Pages

coretan lapan: Sila hantar Kad Raya kat aku...

...bermulanya coretan lapan...

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
(kalau ade la orang baca blog aku nih...)

Sedang aku mengelamun sekejap tadi, terkenang akanku sesuatu perkara yang suatu ketika dulu amat sinonim dengan sambutan Hari Raya, (pose baru seminggu da sebok nak raye...) iaitu mengirim dan menerima Kad Raya. (hardcopy bukan softcopy...)

Masa aku sekolah rendah, mengirim dan menerima Kad Raya merupakan suatu kemestian bila menjelangnya Hari Raya. Al-maklumlah, ketika itu masing-masing buta IT, buta kayu dan macam-macam buta lagilah.

Penggunaan telefon tangan untuk menghantar SMS dan komputer untuk menghantar email belum menjadi suatu perkara yang lazim lagi. Tengok komputer dan telefon tangan pun kadang-kadang je.(teringat HP abang long yang ala-ala batu-bata dulu...buat baling anjing kompom almarhum...)

Zaman sekarang, ramai yang lebih berminat mengirim ucapan, surat, testimonial, resume, assignment, report dan macam-macam lagi melalui e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS), gtalk/YM/Skype, DC++, MiRC dan sebagainya. Ini mungkin kerana ianya lebih mudah, cepat, murah/percuma, boleh tulis banyak-banyak dan tiada kemungkinan untuk kiriman itu dibuang oleh Posmen ke dalam sungai. (no offense to abang2 Posmen...)

Namun bagiku, ucapan yang dikirim melalui medium-medium teknologi tersebut diatas mempunyai satu kekurangan yang sangat boleh dirasai oleh penerima mahupun pengirim itu sendiri. Apa yang aku maksudkan adalah apa yang dipanggil 'feel'.

Aku masih ingat lagi, betapa gembiranya hatiku bila menerima sekeping Kad Raya. Debaran sangat dirasakan ketika meleraikan ikatan antara gam dan kertas sampul kad itu kerana tertanya-tanya akan pengirim kad itu. (kalau tak sabar sangat, main koyak je sampul tu...)
Selalu ku bersaing dengan Kakcik, tentang siapa dapat lagi banyak Kad Raya pada tahun itu. Purata penerimaan Kad Raya ku ketika sekolah rendah adalah 5 keping setahun. (tidak termasuk yang dihantar oleh adik-beradik sendiri...).

Antara ucapan yang biasa ditulis dalam Kad Raya budak-budak sekolah adalah:-
  • Puasa tahun ni penuh ke tak? Kalo tak penuh, tak boleh raya tau. (peduli ape aku...raye tetap raye...)
  • Baju raya tahun ni warna apa? Banyak ke beli baju raya tahun ni?
  • Banyak ke buat kuih tahun ni? (mak aku tak buat kuih...tiap tahun kuih tunjuk je..)
  • Kalau nak duit raya, datanglah rumah. (aku datang pun tak dapat jugak...)
  • Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. (pantun sepanjang zaman...)
Tapi sekarang, nak dapat sekeping setahun pun susah. Kalau dapat pun nasib je. Kalau tak pun berkemungkinan besar hantar kat diri sendiri. (hina giler...aku tak buat, orang lain yang buat...)

Masa sekolah menengah, dapat jugak la 4,5 keping dalam jangkamasa 5 tahun belajar tu. (itupun main post letak bawah meja kat kelas...takpun bagi kat 'postboy/girl' budak-budak junior...)

Jadi di kesempatan ini, aku ingin sarankan kepada para pembaca sekalian, kirimlah Kad Raya kepada kawan-kawan, saudara-mara, pasangan-pasangan dan sesiapa jua yang dirasakan sesuai (contohnya aku...). Dan rasalah kembali 'feel' membeli, menulis, mengirim dan menerima Kad Raya seperti dulu. Disini aku sertakan alamat rumah aku bagi sesiapa yang baik hati hendak mengirim Kad Raya kepadaku (berharap sangat ade orang baik hati...):-

Khairil Nizam Bin Mohamad Darus,
Rumah Kakitangan,
Ladang Btg. Jelai,
73500 Rompin,
Negeri Sembilan,
Malaysia. (sila sertakan jika anda bukan orang Malaysia...)

Bagi sesiapa yang menginginkan Kad Raya daripada aku, bolehlah menulis alamat penuh anda di ruangan 'comment'. InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan tibalah sekeping Kad Raya di rumah anda, dan anda bolehlah berlagak dengan ahli keluarga yang lain kerana kad yang sekeping itu.

Sekian,
Pecah dara kena 'romen',
Sudah baca harap komen...

...berakhirnya coretan lapan...

4 comments:

Anonymous said...

Mohd Zhafri Mahdi
P.O Box 57,
Kampung Dagang,
98150 Bekenu,
Miri,
Sarawak

boh x anta indah .. ak menunggu kad raya pertama ak pas bbrp thn .. hahaha .. las pat kad raya f4 o f5 .. gla lu jak .. hahaha

Half said...

A-1-1, Quarters Balai Bomba Cyberjaya,
Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya,
Selangor

anto jgn xanto...
hahah...

dzye said...

komen saye:

- (kalau ade la orang baca blog aku nih...)<---tau jugak xrmai yg bace...hahhaa

- (pose baru seminggu da sebok nak raye...)<----tau xpe..

- (teringat HP abang long yang ala-ala batu-bata dulu...buat baling anjing kompom almarhum...)<--- kejam~

- (hina giler...aku tak buat, orang lain yang buat...)<--- tipu~

aku tau ko nk anta kat aku..hahaha...so diz is my address:

No.14 Taman Perdana Emas, jalan Bukit Vor, 88200 Putatan, Sabah, Malaysia, Asia, Dunia, Bima Sakti.

jage ko kalo xanta...hahahha=p

AHMAD said...

Salam, ni faiz PE...just nk tny, if TTS interested x nk perform utk MAKK 2009, tema die Arabian Nights Dinner (ala2 ayat2 cinta).. do drop by my shoutbox. Its going to be very interesting as this will be our 10th MAKK~

http://www.harinilebihbaikdarisemalam.blogspot.com/

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.