Pages

coretan tujuh: saat bererti...

...bermulanya coretan tujuh...

Pesanan: Post ni panjang giler wo...haha

Aku balik ke rumah hari Jumaat lepas.Maklumlah,cuti lama sikit,sampai hari Isnin.Sambutan kemerdekaan jatuh pada hari Ahad,jadi cuti umum ditarik sehingga hari Isnin.Aku pun memang perlu balik untuk menjemput sahabat baikku,'Z' untuk pulang ke UTP sebab aku sangat2 memerlukannya.Tapi apa yang aku nak coretkan bukanlah tentang Z,tapi tentang kehidupanku semasa di rumah.Yang mana aku rasa antara masa-masa hidupku yang paling berharga.

Hari: Jumaat
Tarikh: 29/8/2008

Tiket bas pukul 1500 petang.Naik bas dari Taman Maju.Sahabatku Izzu yang menghantar aku ke sana.Sepanjang ketiadaan Z,Izzu yang banyak menolong aku.Motor dia yang selalu jadi mangsa bila aku perlu kemana-mana.(Selain motor Sarul..hehe)Terimbas balik kenangan masa foundation.Masa2 bila dia sorang je yang berkenderaan antara teman-temanku.Heh,jasa yang tak terbalas...Thanks bro! Lepas semayang Jumaat,terus gerak dari Masjid.Alhamdulillah,sampai-sampai je bas dah ada.Naik bas sekolah yang disewa khas,sebab ramai sangat orang balik mase tu.Tak kesahlah,asalkan sampai.Destinasiku KL.Sebab tiket direct Seremban dah sold out awal2 lagi.Naik je bas,seat sebelah pintu kecemasan.Fikirku kalo jadi ape2 boleh jadi orang first terjun dari bas.(-_-) Tapi yang tak bestnye,sepanjang perjalanan tu,engsel pintu kecemasan tu berbunyi-bunyi kat sebelah telinga aku.Haihh,sabar je la.Bila aku tinjau dalam lubang kunci pintu tu,penuh dengan bungkusan plastik gula2.Well,no wonderlah..'Malaysian'.Aku pun tanpa segan silu menyumbangkan satu lagi bungkusan plastik dentyne dalam lubang tu.
(I'm a Malaysian what..!!? =p)


Kalo tak silap aku,bas bertolak pukul 1445.Perjalanan selamat tanpa sebarang masalah.Aku sampai KL dalam pukul 1830.Disebabkan perut yang tidak diisi sejak pagi,aku pun beli berger ayam special di stall berger first yang aku jumpa.Dan terus berjalan kaki ke Pasar Seni untuk menaiki bas ke Seremban.Ya Allah,ramainya umat.Panjang betul 'barisan' yang menunggu.Semuanya dengan semangat 'nasional' untuk pulang menyambut kemerdekaan di rumah.Punyalah panjang barisan,sampaikan aku sempat menghabiskan berger aku tadi,dan pastu dah lapar balik baru dapat naik bas.Huu~ Bas bertolak pukul 1900, dan sampai Seremban lebih kurang jam 2000.

Aku nak balik Rompin.(Negeri Sembilan, bukan Pahang) Mula-mula aku ingat nak naik bas je ke Rompin.Tapi nasib aku baik,Abang Lang aku yang duduk kat Senawang memang nak balik sana,so aku pun menjimatkan perbelanjaan dengan menumpang dia. Akhirnya,aku sampai di rumahku yang tercinta lebih kurang jam 2300. Haihh...penatnya.Nasib baik ada anak buah yang berumur 6 bulan kat rumah.Hilang sikit penat...=)


Hari: Sabtu
Tarikh: 30/8/2008

Bangun pagi je(walaupun tak berapa pagi sangat la..), terus main agah2 dengan anak buah aku.Lupa nak bagitau,nama dia Mohd. Khairil Akif bin Khairil Adzhar.Panggil Akif.Anak Abang Lang.Akif anak buah first.Aku ni Ayah Cu dia.

Petangnya pulak,pergi main Snuker dengan Abang Lang dan Abah.Snuker disediakan oleh pihak estate untuk staf2 dia.So main free je beb.Seronok2~ Hehee.. Main 3 game,tiga2 Abang Lang menang.Hampeh~ Lepas habis main,kitorang pun bertolak ke rumah Abang Ngah di Batu Anam,Segamat.Sebab kami bercadang untuk buat barbeque bersama family malam tu.

Malam harinya,bermulalah saat-saat manis aku bersama family.Along ngan Kak Long pun dah sampai jugak dengan anak diorang.Ammar Mukhtafi bin Khairil Anwar.Ammar anak buah aku yang kedua.Malam tu,semua ahli keluarga aku dapat berkumpul.Ditambah pulak dengan boyfriend Kakcik,Abang Hasri datang memeriahkan suasana.Seronoknya aku malam tu sebab dapat meluangkan masa-masa berkualiti dengan ahli keluargaku...Alhamdulillah~ =D Lepas habis makan,abang aku lagi sorang,Abang Iwan ajak main bowling pulak.Aku on jek.Lagi pulak masa tu baru dapat satu set bowling termasuk bola 12 paun sebijik,hand guard,dan kasut bowling sepasang.Nice~ Malam tu kitorang main sampai pukul 0200.5 frame.Balik je rumah,sebelah badan aku krem.Adeihh~~ (-_-) [Merdekaku di pusat bowling] Ho-yeh~

Hari: Ahad
Tarikh: 31/8/08

Hari ini aku terus meluang masa bersama ahli keluargaku.Paginya kami pergi shopping.Petangnya pulak pergi menghantar duit hantaran ke Senaling.Dari Abang Ngah,untuk tunangnya Kak Ina.InsyaAllah,hujung tahun ni mereka diijabkabulkan.Alhamdulillah...(tibe tak sabar nak kawen...wawawa~)Setelah selesai semuanya,Abang Lang sekeluarga bertolak ke Pasoh,rumah mentuanya.Aku dan yang lain bertolak ke rumah Abang Long di Kuarters KLIA,Nilai.Sebelum ke sana,aku ke rumah Abang Lang di Senawang,untuk mengambil Z yang kutinggalkan 2 bulan dulu.
Hendak dijadikan cerita,Abang Lang terlupa untuk meninggalkan road-tax motorku di rumahnya.Jadi,mahu tak mahu,Abah terpaksa berpatah balik untuk berjumpa Alang ditemani Kakcik.Serba salah aku rasanya sebab terpaksa menyusahkan Abah.Kerana jarak perjalanan yang perlu dilalui bukanlah dekat.Abah pula bukanlah sekuat dulu lagi untuk memandu jauh2.Izam mintak maaf abah...;(
Alhamdulillah,dengan izin Allah.Kami semua selamat sampai di rumah Along.Masing-masing sudah kepenatan.Aku pula,kepenatan + kesakitan.Sebab bahuku ini masih sakit lagi.Penangan bowling malam semalam.Huu~

Hari: Isnin
Tarikh: 1.9.2008

Hari ini hari pertama Ramadhan.Hari ini aku akan menunggang motor balik ke UTP.Perjalanan lebh kurang 300 km.Penat+sakit tak hilang lagi.Mintak tolong mak urutkan.Mak cakap,"Tu la..mak tak suruh main sampai 4,5 frame tu kan..." Adehh,kene perli.Huhu~ Sebelum bertolak,aku dengan abah cek motor.Yela,nak jalan jauh ni.Kalau ada apa2 problem kan susah.Pastu abah tolong ketatkan rantai.
Mekasih abah mak.

Aku bertolak pukul 0900.Sepanjang perjalanan semua ok.Cuma kadang-kadang Z 'mencangut'.Pastu Z tak boleh lari macam dulu lagi dah.Aku pun tak tau apa problem dia.Mungkin sebab lama tak jalan jauh kot.Sampai kat Bidor,hujan lebat.Berenti bawah jambatan.Masa tu minyak dah bawah 'E'.Kecut jugak perut aku.Tapi lepas hujan berenti,aku dengan 'hati keringya' meredah jalan dengan harapan dapat sampai RnR Tapah.Alhamdulillah,lepas sampai jugak.Tengok dalam tangki dah nampak dasar.Phewww~ Nak dapat betul2 full,kene isi RM10.Hurmmm,dah macam isi minyak kereta dulu2.(-_-!)
Akhirnya,aku sampai di UTP lebih kurang pukul 1330.4 jam setengah perjalanan.Sampai bilik terus membuta.Dah habis cuti dah...Haihh~~~

...berakhirnya coretan tujuh...

coretan lima: hingga takdir menentukan...

...bermulanya coretan lima...
.lautan itu tenang.
.hutan itu jua tenang.
.tapi hati mereka kacau.
.tidak tenteram.
.terganggu dek kicau burung.
.terusik dek apungan obor-obor.
.tiap saat terasa.
.tiap detik bermakna.
.saat manis dierti.
.detik pahit dihargai.
.meski kenangan.
.tinggal kenangan.
.namun hubungan.
.bukanlah angan.
.tulisan berganti coretan.
.madah berganti kata.
.terus dipimpin jauh.
.yang terang kemudian disuluh.
.hingga satu waktu.
.bila yang tertulis diburu.
.yang terungkap ditunggu.
.menjadi bahan bukti.
.sebagai bait saksi.
.menjadi penyokong inspirasi.
.namun tidak pendokong sanubari.
.dengan itu terlafaz janji.
.ombak tidakkan menggoncang kapal.
.angin tidakkan mencabut atap.
.walau ada tikanya.
.taufan menghancur kapal.
.terus meranap rumah.
.biarkan mereka tergantung disini.
.dalam tepu atmosfera.
.dalam larut cecair.
.hingga takdir menentukan.
...berakhirnya coretan lima...



coretan empat: berhenti terhenti sendiri...

...bermulanya coretan empat...
lama aku terhenti disana.
disebuah ruang alfa.

penuh cerita.penuh kisah.

cerita duka lara.kisah ceria gembira.

disana coretanku berhenti.
saat terhenti jari-jemari.

beraksi di bait kekunci.

tidak kerana tiada cerita.
tapi kerana banyaknya ceritera.

yang kubiar berlalu.yang kulepas pergi.
melintas dalam malam bisu.
berlalu dalam kelam hatiku.

tiada mahuku menguraikan yang tersimpul.

meleraikan yang terikat.
melepaskan yang terkurung.

dalam coretan fantasi dunia maya.
kerana ia terlalu indah untuk dikongsi.
terlalu tinggi untuk dierti.
aku persis abadikannya di kotak sanubari.
kerna ia kan pudar di kotak minda.
kini sendiri aku sepi.
berfikir.bertafakur.menstabilkan emosi.
mengadu kepada-Nya.kerna aku tetap hamba.
khilaf.leka dan alpa mestinya ada.
...berakhirnya coretan empat...

coretan tiga: malam ku...


...bermulanya coretan tiga...
malam itu indah.bila berseorangan.atau berdua.dengannya.malam juga indah.bila diiringi alunan merdu muzik piano.masih berseorangan.dalam kegelapan.dalam sunyi.seperti hilang semua yang harusnya tiada.seperti berlalu semua yang harusnya pergi.hanya ada aku.ada lagu.ada Dia.kerna Dia sentiasa ada walau dimana.walau disana.disini.atau dimana-mana.hakikat yang sering aku lupa.aku alpa.malamku tenang.tapi bukan hatiku.hatiku gundah.hatiku resah.kerna dia.dia hadir.memecah sunyi.menghapus sepi.membelah hati.terus memberi arti.tanpa sedikit kusedari.tenanglah.biarkan malamku begini.dan terus begini.aku senang.pada zahirnya.walau tidak pada batinnya.biarkanlah.itu lebih baik dari tidak senang keduanya.alunan melodi bermula.membawa aku pergi.jauh dari sini.dari realiti.dari situasi.dan melayang aku.bersamanya.bersama angin.menghembus perlahan.dalam malam.alunan melodi berhenti di sini.bersama intipati hati.bersama suara sanubari.
...berakhirnya coretan tiga...


coretan dua: gitar tua itu...

...bermulanya coretan dua...
memang sudah tua.sudah berumur.sudah berusia.sudah beberapa generasi adanya.utas-utasnya telah diganti berulang kali.hingga tanganku jua sudah lali dengan libasan utas-utas perak itu.bila keringatnya terus aku perah.tanpa memikirkan kudrat maksima yang dimilikinya.akhirnya umpama senjata makan tuan.namun itu bukan penghalang.bukan penyebab.untuk dia berhenti berkhidmat.untuk aku.untuk kedukaanku.untuk kerinduanku.untuk kebosananku.dia masih mampu menemani saat piluku.tanpa gagal.setiap satu cuba memberikan yang terbaik.tidak kira yang kecil.besar.atau medium.walaupun tekadang ada yang terlari.tertukar haluan.tanpa sedar.terutama yang paling kecil.nakal.agak susah mengikut perintah.gitar tua ini aku umpamakan bagai orang tua.banyak pengalaman.namun suaranya yang sumbang.jarang didengar lagi.alunan melodinya tidak bermaya lagi.walaupun sebenarnya sangat indah dan merdu.begitulah manusia.kebanyakannya.dan mungkin aku tidak terkecuali.kata hati.biarlah gitar tua itu berbunyi sendiri.sampai masanya dia akan berhenti. ...
...berakhirnya coretan dua...

coretan satu: inginku mulakan...

...bermulanya coretan satu...
tidak pasti dari mana hendak aku mulakan.mungkin dari situ.atau dari sana.atau mudahnya dari sini sahaja...tapi jika aku mulakan dari mana-mana,mungkin tidak nampak aturan yang baik.yang molek.jadi eloklah aku mulakan dari yang sepatutnya.mulakan dengan ucapan mulia lagi suci.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Hanya Engkau Yang Maha Mulia,Maha Berkuasa.Tiada lain dariMu.Hanya Engkau Yang Satu.Segala puji bagiMu...
hidup ini umpama roda.kadang kita di atas.kadang kita dibawah.diatas kita gembira.dibawah kita berduka.namun ada yang tetap gembira walau dimana mereka berada.tidak kira diatas atau dibawah.keduanya sama tidak berbeda.hidup juga umpama pentas.manusia sebagai pelakonnya.bila tamat pementasan.segalanya berakhir.tapi berakhir bukan bererti pengakhiran.tapi pengakhiran itu membawa kepada satu permulaan baru.untuk sebuah kehidupan yang abadi.aku akan coretkan apa yang terlintas.yang terbuku.yang terpendam.yang tidak terluah dek madah.tidak terungkap dek kata-kata.mohon maaf jika terkasar bahasa.kerna aku insan biasa.
...berakhirnya coretan satu...

::disklemer::

Segala coretan yang dimuatkan dalam laman 'corat coret kehidupan' ini adalah hasil tulisan Khairil Nizam Bin Mohamad Darus. Sebarang jenis ambilan dan adaptasi dari laman ini perlulah dengan kebenaran. Beliau menulis berdasarkan pemikiran, pengetahuan dan pengalaman sendiri tanpa berniat untuk menyinggung atau mempersendakan sesiapa. Sekiranya ada yang tidak senang dengan apa yang disampaikan, harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.