2, 3 hari kebelakang ni aku tidak berapa tenang. Emosi tidak berapa stabil. Suhu badan tidak begitu tetap. Semuanya gara-gara ulser. Dua bahagian dalam mulut aku seperti ada kawah gunung berapi. Dekat bibir aku boleh tahan lagi, tapi bila dekat lidah pun kena, memang sangat menguji tahap kesabaranku. Cuaca panas melampau setiap hari adalah salah satu penyumbang tegar. Total air yang keluar dari badan pula tak seimbang dengan yang masuk. Terus jadi pemangkin. Waktu nak makan paling mencabar. Lidah yang perlu digerakkan hampir setiap masa menyebabkan kunyahan perlu berhati-hati. Tekadang air mata pun boleh mengalir bila tergesel bahagian tepi kawah. Memang rasanya masa tu nak hentak2 meja makan dan berhenti makan terus. Tapi nanti lapar pulak natijahnya. Jadi sabar je la, dan sambung makan seperti biasa. Sekarang bonjela jadi peneman setiap masa. Pakai ubat gigi pun dah tak sekerap bonjela. HUH! Kesimpulannya anggaplah ini dugaan dan peringatan. Sebab kita bukan akan sihat sejahtera sepanjang masa. Ada masa kita sakit. Sihat sebelum sakit. Hidup sebelum mati.
Sekian.
Medical Card: JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA.
-
Kat Thread orang dok membandingkan harga-harga hibah and medical card
antara syarikat takaful. Pastu tanya* "Apesal saya umur 35, tapi coverage
company A ...
1 week ago

3 comments:
MINUM AIR ZAM2!
pkai lip balm
nak.....................littt bammmss
Post a Comment