bermulanya coretan 29...
aku mahu pulang.
ke kampung halaman.
dimana ada ayahanda dan bonda.
dan Combi.
juga Mike dan Don.
dalam rumah dua tingkat tinggalan British itu.
aku mahu pulang.
meninggalkan suasana kampung palsu.
yang tak berapa nak kampung ini.
agar dapat kutangguh sesak kepala.
dan kulepas sangkut nafas.
dalam deru angin sepoi.
dalam debu merah tanah.
aku mahu pulang.
berbuaian buatanku sendiri.
yang tersangkut baik di dahan mempelam.
yang kan terbuai molek bila diusik.
aku mahu pulang.
mencipta indah lelapku.
dihadapan kotak kaca bercerita.
diatas nipis kekabu berbungkus.
ditengah ruang alfa senda tawa.
aku mahu pulang.
aku mahu pulang.
aku mahu pulang.
bila tiba masanya.
insyaAllah...
berakhirnya coretan 29...
~~rumahku syurgaku~~
p/s: Combi adalah seekor kucing. Mike dan Don adalah dua ekor kura-kura.
10 comments:
waha. artwork yang comel, lagi sekali.
dah banyak nnt leh buat pameran
haha
owh3..
ko nye post kali ni..
wat ak lg nk..
BALIK!!!
adei..
-______-"
p/s:igtkn dpt blik weekend ni..tp ade xplorc la plak..dedem xplorc..gedebush~~
to akin:
haha...
bole2.
pameran kt mph je la.
(mph as multipurpose hall...haha)
to arque:
2 la psl...
kite ni mangse keadaan.
aku pn x sure dpt blik ke x...
huaaa~~~
T_T
@kerel & arque: aku akan balik kampung weekend ni. yesza! =p
WUTEVA~
hahah~
huahuahua,sabar bro.ada harga yang perlu dibayar untuk setiap pengorbanan.be strong.c ya in kampung,eh,ladang kita.
hoho...
pertama kali abang sulung ku bersuara di sini...hehe
hmm..nmpknye cuti mid sem nnt la kite jmpe...
kem slm kt kak ila ngn ammar ye...huhu
ape cer balik.... hahah
mid sem korang takleh balik, ada trening. =p
ahh...aku nk blik jgk...
nk main buai~
haha~
weh2...aku trase nk mndi laut lak la...
hahaha~
Post a Comment