bermulanya coretan lapan belas...
Semalam hari cuti. Tapi bagi Perak saja. Sebab Sultan Perak dapat Jubli Perak. Kalau tak silap aku lah. Aku takut silap. Sebab perihal Sultan ni memang tak boleh main-main. Nanti kena tulah. Sebab Sultan ni kan berdaulat. Tulah ni apa? Nak kata macam sumpahan boleh jugak kot. Contohnya bila seseorang melanggar syarat berkaitan dengan orang berdaulat, dia akan terkena tulah. Bermakna ada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.
Sebab cerita salah seorang sepupu aku. Benda ni pernah terjadi dulu. Masa dia praktikal untuk kos pengurusan hotel di UiTM Dungun dulu. Pernah dia menyediakan santapan diraja untuk kaum kerabat baginda Sultan dan Permaisuri. Tapi tak pasti pula Sultan negeri mana. Kalau nak diikutkan, majlis santapan diraja ni memang kompleks sekali aturcara dan protokolnya. Sampaikan apa yang sepupu aku cerita tu pun aku tak berapa nak faham. Tapi pantangnya yang aku tahu, rakyat jelata tidak dibenarkan memakan walau sedikit pun sisa makanan kaum kerabat diraja ni. Biarpun sedikit. Jika tidak kena tulah. Benar atau tidak tak tahulah. Nak dijadikan alkisah, ada la seorang mamat ni yang entah kebulur sangat agaknya. Dia dengan sesuka hatinya menjamah sisa makanan baginda setelah selesai majlis santapan itu. Bila pulang sahaja ke rumah, terus menderita cirit-birit berhari-hari. Kasihan... Mungkin itu kebetulan, tidak pasti pula aku.
Tapi begitulah ceritanya. Walau apapun, semuanya kembali ke kuasa Allah Yang Esa. Apa saja yang berlaku hanya dengan izin dan iradat-Nya. Apapun, terima kasih sebab bagi cuti. =D
berakhirnya coretan lapan belas...
2 comments:
waaa
aktif skek blog ko sem ni
ni la yg kita mahu
hehe
bese la.
tibe bnyk plak idea dtg.
nway thanks.
rajin2 la ziarah ye...=)
Post a Comment