Tuesday, November 10, 2009

Coretan 76: puisi buat Z...

bermulanya coretan 76...

Z,

dulu pernah aku ada kamu.

temani hari-hari ku.

dari siang hingga senja.

dari senja hingga dinihari.

hingga siang kembali.

kerna aku selesa bersama kamu.

sangat...selesa.


dengan kamu .

aku tenang dari problemo.

aku jauh dari kekusutan.

kerna semuanya dapat kuluahkan.

dapat kulepaskan.

saat ku bersama kamu.


aku masih ingat lagi.

bila kita main 'i wanna kick u' yang kau kenalkan.

kerna aku tak pernah tau tentangnya.

sebelum aku kenal kamu.


aku masih ingat lagi.

bila kita lihat bintang dan bulan.

dan kapal terbang dilangit malam.

dan cahaya lampu yang ufo kusangkakan


aku masih ingat lagi.

bila lagu tema 'my girl' kita dendangkan.

atau lagu 'tak bisa memilihmu' yang dinyanyikan.

yang jadi cerita dan kenangan.


aku masih ingat lagi.

bila kita berjogging di waktu malam.

dan lena di tepi padang.

sambil malam makin kelam.


aku masih ingat lagi.

bila kita ke mapley naik motor.

dan aku terketar2 mengeluarkan lesen.

bila polis menahan.

lalu kamu mentertawakan.


saat itu aku begitu rindu.

aku mahu ia berulang.

pada situasi yang sama.

dan rasa yang sama.

namun sayang itu tak mungkin.

yang lepas biarlah kenangan.

yang kan terus dikenang.


kerna aku tahu.

kamu masih ada disitu.

masih menemani aku.

meski tanpa jasadmu.

namun semangatmu kan tetap ada.


kerna aku percaya.

kamu sahabat yang setia.

meski lama tidak bersua.

aku tau kamu selalu ada.


dan begitu jua aku.

kan selalu ada.

meski jasad terbelah dua.

meski terbelah lautan india.

atau meletus gunung krakatoa di jawa.

aku kan selalu ada.


terima kasih jua buat kamu.

dan aku mendoakan kebahagiaan mu.

dari mula sampai akhirnya.

aku sayang kamu.
benar...aku sayang kamu.

berakhirnya coretan 76...

5 comments:

nawez said...

waaa suwitnyee.. tapi lawak.. hahaha

Half said...

moto lagenda ko ke? hahah

ilovemywords said...

hai. kalo aku z tuh, tade perasaan aku bace neh. haha.

aku klik blog ni thru ur status.. ngeeeheee... =D

ilovemywords said...

oh. dah view baru aku perasan.

saye shaqifah.

Royal Masala said...

nawez, thanks~ mmg 2 yg aku nk...sumthing sweet n funny n...memorable~ 4 dat sumone~ ;))

haf, its 4 sumone..nt sumthing..huhu

shaqifah, ko bace pape pn tade prasaan...hahah thanks 4 coming~ ;)