bermulanya coretan 47...
begini khidmat pesanan ringkas yang kuterima...
"Bismillahirrohmanirrahim...Muhammad Khalif Rayyan tlh slmt dlhirkn pd arini 1.7.2009. Marilah kte bersama2 mengucapkn syukur kehadrat ILLAHI. ALLAHUAKHBAR!!
dan begitulah...telah lahir seorang lagi insan di dunia fana ini. seorang insan yang harus bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. seorang insan yang bakal menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk meneruskan kehidupan.
aku cuma berharap insan ini akan menjadi insan berguna. dididik dan dibelai oleh kedua ibu-bapanya penuh dengan kasih sayang dan perhatian. dan kemudian berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat. insyaAllah.
aku bersyukur sekali. rayyan adalah anak buah ketiga aku selepas abangnya, akif dan sepupunya, ammar. mereka adalah anak pasangan bang lang dan kak lang. dalam masa terdekat ini juga mungkin aku akan menerima seorang lagi anak buah iaitu anak kepada bang ngah dan kak ngah. tapi tak pasti bila. makanya akan jadi berempat lah nanti. hmm...nampaknya kena lah prepare duit raya sikit tahun ni. hehe
tahniah buat alang & kak lang umi...rayyan, pak usu balik hujung minggu ni kite jumpe ye...hehe
berakhirnya coretan 47...
Enough is enough!
-
Hari tu aku nampak screenshot yang aku tepek ni, di FB. Mula-mula kesian.
Hujung-hujung bila dia kata reason dia bertahan adalah sebab takde duit,
dan ada...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment