bermulanya coretan 50...

(sila baca berpandukan road map diatas...)
aku bertolak dari
seremban naik bas
suasana edaran.
(eh,betul ke name bas nih??)sampai kl. aku tak pasti apa nama tempat aku turun tu. tapi aku tau tempat tu sebab aku pernah sampai.
(mungkin deja-vu...) lalu aku berjalan. berjalan mengikut crowd. walaupun aku tak tahu ke mana hala tuju. berjalan dan berjalan. tiba-tiba ada
central market(cm) kat depan aku.
("oh,ini central market yang selalu diuar-uarkan usop dan doc tu..." bisik hati kecilku) aku pun masuk. pusing-pusing. selesa tempatnya. ada aircond. kedai pun banyak. pusing punya pusing, aku lapar. tiba-tiba jumpa food court. makan dulu.
nasi goreng paprik ayam, rm6.10.
(kenapa perlu ada seploh sen??) selesai makan, minum.
ice lemon tea, rm2.50.
(mahal, baik buat kat pantri opis...free je.) lepas minum, jalan lagi. keluar cm. ikut crowd lagi.
(masa ni terasa macam tengah buat vid klip m.nasir, lagu 'suatu masa'. sebab jalan sorang-sorang dan tengok-tengok persekitaran.) jalan punya jalan. tiba-tiba ada stesen masjid jamek depan aku. (
bila stesen ni sampai sini?) aku pun mengkhianati crowd.
terus berjalan. tiba-tiba nampak
mydin. masuk
mydin. pusing-pusing. sesak dan panas.
(tak beli pape sebab dalam wallet ade seploh hinggit je). tapi sempat usha harga meja belajar budak-budak, rm19.90. nanti beli boleh letak laptop. siap ada gambar-gambar.
keluar
mydin, ikut crowd. ada
puduraya. kali ni bukan tiba-tiba sebab aku dah nampak dari tadi.
puduraya tak pergi. sesak dan panas macam
mydin. cuma dia tak jual barang, jual tiket je.
jalan lagi. ikut hati. tiba-tiba jumpa
jalan petaling.
(petaling street, aku tau ko tau...sukati la nak bagitau...) masuk
jalan petaling. bosan. kiri kanan asyik benda sama.
(orang cina) jalan lagi sampai hujung. keluar.
sambung jalan. jumpa
pasar seni. pandang seberang jalan.
(oh,ini tempat aku turun bas tadi...) sambil tersenyum sinis~
(dan berpeluh-peluh.) naik tren, pergi
kl sentral, ambik motor, balik rumah. tidur~
berakhirnya coretan 50...