bermulanya coretan 80...
Harini sampai rumah lewat sikit. Baru balik dari first jamming session yang aku impikan selama ni. Main kat Guitar and Music Gallery, Ampang. Dah lama dah sebenarnya plan nak main nih. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terbengkalailah program tersebut. Namun petang tadi, bermula 6 petang, 4 orang noob dunia jamming telah beraksi. Ahli kumpulan terdiri daripada...
1 - Aku selaku Bassist,
2 - Rafi selaku Drummer( bidang terjun),
3 - Sapek selaku pemain gitar Lead
4 - Dik Bil selaku Vokalis.
Antara lagu2 yang 'disumbangkan' kami...
1 - Macam Batu - Hamba Audio
(Like a Stone - Audioslave)
2 - Masa sedang berlari keluar - Musa
(Time is running out - Muse)
dan beberapa lagu tidak formal yang lain...
Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan prestasi ahli kumpulan berasaskan kepada tahap skill dan pengalaman yang ada. Meskipun hampir menjadi lagu sampah, namun iramanya masih boleh difahami dan dikenalpasti. Tahniah kepada semua!
Ahli kumpulan, sila fikirkan masa yang sesuai untuk sesi kedua. Terima kasih.
berakhirnya coretan 80...
Medical Card: Komisen tu BUKAN duit client yang ditarik keluar daripada
akaun. Ini memang sebahagian daripada kos marketing syarikat.
-
Aku nampak post ni hari tu. Jawapan ringkas aku begini, ya.
Honestly, kalau medical card naik jadi RM269, benda pertama kena tengok
bukan harga, tapi teng...
8 hours ago

2 comments:
hahah
seb baek boleh difahami lagi
dgn gitar cabok burok xcukup fret
boleh try ag next tym
haha...tats y~
Post a Comment