bermulanya coretan 44..
Festival Teater Perak 09 a.k.a FTP 09 telah melabuhkan tirai minggu lepas. Tronoh Theater Shop (TTS) membawakan teater Jebat hasil karya Hatta Azad Khan yang pernah kukatakan satu karya yang membosankan, jika pementasannya tidak kena dengan pengolahan yang dibuat oleh pengarah. Namun skrip itu ku akui mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dan pengolahan pengarah berwibawa kami berjaya menjadikan karya itu jauh lebih menarik. Dan keputusannya kami dapat tempat ketiga. Dan aku secara sendiri tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Kekalahan kami tidak langsung bertunjangkan keadilan. Keputusan yang dibuat pihak juri dipengaruhi beberapa faktor busuk. Bertemakan anak perak, makan-makan dan yang sewaktu dengannya. Selain itu terlalu banyak isu yang boleh dibangkitkan berkaitan kawanan-kawanan tempat pertama dan kedua. Isu-isu yang secara tiba-tiba mampu mempersilakan kawanan-kawanan tersebut untuk ditarik kelayakan mereka untuk memenangi apa saja anugerah dan tempat. Namun maaflah kerana tidak rajin untuk aku coretkan isu-isu tersebut disini. Jika benar mahu tahu, pesanan sulit saja aku kemudian. Nasib sama bagi Tok Janggut. Monolog yang dipertandingkan oleh Doc Shark, cikgu teater aku. Yang akhirnya di 'disqualified' atas alasan mementaskan monodrama...bukan monolog. Satu lagi isu timbul disini. Dan satu lagi kemalasan timbul untuk aku jelaskan. Biarlah ia disitu.
Surat bantahan sudah dibuat. Tunggu saja keputusan nanti. Doa saja moga keadilan tetap akan menang. Sudahlah, kita tunggu saja. Nanti. Dan terus tunggu.
Terima kasih buat semua TTS-ian. Aku sayang kamu. Sungguh. Aku benar sayang kamu.
Yang benar,
cairellneezarm
(coretan komputer tidak perlu ditandatangan)
berakhirnya coretan 44...
Enough is enough!
-
Hari tu aku nampak screenshot yang aku tepek ni, di FB. Mula-mula kesian.
Hujung-hujung bila dia kata reason dia bertahan adalah sebab takde duit,
dan ada...
2 days ago
10 comments:
kenapa nombor 1 tanda soal?
aku sudah baca Imbas, dan penamatnya mewujudkan tanda soal dalam fikiran aku
aku juga sayang kamu!!! muah... yarks
euww... geli den..
moga2 bantahan diterima.. wiwit
tanda soal sebab aku x tgk...haha
tetibe aku rase geram ngan ORANG perak...(wpon aku dlm kelompok sama)
haihh...~
hamba rasa, apa yg berlaku ada hikmahnya. mungkin Tuhan belum bukakan mata dan minda mereka semua. hamba rasa mari lah kita semua berdoa agar keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.
dua org bunchit(mgandung) tuh adalah
BARABAH
BANIO
muahahaha
cantik gambo yang perut ke depan tu haha
aq ske gmbr kt post ko tu...nice 1..
tq2~ huhu
Post a Comment