku dan 3 orang rakan se'praktikal' ku yang lain telah diarahkan untuk pergi ke Teluk Ramunia bagi menyaksikan sendiri bagaimana proses 'loadout' untuk struktur 'jacket' dilakukan.

Secara mudahnya, proses 'loadout' bermaksud...memindahkan sesebuah struktur daripada dermaga ke atas kapal pengangkutan (transportation barge).

Dalam konteks coretan ku ini, aku berkisar tentang struktur yang melibatkan carigali minyak iaitu pelantar minyak. Pelantar minyak secara amnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu 'jacket' dan 'topside'.

Jacket adalah kaki pelantar minyak. Ada beberapa jenis jacket yang biasa digunakan contohnya seperti:-

1 - Monopod (1 kaki)
2 - Tripod (3 kaki)
3 - Four legged (4 kaki)
4 - Eight legged (8 kaki)

Topside pula adalah bahagian atas pelantar minyak dimana terletaknya 'deck2', 'living quarters', helipad, etc.

Itu adalah ulasan ringkas mengenai Teluk Ramunia, proses 'loadout' dan pelantar minyak.

Di Teluk Ramunia, Ramunia Fabricators Sdn. Bhd. (RFSB) selaku kontraktor kepada PCSB (PETRONAS Carigali) telah diupah untuk membina dan menguruskan proses loadout bagi jacket KAKG-A yang akan dihantar ke Projek Kumang di Sarawak. Jadi kami berempat telah diberi arahan untuk pergi ke sana dan menyaksikan sendiri proses tersebut sambil mengumpul seberapa banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk kegunaan kami pada masa hadapan.

Aku, Hanis, Sam, dan Bang Bil bertolak dari Kuala Lumpur kurang lebih jam 12 t.hari pada hari Sabtu, 29 August yang lalu. Kami berhenti berbuka puasa di Kota Tinggi dan akhirnya tiba di Sg. Rengit kurang lebih jam 10. Sg. Rengit adalah pekan yang paling hampir dengan Teluk Ramunia. Sampai di hotel, kami menghabiskan masa dengan berehat sambil menonton Astro di TV Plasma berjenama Akira.

Tidak semestinya skoler Petronas perlu menggunakan minyak Petronas


Hanis aka driver aka supir


SUE aka Sam yang kurang menyumbang


Hotel budget = rendah diri...



Bersambung...

berakhirnya coretan 62...

coretan 61: Selamat, Gaya, Versatile (SGV)

bermulanya coretan 61...

Sejak akhir2 ni aku menunggang motor dengan lebih selesa.

Celahan-celahan antara kenderaan kulakukan dengan lebih tenang dan yakin.

Hujan yang membasahi bumi jua tidak menyukarkan pemandanganku.

Begitu juga saat matahari telah hilang dari pandangan,
itu juga bukan masalah besar lagi.


TERIMA KASIH buat helmet SGV Kuning yang baru kubeli dua hari lepas. haha

S untuk SELAMAT

G untuk GAYA

V untuk VERSATILE.








Terima kasih jua kuucapkan kepada helmet Apollo MS88 yang telah sekian lama berkhidmat.

Jasa dan setiap memori ku bersama mu kan tetap kukenang.

Terutama pada saat2 aku terjerebab di atas jalan raya.

Kerna hanya kaulah yang menemaniku tika itu.

Terima kasih sekali lagi.

berakhirnya coretan 61...

coretan 60: coretan separa lucah pertama...

bemulanya coretan 60...

Aku ada dua...eh, satu bola.

Ada orang panggil bola tu bola ramas (squeeze ball).

Tapi aku lebih suka panggil bola tu bola stress (stress ball).

Sebab bila aku kerja di pejabat, kadang-kadang aku akan stress.

Jadi bila aku stress, aku suka lepaskan tekanan kat bola aku.

Aku akan ramas-ramas bola aku tu sepuas hati.

Aku akan tenang bila aku buat macam tu.

Inilah bola aku...nampak besar kan?



berakhirnya coretan 60...

coretan 58: kisah pose...

bermulanya coretan 58...

Bulan pose dah mula. Jadi aku nak cerita kisah aku masa bulan pose time kecik2 dulu.
Masa tu aku darjah berapa tak ingat. Ade satu hari tu, masa tu aku baru nak belaja2 pose n sembahyang jugak. So tiba satu hari tu...aku pun pose cam bese. Entah sebab ape, aku rasa rajin pulak haritu, aku pun mandi awal dan bersiap2. Pakai baju melayu hijau sepasang dan berkopiah. Lalu aku pun solat. Solat maghrib... YE! SOLAT MAGHRIB! Masa orang tengah menunggu nak berbuka pose. Lepas je berbuke, mak aku pun macam bese suruh aku solat maghrib...lalu aku dengan konfidennye jawab... "Dah sudah dah tadi..." Begitulah ceritanya...Sekian~ Selamat Bpose...

berakhirnya coretan 58...

coretan 56: hmm...

bermulanya coretan 56...

Lokasi: Dalam lif
Masa: 6 lebih petang
Situasi: Nak balik rumah lepas habis kerja
Loghat: Bahasa Kelantan
Watak: A - Aku
B - Staff lelaki, melayu, umur 25-30, masih bujang
C - Staff lelaki, melayu, umur 28-35, berkahwin


B: Mu naek keto dok jem ko?

C: Aku jem dale keto takdok hal...duk opis pun takdok hal...
tapi balik umoh aku serabut...ngan anok...ngan bini....
(diikuti ketawa besar)

A: (Ketawa kecil)

#Perbualan ini membuatkan aku menimbang semula niat untuk berkahwin awal...hmm~ (-_-)

berakhirnya coretan 56...

coretan 54: puisi untuk kamu...

bermulanya coretan 54...

walau kepala aku mula pening.

dan suhu badan aku mula naik.

dan dada aku mula sesak.

dan anak tekak aku mula perit.

dan sendi=-sendi aku mula sakit.

dan tubuh badan aku mula lemah.

dan langkah kakiku mula longlai.

namun cekal hatiku tak pernah luntur.

dan aku tegar untuk melawan. untuk menentang.

kerna bukan semudah itu aku untuk kau tawan.

biar jasadku terhuyung-hayang ketika berjalan.

biar motorku kekiri-kanan ketika ditunggang.

namun aku akan pastikan.

aku tidak menjadi tawananmu...DEMAM!

berakhirnya coretan 54...

coretan 52: surprise!!!

bermulanya coretan 52...

Jumaat lepas aku balik rumah. Selepas tamat waktu kerja jam 5, aku terus memecut laju bersama legend ku menuju ke estate halaman tercinta.

Aku benarnya kurang fasih jika pulang ke rumah tapi bertolak dari KLCC. Jadi aku hanya berpandukan papan-papan tanda ditepi jalan. Aku ikut naluri, ikut hati. Melalui jalan tun razak. Tup tup aku sampai ke Maju Expressway menuju ke Cyber, Putra n KLIA.

Lebuhraya itu dikatakan bahaya untuk penunggang motosikal kerana kedudukannya yang agak tinggi berbanding lebuhraya lain. Angin lintang yang kuat mampu mentidakstabilkan sesebuah motosikal yang ditunggang laju. Namun aku bernasib baik kerana legend ku tersangat laju sehingga angin lintang tak sempat menolak motorku lalu melanggar pembahagi jalan. Kesian beliau...

Aku bertolak kurang lebih jam 6 petang. Dan aku tiba kurang lebih jam 830 malam. Niat aku untuk mensurprisekan kedua ibu bapaku memang menjadi apabila mereka tiada di rumah dan kunci rumah juga telah dibawa pergi. Tahniah kepada aku. Yeah!! \0/

Namun nasib menyebelahi aku kerana mereka tidak pergi jauh. Buatnya mereka pergi umrah ke...haji ke...mungkin aku sempat masuk lokap dulu selama beberapa bulan atas tuduhan pecah masuk rumah sendiri. Mereka sebenarnya hanya berniat ke bahau untuk membeli baju di 'pusat pakaian hari-hari'. Lalu aku menunggu mereka sambil makan 'perancis goreng' yang aku beli di kfc kuala pilah tadi. Kalau tahu jadi begini, mungkin aku akan pilih untuk 'makan di sini' dan bukannya 'bawa pulang' semasa ditanya gadis cashier kfc yang bernama Alia itu tadi.

15 minit kemudian mereka tiba. Selepas bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, makan ayam goreng dan menukar pakaian. Kami keluar semula menuju ke bahau dan makan malam di 'zain tom yam' yang dikatakan sedap itu. Nampaknya tidak jadi beli baju di 'hari-hari' kerana sudah malam hari, jadi mungkin beli pada esok hari saja. lalu kami pulang ke rumah dan tidur sampai esok hari.

berakhirnya coretan 52...

coretan 51: burung kakak tua...

bermulanya coretan 51...

tadi aku terdengar osmet aku nyanyi lagu 'burung kakak tua'. tiba-tiba aku terkenang lagu burung kakak tua versi english yang pernah aku baca dalam majalah yang pernah berlambak kat rumah aku dulu iaitu majalah ujang. aku ingat2 lupa lirik dia. tapi lebih kurang macam ni la...

(sila nyanyi ikut rentak asal)


bow-wrong car-card two-are


bow-wrong car-card two-are,

hang-up thee gen-dell-are,

nen-next sue-duh two-are,

G-G-nya think-all do-are...

latch-umph, latch-umph,
latch-umph more-lala...

latch-umph, latch-umph,
latch-umph more-lala...

bow-wrong car-card two-are...


berakhirnya coretan 51...

coretan 50: tiba-tiba...

bermulanya coretan 50...



(sila baca berpandukan road map diatas...)

aku bertolak dari seremban naik bas suasana edaran.
(eh,betul ke name bas nih??)
sampai kl. aku tak pasti apa nama tempat aku turun tu. tapi aku tau tempat tu sebab aku pernah sampai. (mungkin deja-vu...)

lalu aku berjalan. berjalan mengikut crowd. walaupun aku tak tahu ke mana hala tuju. berjalan dan berjalan. tiba-tiba ada central market(cm) kat depan aku. ("oh,ini central market yang selalu diuar-uarkan usop dan doc tu..." bisik hati kecilku)

aku pun masuk. pusing-pusing. selesa tempatnya. ada aircond. kedai pun banyak. pusing punya pusing, aku lapar. tiba-tiba jumpa food court. makan dulu. nasi goreng paprik ayam, rm6.10. (kenapa perlu ada seploh sen??) selesai makan, minum. ice lemon tea, rm2.50. (mahal, baik buat kat pantri opis...free je.)

lepas minum, jalan lagi. keluar cm. ikut crowd lagi. (masa ni terasa macam tengah buat vid klip m.nasir, lagu 'suatu masa'. sebab jalan sorang-sorang dan tengok-tengok persekitaran.)

jalan punya jalan. tiba-tiba ada stesen masjid jamek depan aku. (bila stesen ni sampai sini?) aku pun mengkhianati crowd.

terus berjalan. tiba-tiba nampak mydin. masuk mydin. pusing-pusing. sesak dan panas. (tak beli pape sebab dalam wallet ade seploh hinggit je). tapi sempat usha harga meja belajar budak-budak, rm19.90. nanti beli boleh letak laptop. siap ada gambar-gambar.

keluar mydin, ikut crowd. ada puduraya. kali ni bukan tiba-tiba sebab aku dah nampak dari tadi. puduraya tak pergi. sesak dan panas macam mydin. cuma dia tak jual barang, jual tiket je.

jalan lagi. ikut hati. tiba-tiba jumpa jalan petaling. (petaling street, aku tau ko tau...sukati la nak bagitau...) masuk jalan petaling. bosan. kiri kanan asyik benda sama. (orang cina) jalan lagi sampai hujung. keluar.

sambung jalan. jumpa pasar seni. pandang seberang jalan. (oh,ini tempat aku turun bas tadi...) sambil tersenyum sinis~ (dan berpeluh-peluh.) naik tren, pergi kl sentral, ambik motor, balik rumah. tidur~


berakhirnya coretan 50...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.